PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Wednesday, October 22, 2008
Kehilangan!
Alhamdulillah, aku dan Ayong sepemili berkesempatan menziarahi family Angah'era di Tanah Perkuburan Klang Gate semalam. Arwah baby Zulaikha selamat dikebumikan sejurus selepas solat Maghrib. Hujan rintik2 mengiringi upacara pengebumian si bayi kecil yang suci.
Ieja masih diam seribu bahasa. Bercakap tak nak, apatah lagi bila disuruh makan. Sedih melihat keadaan Ieja. Cuba menyelami perasaan dia...alahai...pedih ulu hati!
Pandangan Ayong yang kosong dan polos menandakan simpati yang mendalam, cukup menyebakkan. Wajah Angah yang sungguh keletihan, mengundang rasa simpati yang menggunung. Terima panggilan telefon dari Kak Piah yang sedang meratap sedih, menambahkan lagi rasa sesak di dada.
Kehilangan sikecil amat dirasai. Walaupun hanya sempat menatap duniawi ini selama 7 bulan, banyak kenangan yang ditinggalkan. Cukup meninggalkan kesan.
'Walker' yang baru dibeli, dengan harapan agar si anak dapat berjalan riang di dalam rumah, terdampar sepi. Anak patung, baju, botol susu, buaian - segalanya kini jadi kenangan.
Aku jadi takut dengan perkataan 'KEHILANGAN'. Kehilangan harta benda pun, cukup untuk buatkan kita runsing risau tak tentu arah. Inikan pula kehilangan orang yang disayangi, 'sakit dan deritanya' takkan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat. Hanya kekuatan dari kaum keluarga dan teman2 terapat, dapat memulihkan jiwa yang kacau, fikiran yang berkecamuk.
Namun, kekuatan diri lah yang amat diperlukan, untuk terus bangun tegak berdiri menempuhi hari-hari mendatang. Kekuatan dalaman yang jitu amat penting.
Aku cuma mampu doakan agar Ieja tidak terus meratapi kehilangan anaknya yang dikasihi. Hidup mesti diteruskan. Ajal dan maut sudah menjadi ketentuan DIA. Redhalah akan pemergian arwah. Insya Allah, arwah telah menjadi Bidadari Syurga - penyelamat untuk Ieja dan Zubek di 'sana' nanti.
Tak sanggup kehilangan lagi....
Nota kaki cagu: Untuk 2-3 ari nih, mood aku akan jadi ala-ala jiwa kacau sikit ye!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|