banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, November 21, 2007

Rentetan kaki injured

Sebelum gi klinik, sebelum kena proses dengan doktor - aku sapu memacam ubat, dari ubat kuning, aku sapu minyak gamat, pehtu sapu plak krim aloe vera. Hasilnya, doktor sahkan luka dikakiku telah dijangkiti kuman dan kotoran. Sekian. Sepanjang dok amek exam dalam dewan, kaki berdenyut2 sakit. Bengkak dan merah. Tak leh jadi. Lepas kuar dari dewan exam, tipon dan jemput Kak Gee kat opis, ajak temankan gi klinik Lourdes kat Sentul. Bila doktor tengok jek luka kat kaki, doktor terus membebel. Kenapa tunggu sampai 3 minggu baru nak datang jumpa doktor. Sekian gak. Lepas abeh dia bebel, dia injek ubat bius sampai 5 jarum kat tempat yang luka tu, pehtu dia siat-siatkan luka, kulit mati dan cungkil2 kotoran2 yang ada di tempat luka. Memula rasa sakit yang teramat, rasa nak terajang doktor pon iye gak. Tapi bila ubat bius dah bertapa, baru rasa kebas. Lega. Balik singgah umah kakak. Lepak2 jap mengadu domba. Time nak balik umah, kebetulan ubat bius ilang, nauzubillah punya sakit. Kelam-kabut telan pain-killer. Sekian. Doktor bagi MC 2 hari, suruh aku berehat kat umah, jangan banyak bergerak, takut bengkak tak surut2. Doktor arahkan tetiap ari kena gi klinik, kasik dressing bebetoi sampai kulit tumbuh balik. Walaupun diberi MC, aku tetap gi opis gak. Keje cam biasa. Tolong Abg. Zakie sortkan barang2 untuk Treasure Hunt. Balik dari opis, gi klinik lagi. Bila bukak balutan luka, ada lagi rupanya kulit mati yang tertinggal. Kena injek sekali lagi ubat bius dan kulit mati tersebut dibuang. Penat dok tahan saket jek. Isk. Ari Jumaat, aku terpaksa amek MC gak. Tak tahan saket dok berdenyut2. Tapi, walaupun MC, aku tetap gi keje cuma masuk lewat sikit jek. Pakai jeans dan tiset je gi keje. Setelkan keje2 distribute gift untuk peserta Treasure Hunt. Gambar di atas telah diambil pada hari ke 4 luka dicuci. Masih sakit berdenyut2 seperti biasa, cuma bezanya, sekarang nih aku dah boleh jalan seperti biasa. Dah tak yah cengkot-cengkot lagi dah. Alhamdulillah. Nota kaki cagu: Entah bila dugaan ini akan berakhir.....