banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, November 06, 2007

Tak habis2 diuji

Tesis akhir yang akan dibentangkan...
Khamis minggu lepas, gi JB, buat pembentangan tesis akhir dihadapan Dr. Salmiah – penilai merangkap Ketua Jabatan FPPSM. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dr. Salmiah lebih banyak bertanya tentang eksiden yang aku alami. Kesian agaknya. Hehehe….
Di bilik kuliah, baru lepas selesai buat pembentangan...tu yang boleh sengih beso tu! :p
Pembentangan yang sepatutnya memakan masa 1 jam, tapi aku cuma bentangkan selama ½ jam jek. Hahaha. Dr. Salmiah cakap, so far tesis aku takde masalah, cuma perlu tambahkan ‘conceptual framework’ dan tokok-tambah cadangan jek. Alhamdulillah, lapang sungguh rasa hati. Keluar dari bilik pembentangan, melepak dengan Neeva, Abg Suhaimi dan rakan2 yang lain. Nampak Dr. Hisham dan Fazri datang kearah aku. “Kawan you kantoi dengan I, dia punya slide keluar ‘BANK NEGARA MALAYSIA’”, kata Dr. Hisham. “Sapa doc?”, berderau howkey darah aku!!! “Suhana.” OMG!!! Terus aku capai hp dan tipon minah tu! “Oit pompuan, pehal ko tiru tesis aku aar? Ari tu ko cakap ko nak tengok contoh jek!” "Arrhh..ko takpe arh, dah lepas, aku belum lagi nih!!!” Aikss!!! Itu jawapan dia? Bukannya nak mintak mahap ke apa ke bagi aku cool dulu, ini idak, menaikkan darah aku lagi! Aiyooh!! Saket ati sey!!! "Satgi ko cari aku. Aku tunggu kat depan bilik kuliah.” arah aku. "Buat apa pulak aku nak cari ko, aku ada hal.” Huk aloh!!! Memang bikin aku panas arh!! Lepas lunch, aku gi lepak kat bilik Dr. Hisham, bincang pasal pembentangan aku tadi, pehtu check plak tesis cadangan si Nana dan bandingkan dengan tesis aku. Heh! Bab 3 – Metodologi, aci kerat jari dia copy and paste bulat2!! Sampaikan tajuk yang tertera Bank Negara Malaysia pon dia lupa nak tukau. Saketnya hati!!! "Doc, percayalah kat saya, tak terniat langsung saya nak bagi dia tiru. Ari tu dia cakap dia nak tengok contoh jek, sebab tu saya bagi softcopy tesis saya kat dia. Saya bermati-matian buat tesis cadangan ari tu, sampai stress2, MC dan amek cuti gara2 nak siapkan tesis tu. Alih2 dia senang2 jek copy and paste. Saya dah cakap kat dia, kalau nak mintak tolong, datang jek library, saya selalu lepak kat situ. Tapi dia tak pernah pun datang. Alih2 ini kerja dia! Doc, effect tak markah saya pasal hal ni ek?” “Nasib baik I kenal you, I tahu cara you buat kerja. Don’t worry, I takkan usik apa2 pasal markah you. Tapi for your info, kalau kat overseas ni, you dan Suhana akan dapat ZERO taw sebab ni dah dikira sebagai PLAGIAT.” “Thanks Doc, thanks a lot!!!” lega jap ati aku. “But please next time, jangan bagi sesiapa pun pinjam tesis you, at least sampai you dah betul2 habiskan semuanya, dah jilid dan hantar kepada saya.” “Serik dah Doc. Memang lepas nih saya takkan bagi kat sesapa dah pun, even tesis akhir nih pun saya takkan kasi. Saya buat teruk2 sampai tak beraya ke mana2, eksiden plak lagi, eii..takde la saya nak bagi senang2 dah kat orang. Tapi kalau diorang nak mintak tolong saya ajarkan diorang pasal SPSS, Insya Allah saya tolong.” "Eh, tak payah tolong. You bukan dapat duit dari diorang pun. Diorang ada penyelaras sendiri, biar penyelaras diorang je yang tolong. Ambil contoh you sendiri la, you buat tesis akhir ni, ada you mintak tolong kawan2? Takde kan? Semuanya you mintak tunjuk ajar I, right?” “ Ye tak ye gak ek? Ok ok. Tak yah tolong, baek I buat keje lain lagi bagus kan Doc. Hehehehe. Habis tu, kes Nana nih pulak macam mana Doc?” “I memang tak boleh nak tolong dia. Mana boleh duduk atas kerusi goyang kaki, juz copy and paste kerja orang. I terpaksa report kat penyelaras dia, dan I sendiri tak boleh nak bagi markah yang baik untuk dia.” Hmmm....Aku angguk tanda paham. Maleh aku nak merayu soh kesiankan kawan aku tu. Sesungguhnya aku sakit hati yang teramat!!! Kawan ke, tak kawan ke, bab2 meniru tesis yang aku buat secara individu dengan teramat susah payahnya, memang aku tak boleh nak maafkan langsung!! Minah soang nih pon, dah taw bersalah, takde langsung inisiatif nak mintak maaf kat aku! Arrgghhh...tensi deh!!! Memang peristiwa tu telah berjaya membuatkan mood aku spoil sepanjang hari. On da way back to KL, sempat plak gado lagi dengan seseorang, tapi sib baik dia cover cecepat. Phewww!!! Malam, keluar gi makan bubur berlauk kat Kg. Baru. Time nak balik, tetiba plak motor buat hal. Tak leh nak start enjin. Starter, lampu sumer tak menyala. Ah sudah!! Mintak tolong soang pakcik, dia godek2, start pakai manual, baru leh on. Katanya, mungkin ada masalah dengan wiring [agaknya motor aku ‘internal injured’ kot akibat eksiden ari tu..hehehehe]. Keesokan paginya [time nak gi keje - Jumaat], try la start secara manual. Kaki yang saket bertambah2 saket dibuatnya [memang cari penyakit namanya tu!] Mintak tolong soang abang yang ensem, dia pon tak leh nak idopkan enjin motor aku. Ah sudah! Buntu palotak aku. Terus call Abg. Farid, mintak bantuan emergency. Sib baik dia tak gi keje lagi. Dia datang amek aku kat umah, anto gi opis. Huhuhuhu. Tak abeh2 nyusahkan dia dan kakak. Sekian!!! Balik keje, naek komuter gi KL Sentral. Punya la ramai orang, gayat sey takut ada yang terpijak kaki aku yang ‘chumil’ ini. Isk!! Nak kuar dari komuter pon, aku depangkan tangan ke depan, halang orang dari datang kearah depan aku. Hehehe. Buruk btoi perangai!!! Dok bermain dalam pikiran, nak balik umah naik Putra LRT jek, tapi bila kaki aku berdenyut2 saket, terpaksa aku kenselkan niat suci murni ku itu. Berjalan tercengkot2 pergi taxi stand, balik umah naik teksi lagi bagus. Kaki tak saket, yang saketnye ‘dompet’ aku. Muahahahaha. Citer ujung minggu plak Sabtu, adik aku dah janji nak bawak kawan dia tolong repairkan motor aku, tapi ampeh, sampai ke petang dia tak tolong. Penat kerja katanya. Huhuhu. Rasa nak meraung jek!! Nak tolak motor sendiri gi kedai, sungguh la tak mampu dengan keadaan kakiku yang semakin rajin berdenyut2 menyakitkan. Dah janji dengan Kak Lin nak gi open house umah Kak Feez pon terpaksa dikenselkan. Dapat pinjam motor Abg. Farid, tapi ujan plak turun dengan lebatnya. Maka, terpaksa la melepakkan diri kat umah kakak sepanjang hari. Sekian. Ari Ahad pon sama, motor masih belum dibaiki. Pening maken bertapa dengan hebatnya kat palotak aku nih. Si Sepai plak tak abeh2 sms, tanya jadi ke idak nak gi open house ke umah Karep – member kamceng aku yang dah hampir 2 tahun tidak ku temui. Huhuhu. Aku bagi memacam reason kat Sepai, tapi minah nih siap ajak soh naek cab la apa la. Aiseh! Sian plak kat member aku soang nih. Hmmm. Mintak keijinan dari Kakak [Abg Farid tido time aku nak kuar tu], nak pinjam motor Abg. Farid jap, janji dengan kakak, nak keluar tak lebih dari 2 jam ja. Hehehe. Jemput Sepai kat Stesyen Putra Melati, pehtu terus shoot ke Jalan Rubi. Skali ingat-ingat lupa daaaa umah Karep. Paksa Sepai tipon Karep, rerupanya kitoang berada di 'jalan yang benar’. Hahaha. Masuk ke halaman umah Karep, terintai2 cari Karep tapi tak ketemu. Skali lagi paksa Sepai tipon Karep, soh jemput kitoang kat depan umah dia. Hehehe. Pertama kali ternampak Karep, ayat pertama yang terlintas dalam palotak aku, 'aiyooooooh..pakcik nih semakin sihat’ dan kuat arh!’ Muahahaha. Gi naik ke port atas, ada Yaabbnuar, Abg. Mike, Ap, Abg Unag, Oni dan soang abang lagi yang berasal dari Taiping [aku lupa sungguh la nama abang sekampung aku nih! Huhuhu.] Lepak2 makan2, pehtu blah. Sepai ajak meronda2 kat Jaya Jusco. Aku on jek! [Heh! Tak padan dengan kaki saket, ada ati nak merayau tu?!?!] Tapi teringat plak dah janji dengan kakak, nak guna motor kejap jek. Terus tipon kakak, tapi tak berjawab. Tipon plak Abg. Farid. Sekali dia cakap, dia tengah tunggu aku balik daaaa. Dia nak guna motor gi umah kawan dia yang buat open house jugak. Hmmm. Sekian la jawapannya. Dropkan Sepai kat JJ, pehtu terus shoot balik umah. Malam, aku telah membuat satu perangai keji lagi hina – mencuri kereta mak dari tangan kakak tanpa kerelaan kakak. Huhuhuhu. Sowi kak!! Terpaksa gak amek keta tu, nak guna beberapa hari sampai motor dah dibaik pulih. Tak mampu nak gi keje naik bas arh kak, kaki saket kalo terlampau banyak berjalan. Sengal wooh!! Huhuhu.... Owh ya, anyway, Selamat Hari Lahir ye kakak kecayanganku pada tanggal 5 November 2007. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kakak, semoga di murahkan rejeki, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang terbaik [ucapan standard]. Aku seboleh2 tanak nyusahkan dia, tapi keadaan selalu tak menyebelahi aku arh!! Sowi ye kak!! Next year, orang UP lagi duit raya kat hang! Muehehehe. Tak taw nak bagi adiah apa kat kakak. Buntu arh! Ekonomi pon tengah meleset nih! Aci bagi adiah ’belated’ dak kak? Ngeh ngeh ngeh... Nota kaki cagu: Lately nih aku bz teramat dengan Family Day under AG Sector yang akan dibuat kat Sunway Lagoon ujung minggu nih. Huhuhu. Dah rasa cam takde badan dah nih. Aiyooooooh....Nanti2 la aku stori-mori pasal hal2 family day nih! Tak puas ati btoi arh....!!!?!?!?!