banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, December 11, 2008

Mangsa korban di pagi raya

Tahun nih, mak serta adik-beradiknya yang lain buat ibadah qorban dengan mengorbankan seekor lembu. Setelah sekian lama tak berpeluang tengok orang sembelih lembu, akhirnya tahun nih dapat jugak aku tengok depan mata. Siap rakam video lagi. Bila tengok betapa azabnya lembu tu nak mati, rasa gerun sungguh! Rasa cam nak insaf la la tu jugak!!! *tapi lepas tu buat dosa balik, haru btoi* Dah setel menyembelih, apa lagi, kita kasik lapah la kulit lembu tu!!!! Sib baik cuaca ala2 mendung tak bererti hujan gitu, takde la terik sangat orang nak buat keje. Suasana sekitar umah Pakcik time tu meriah sungguh - dipenuhi sanak-saudara terdekat. Pakcik sibuk lapah kepala lembu. Gayat sey tengok segala abdomen dalam kepala lembu tu! Huhuhu... Dah macam Pasar Tani pon iye gak kat umah Pakcik. Hehehe...Cam ala2 orang sibuk borong daging gitu! Mak, abah dan Makjang sibuk dok mencuci segala urat usus. Sambey dok cuci, sambey dok bergelak ketawa. Hepi jek sumer! Yang mana ada kederat lebih, ditugaskan meng'kapak' tulang-temulang yang keras. Sungguh gayat bila tengok dewang pegang kapak tu. Takut terbabas beb!! Aku plak wat pe??? Wat bodo jek!!! Muahahahaha....Bertuah sungguh kan?? Orang lain sibuk bergelumang dengan darah, aku baekkkkkkkkkk punya dok sibuk berposing sakan. Untung sungguh pakai baju kaler putis, dikecualikan dari memegang memana bahagian tubuh badan mangsa si korban. Hik hik hik...Bijak! Bijak! Anak sapa la nih kan? :p Nota kaki cagu: Jangan tiru macam aku, dasar curi tulang jek kejenye! Tak baek wooh!! Huhuhuhu....