Frust!!! Baru dapat taw carry marks untuk subject Makro! Sungguh kachewa skali dengan result tersebut! Err..patutnya skang nih aku dok pulun study, tapi disebabkan frust, aku melepakkan diri kat lab komputer japs, update blog. Mo ngadu domba la nih kengkununnya! Hahahaha. Jap lagi aku sambung blik study, sampai malam.
Nak citer pasal filem
Jangan Pandang Belakang! Semalam, aku, Mya dan Sepai telah meluangkan masa untuk menakutkan diri yang sediakala penakut dengan menonton filem hantu. Bleh gitu? Kitoang gi tengok kat
BTS.
Sinopsis
Apabila yang mati bertemu yang hidup...
Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladynana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan di bawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.
Mendengar nasihat bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.
Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari? Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun
JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!
Dari sudut pandangan Tipahvogue!
Ngeri! Takut! Rasa nak kuar dari panggung jek! Tamoh tengok! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sesambil tengok, sesambil layan sms. Maleh nak concentrate sangat dengan filem tu. Takut! Takut! Takut!
Walopon Mya dan Sepai kata citer tu idak la menakutkan sangat, tapi bagi aku yang lemah semangat nih, tetap rasa takut yang teramat! Tetambah bila tengok rupa paras antu tu yang begitu hodoh sekali! Owh tidakkkkkkkkkkk!!!

Aku paling ngeri time scene Darma dukung opah dia tu [seperti gambo di atas]. Aaar...time tu bebetoi aku rasa cam nak nyuruk bawah kusi! Takutttttttttt!!! Aku terbayang2, kalaulah aku di tempat Darma, apa la yang aku nak buat time tu! Hadoih la...
Tapi scene yang paling kelakar bila opah Darma beria-ia jemput 'kawan' Darma masuk umah! Muahahaha. Dah jemput, pehtu kena 'himpit'. Ihikssssss..
KESIAN!! :p
Dialog dalam filem nih [walopon seriyes] tapi aku tetap rasa kelakar. Penat jugak la dok gelak [sebab tolong sambungkan dialog]. Hahaha.
Seriously, aku terhibur dengan citer nih. Walaupon aku menonton filem nih disebalik tabir [muka aku ditutupi shawl dan aku melihat skrin melalui jari-jemari ku yang runcing ini], aku tetap rasa filem nih besh! Besh sebab berjaya bagi aku rasa takut yang teramat sangat. Ihiksss....[Lenguh sey tangan aku sebab asek tutup muka sepanjang masa! Sampai kebas2 dibuatnya. Adehla...] :p
So, kepada sesapa yang blom gi tengok filem nih, pergilah! Koang bleh bergelak ketawa dan di masa yang sama, boleh menakutkan diwi sendiwi. Ihiksssss....
Aku kasi 4 bintang dari 5 bintang untuk filem nih, bleh?
Tak sabo nak gi tengok citer
Dukun plak. :p
Nota kaki
cagu: Malehnya nak study! Tak sabo nak tunggu ari Sabtu... :p
|