banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, November 10, 2008

Malapetaka apakah ini?!?!

Naper tunggang langgang abeh keadaan dalam umah kakak aku nih?? Why?!? What happened?!?! Gempa bumi kah? Errr.... Al-kisahnya, petang Sabtu lepas, aku soh Along gi beli cucur pisang. Aku, Cepai, Kakak dan Abg. Farid tengah berborak2 depan ruang tamu sambel dihidangkan air teh o panas yang masih menggelegak. Tetiba time Along start enjin motor, taw2 jek aku nampak motor aku tengah 'wheely' masuk dalam umah sambil dipegang Along. Terjerit terpekik terlolong la kitoang semua. Terkejut! Terperanjat! Panik!!! Motor aku tu berenti bila terlanggar akuarium. Pecah berderai. Menggelupur ikan dalam akuarium tu. Cepai yang kesian tengok ikan tu, kelam kabut gi cuba angkat ikan tu, tak pepasal tangan dia berdarah kena kaca. Along terhentak bahagian dada dan kepala. Benjol. Aku plak, tersimbah air teh yang panas di kaki. Menggelupur la kejap. Huhuhu.... Alhamdulillah kakak tak de pa pe. Cuma Abg. Farid bengkak skek di paha sebab dilanggar motor. Mujur jugak anak2 buah aku yang lain main kat luar, kalo dewang ada kat dalam umah gak, harus ada yang cedera parah.....Eeeuuuuwww...Mintak dijauhkanlah ye... Rumah kakak banjir disimbahi air dari akuarium, dan juga air teh. Aku memang tak sempat nak tolong buat pa pe dah [tapi sempat lagi la amek gambo..hehehe]. Lepak kat luar simbah kaki di bawah pancuran air, takut menggelembung! Bila Abg. Farid bawak keluar motor, sayu sungguh rasa ati! Motor aku cedera parah!!! Sana sini pecah, terbarai, tercabot, terkopak! Aiyoooooooo... Dalam palotak, dah terbayang2 RM yang bakal terbang melayang! Adeh!! Baru bercadang nak gi beli sofa, terpaksala aku kuburkan niat suci murni ku itu terlebih dahulu. Huwaaaaaaaaaaaaa... Bila check2, barulah diketahui punca segala punca ialah - timing motor aku tinggi!! Bila start enjin jek, terus mencanak naik sampai ke 150km/j. Tu yang Along tak sempat buat pa pe tu, taw2 jek dah 'wheely' masuk rumah! Adoih laaa... Ada jugak la kenangan luka di tangan, gegara nak buang batu akuarium yang melekat celah lubang motor yang ternganga. Huhuhu.... Dah bawak gi servis dah motor, kena RM27. Tu belum gi welding lagi body yang dah terkopak. Tak ganti lagi side mirror dan body yang terkuyak! Hadoih laaa... Bawak motor pon 'kiat sebelah'. Sungguh tak selesa. Akibatnya, ari nih aku datang keje naek komuter. Tak sanggup aku nak merempit sey!! Kang jadi pa pe lagi kat motor tu, tak pepasal aku plak yang 'arwah'. Isk!!! Ada hikmah disebalik semua yang berlaku nih. Dan masuk kali nih, dah 3 kali motor nih kemalangan. Rasa cam tak 'rasi' jek dengan aku. Kena tukau motor baru nih!! Hmmm... Nota kaki cagu: Mujur jadi kat umah, kalo kat jalanraya?!?!?