banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, April 15, 2008

Makan free weih!!!

Semalam, nak balik keje, tapi Konah dok tahan2, tak bagi aku balik. Soh teman dia katanya. Wal hal aku nak balik awal sebab nak siapkan assignment. Dah galas beg, dah jinjit beg laptop, alih2 tipon berbunyik! Isk! Sapa lak tipon time nak senja nih?
Tengok nombor, idak le plak kuar nama. Sure silap nombor nih. Maka, jawabla aku dengan nada yang sungguh lemah-lembut skalik [mana la nak taw kot2 ada pakwe mana yang tipon ka, kan?] Hahahaha...You, I setia pada yang satu jek la..dun wori taw! *wink wink* Sekali kena sound daaaa... "Weih, jangan nak buat sora ayu bleh ka? Kasi save no. tipon laki aku nih!" Erk! Gulp! Huhuhu....Skali mak minah Ros la yang tipon! Haduuuuuuu...I malu arh! Dipendekkan ceritera, dia ajak aku dan Konah gi makan kat area Gombak. Ntah apa la sebab musababnya, idak la aku ketahui [menang loteri ke beb?!?! muahahaha]. Assignment terus tolak tepi, makan free perlu didahulukan! Ahakss..Rejeki beb!!!
Maka, melepak la aku kat opis sampai jam 8.30pm. Bertapa buat assigment yang berlambak sementara tunggu mak minah Ros mandi-manda dan bersiap2 kuar balik ke Gombak. Si Konah kemain eksaited lagi nak gi makan2, maklumlah, seblom tu dia puas dok pujuk aku ajak merayau, tapi aku tanak sebab nak siapkan assignment. Huhuhu...
Kitoang sampai awal, terus gi ke kedai Jees Seafood [kedai Jumbo big glass]. Tapi tema makan malam semalam ialah KETAM. Memandangkan Jees Seafood kehabisan ketam, maka, kitoang bertukau kedai. Gi makan kat Wira Seafood plak. Gambo di atas adalah gambo muka orang yang kebusanan menunggu tuan empunya badan yang belanja kitoang makan tapi tak sampai2.
Nih plak menu yang menjadi pilihan hati. Ketam 3 ekor masak pedas, ikan talapia masak pedas gak, pehtu order kerabu mangga, tomyam campur, kailan ikan masin dan bla bla bla [tak ingat dah la menunya....]
Mak minah Ros datang sambel menjinjit laptop. Konah punya pasal la tu, giler nak ngedet blog. Huhuhu. Tak senonoh taw! Ros, apsal gambo ko takde dalam henpon aku arh? Hang delete ek?!?! Eiii...Mencik taw!! Neway, tq memanyak tq lah kepada Tham [hubby Ros] yang telah sudi menaja makan malam kami semua! Semoga Allah maken murahkan la rejeki si Tham tu ndaknya ye! Aminnnnn... Nota kaki cagu: Lega sangat2!!!