Ari Ahad malam Isnin, tengah lepak2 tengok tv, tetiba ada incoming call tertera nama abang. Bila aku jawab, terdengar plak sora mak yang sungguh saspen.
"Aemiey, mak kat hospital nih" bisik mak.
Terkejut! Terasa darah terus turun ke kaki.
"Mak sakit ke?"
"Tak tak.." jawab mak melegakan ati aku jap.
"Abang masuk hospital, kena serangan jantung. Sekarang kat CCU."
Erk!!! Baru nak lega, berderau lagi darah aku dibuatnya. Terus aku kelam kabut tipon kakak2 aku yang lain2. Setelah berbincang, akhirnya kami amek keputusan untuk balik jugak ke kampung pada malam tu jugak. Kakyang sepemili amek Kaknyah kat Shah Alam, then amek aku dan Kakak plak kat umah aku.
Sendat! Penuh satu kereta. Sampai ke kampung tepat jam 4am.

Sepanjang pagi tak lena tido dibuatnya. Jam 9am, kami gi ke hospital Taiping. Kitoang gi bukan time melawat, tapi sib baik nurse yang bertugas pagi tu baek ati, benarkan jugak kitoang masuk melawat abang. Cuma dia tak bagi kami ganggu abang, tak boleh bersembang dengan abang.

Jantung dia masih lemah. Enitaim boleh kena attack lagi. Bila tanya, apa puncanya, nurse tu habaq - pasal kolestrol tinggi dan perokok tegar. Hurmmm...Sib baik anto awal ke hospital, kalau tak............

Waktu lunch, kitoang balik berehat kat umah kejap. Petang tu kitoang gi melawat lagi. Demam abang makin naek plak waktu nih. Waktu gambo nih di amek, abang baru lepas muntah. Huhuhu...

Tapi keesokan harinya, waktu kitoang melawat abang [seblom kitoang berangkat pulang ke KL], kami dikhabarkan berita gumbira. Abang dah dipindahkan ke wad biasa. Dan sewaktu kami sampai, tengok kesihatan abang semakin stabil. Alhamdulillah.....

Wajah2 ceria kami adik beradik. Lega!!! Sempat gak la aku torture abang, pasnih jangan dok gatai nak isap rokok dah. Makan pon kena jaga, tak leh main bedal ikut selera tekak jek! Abeh sumer orang risau taw!!! Kat abah pon aku dah pesan, tapi abah boleh dok gelak2 jek lagi. Walhal time kitoang balik kampung ari tu, sora abah dah serak2 basah dah pon, sebab asek batuk - kuat merokok sangat2. Alahai....

Hah abang, peace2 gak....tapi kena ingat pesanan kami semua yek! Tamoh dah dengar saket2 lagi, sesilap ariblan, kitoang plak kena heart attack taw sebab terkejut punya hal! Huhuhu...
Get well soon ya bro!!!!
**Kepada perokok2 tegar, pe kata koang cuba amalkan ubat S'Detox nih, mana nak taw kot2 mujarab.
Nota kaki
palsu: Tak berapa gemar dengan kejutan yang tak besh ceni!
|