PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Wednesday, April 02, 2008
Ada aku pedulik?!?
Seblom pa pe pon, aku nak kasik warning awal2.
Entry hari ini lebih ke arah 'entry emosi jiwa kacau' yang mungkin berunsurkan ayat yang kurang manis dipendengaran mahupun pembacaan. Harap maklum!
~~~~~~~~~~
Aku merayau2, melompat-lompat [bloghopping] dari satu blog ke satu blog. Tetiba aku 'terasa' dengan salah satu entry yang dibuat oleh seorang yang aku rasa dan aku anggap sebagai KAWAN.
Puas aku pikir, cane aku nak clearkan keadaan yang bercelaru nih. Tapi disebabkan dia pon tulis thru blog, so, why not aku pon tulis apa yang aku tak puas ati kat blog jugak, kan? 'Orang memberi, kita merasa...'
Tersebutlah alkisah, semua punca dan masalah yang timbul, aku tuding jari dan salahkan dia. Kengkunun mahu jadi 'orang tengah', nak damaikan hati sebelah pihak, tapi dia tak sedar, dalam masa yang sama dia menuding jari dan menuduh aku berubah tanpa dapat bagi bukti yang kukuh tentang perubahan aku yang dimaksudkan.
Aku diamkan diri lepas tu. Malas nak kecoh2, malas nak ungkit2, sebab banyak lagi menda lain yang aku kena buat, kena fikirkan dan setelkan. Fine! Aku ingat menda nih dah setel.
Tapi alih2, bila baca entry dia, buatkan darah aku cukup menggelegak. Marah dan geram! Apa motif dia tulis gitu? Apa yang dia tak puas hati dengan aku? Kenapa tak bersemuka jek dengan aku? Takut?
Tuduhan dia aku rasakan cukup tak berasas! Ego, tak nak ngaku silap dan slalu kasi macam2 alasan. What da *!%$#?!?!?!?
Hello bro, skang sapa yang ego, ko atau aku?! Kalo ko tak ego, kenapa ko tak datang hadap aku dan clearkan semua yang ko rasa aku buat tak betul, kan senang!?!?
Tak nak ngaku silap?! Weih, aku ada buat silap apa dengan ko hah?!?! Silap aku sebab tanak kuar dan lepak2 dengan koang dah? Lupa kawan lama?! Itu yang ko maksudkan!?!? Bro, boleh maturedkan skek tak palotak ko tu!!! Dah tua la beb, pikir waras sikit la. Aku bukan budak kecit, yang slalu nak kena berkepit dan menempel dengan kengkawan. Aku ada cara hidup aku sendiri. Lagi pon, aku punya suka la nak lepak dan keluar dengan sesapa pon. Ada aku kacau hidup ko ke pon?! One more thing, selama hidup aku nih, aku rasa aku TERAMAT JARANG skali melepak dengan ko, so, naper plak tetiba ko nak ungkit yang aku dah lupa dan tanak melepak dengan ko?! Sungguh la tak logik dan tak boleh diterima akal. Owh, mungkin kengkunun ko nak cakap ayat tu bagi pihak kawan ko la kan, silap banyak la beb! Aku tak suka langsung cara pakai orang tengah nih! Sungguh kebudak-budakan skali! Dedolu zaman skola boleh la beb!
Kasi macam2 alasan?! Nih lagi satu mendalah yang aku tak paham! Aku bagi alasan apa pon, aku punya suka la kan?!?! Dah aku cakap aku bz, bz dengan bowling, bz dengan kelas, bz dengan anak2 buah, so, ko ada hak ke nak soh aku delete semua alasan2 tu?!?! Nak seribu daya kata ko, tanak seribu dalih, ek? So, dah memang aku tanak, wat pe aku bagi dalih, aku bagi reason yang terang-benderang, memang aku tanak kuar melepak tak tentu hala. Aku bz dengan life aku sendiri. Aku bz dengan masalah2 disekeliling aku. So what?!?! Ada aku kacau ko!?!
Yang paling aku tak paham dan saket hati, ko tuduh aku maki ko! Heh!! Helooo....aku ada simpan lagi semua conversation kita ari tu. Ko nak aku publishkan ke kat blog aku nih dan mintak pendapat readers, tanya dewang samada btoi ke aku maki ko?!?! Nak?!? Aku boleh jek buat semua tu kalo btoi2 nak cari kebenaran. Seumur hidup aku yang dah nak cecah 29 tahun nih, belum pernah lagi aku maki orang, tapi kalo ko terasa nak cipta rekod baru dalam hidup aku sebagai orang pertama kena maki, silakan. Bitaw aku bila! Enitaim beb!!!
Aku pelik bila ada orang2 begini dalam hidup aku. Orang2 yang pendek akal, yang fikirannya masih belum matured sepenuhnya. Hal kecit pon, nak diungkit2 jadi besar, siap tulis dalam blog bagai. So, sebagai seorang 'kawan' kepada orang yang tak matured nih, terpaksa la aku ikut rentak dewang gak, tulis gak dalam blog, pehtu semua orang tuduh aku pon 2x5 - pendek akal. Hahahaha....Padan muka aku sendiri.
Tapi aku pedulik hapa kan?!?! Aku tak pernah pon kacau hidup sesapa! Selama hari nih aku hidup dengan cara aku sendiri, aku buat apa yang aku suka, dan seboleh mungkin cuba meninggalkan perkara2 yang aku tak suka. Tu pon ada orang tak puas ati gak. Mengadu domba satu hal, pehtu yang 'orang tengah' pon 'weng' gak! Hah! Elok la koang bersahabat! Elok sangat amat!
Bukan aku tak kenang jasa baek 'kengkawan' aku nih, tapi bila aku sendiri rasa ditindas, koang buat hidup aku cam ampeh, koang langsung takde rasa belas, koang asek pk apa yang korang rasa jek yang betul tanpa bagi peluang untuk aku back-up diri aku, aku rasa aku jadi seorang manusia yang teraniaya. Koang kena ingat, Tuhan tu Maha Kaya, segala apa yang koang buat, kekadang ada yang terkantoi dengan aku. Nasihat aku kat koang, sudah2 la. Cukup2 la. Bawak2 la insafkan diri. Tak yah susah2 nak nangis bagai, nak mintak mahap bagai, or whatsoever la yang korang rasa koang betoi [koang memang slalu pk koang btoi, kan?]. Aku dah meluat dan menyampah dengan semua sandiwara gini. Aku nak berfikir secara matang, tolong jangan bagi aku pikir dan jadi budak2 boleh tak? Cukup la koang jek yang tak matured...Enuf is enuf!!!
Aku dah maleh dah nak layan benda2 gini pas nih. Apa2 jua feedback yang aku terima dari koang atau sesapa jek pasnih [termasuk readers blog aku], aku redha dan pasrah. 0-0. Halalkan semuanya. Koang dah tanak bersahabat dengan aku pon, aku dah tak heran. Selama ari nih pon, jatuh bangun, aku sesoang diri gak yang kena yakin dengan diri aku. Cukuplah! Aku masih ada family yang sayang banget kat aku, dan aku juga sayang banget kat dewang!
Pasti bila koang baca entry aku nih, koang akan lebih 'aktif' mencaci aku, mengumpat aku, dengan mengatakan aku seorang yang keras hati, ego, selfish bla bla bla....Takde hal! Teruskan lah. Aku tau sapa diri aku sebenarnya. Apa pon, aku tetap maafkan koang dunia akhirat! Aku doakan koang berbahagia sampai ke akhir hayat. Jasa koang tetap aku kenang sampai bila2. Cuma untuk kembali seperti dulu, mungkin tidak!!!
Terima kasih di atas segalanya.
Sekian. Tamatlah riwayat sebuah persahabatan.......
Nota kaki cagu: Sibuk btoi 2 3 hari ni!!! Sibuk dengan trip ke KK.....Ada yang jeles??! Aku duliks hapa, kan? :p
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|