PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, April 09, 2007
Isk! Isk! Sunyinye....
Rasa kosong jek masuk opis pagi ni. Kat umah dah la sunyi sepi. Mya takde, gi Hutan Belum. :( Ari nih plak, Kak Lin MC, Kak Feez plak cuti. Adeh! Nak lunch dengan sapa la nih kang ek? Huhuhuhu....
Jumaat lepas, anto Mya kat Hentian Duta. Buat lambaian terakhir kat geng2 opis sebelom dewang berangkat pergi ke Hutan Belum. Aku tak join dewang kali nih sebab ari Sabtu yang lepas aku ada Test untuk subjek Makroekonomi. Lagipon keadaan kesihatan aku teramatlah tidak mengizinkan aku untuk turut serta. Mana mampu aku nak galas beg dan trekking dalam hutan. Maunya patah tulang belakang aku nih nanti. Isk!
Rasa sunyi plak bila Mya takde! Padahal, kalo dia ada kat umah pon, bukannya kitoang sembang sangat. Ihiks! Tapi at least aku taw dia ada gak dalam umah. Bila dok sesoang centu, bebetoi buat aku rasa insaf japs! Huhuhu.
Ingatkan, weekend yang lepas adalah weekend yang bakal membosankan untuk aku lalui. Sepai pon tade sebab gi panjat gunung. Rerupanya sangkaanku sungguh meleset sama sekali. Ada orang yang telah menyelamatkan keadaan! Yeay!! Toche you!! Muah! Muah! Muah! Cayang you seploh menet! Ihikssssss...
Siapakah orang itu? Haaa....Tak leh bitaw! Resia! Ihikss...
*Ati berbunga riang..lalalala*
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Test Makroekonomi, kitoang telah berjaya memujuk rayu lecturer kitoang supaya dapat buat test sambel tengok buku. Dr. Aziz kasik green light plak tu, yeay! Tapi malangnya, dah tengok buku pon, kitoang tetap tak leh gak nak jawab soklan test tersebut. Giler susah sey! Huhuhu. Cane la nak jawab time final exam nanti nih! Adeh!
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minggu nih mungkin aku tak leh nak update blog setiap hari. Cam penuh jek jadual aku untuk minggu nih.
Selasa
Esok, ada Secretary's lunch! Sempena Minggu Setiausaha. Aku yang hanya tea lady cum cleaner nih, yang takde kena-mengena nih pon [ye ke tade kena-mengena? :p] telah dibelanja oleh bos aku yang sungguh baek ati lagi murah rejeki. Ke mana plak hotel yang aku pilih dan artis mana yang menjadi pilihan hati, biarlah rahsia. Tunggu la berita dari aku nanti ek! Ihikssssss....Tak sabonye!! Beruntung btoi keje cam aku nih kadang2 ek? :p
Rabu
Aku cuti! Seawal pagi, aku dan Neeva dah kena menyibukkan diri di Pudu Raya. Mo gi JB. Ada presentation untuk Tesis Cadangan Awal di UTM Skudai. Aku punya slot dari jam 2 hingga 3 petang. Neeva punya slot dari jam 4 hingga 5 petang. Insya Allah, kalau ada tiket, bertolak dari JB ke KL jam 6pm. Sampai KL tengah malam. Huwaaaaaaaaaa!! Takut!!!
Khamis
Keje cam biasa. Soheh aku penat giler ari nih nanti nih! Maklumlah, baru balik dari travel jejauh dalam masa yang sungguh terhad tanpa rehat! Aiyooooh!!! Tapi, dalam penat2 tu pon, ada 'semangat' dah janji mo datang jumpa! Haaaaaaaaa...Kalau tak jumpa ari ni nanti, siap you!! :p
Jumaat
Medical check-up! MC time! Maybe kena cucuk2 lagi. Adeh la! Tapi ramai dah nasihatkan supaya jangan benarkan doktor cucuk belakang aku lagi, bahaya! Hmmm...Insya Allah! Nanti aku cuba dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor. Harap2 tak kena cucuk lagi dah la. Tak tahan! Saket! Huhuhuhu.
Sabtu
Rehat time!!! Nak rehat sebaik mungkin. Tanak wat pa pe aktiviti kalo boleh [kalo boleh la...tapi aku nih spisis manusia tak reti dok diam, kan? :p] Tapi harap2, dapat la rehat yang secukupnya nanti. Hmmm...
Ahad
Kelas! Kelas! Kelas! Kelas terakhir untuk semester nih sebelum final exam nanti! Ada presentation! Tapi assignment tak buat langsung pon! Sumer mengharapkan team members yang lain tolong buatkan! Sebab tak berkesempatan mo cari bahan maaaaaa...Bz buat tesis! Sib baik team members yang lain amat memahami. Isk!!!
Haaa...cane, cam bz tak life aku untuk minggu nih?! Hehehehe. Go go chaiyook Tipah san!!!
Nota kaki cagu: Err..kuku blom kerat lagi arh! :p
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|