banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, November 23, 2006

I'm in love...owh yeah!!!

Syukur alhamdulillah! Segalanya telah selesai! Paper Pentadbiran Pampasan, walaupun aku ala2 langsung tak kompiden dengan jawapan aku sendiri, tapi - antam sajalah labu! Asalkan tak anto kertas kosong, ye dak? Hahahaha. Tamoh pikir pasal study dah! Cuti sampai ujung tawun nih, aku nak gunakan masa hujung minggu yang ada sebaek mungkin. Yeay! Semalam, lepas kelas, kami ramai2 pakat gi Berjaya Times Square. Beli tiket wayang citer Casino Royale jam 2.30pm. Lepas beli tiket, gi 'sappedek' [makan daaaa] kat Foodmall. Abeh makan, jarum jam baru kol 1.45pm. So, aku dan Mail bercadang gi main bowling dolu. Yang lain jadi pemerhati. Mail belanja. Yeay! Toche memanyak!! Agak murah jugak main bowling kat BTS bila pakai kad pelajar, satu game cuma RM 3 jek. :D
Photobucket - Video and Image Hosting Kalah teruk dengan Mail...Owh no!!! Huwaaaaaaaaaa.....
Aku nih ala2 lupa daratan sikit. Terlupa yang diri sendiri belum sihat 100%, gatal gi main bowling. Akibatnya, aku diserang asthma kejap! Kussss semangat! Sib baik la leh kontrol pernafasan lagi, kalo idak, maunye pengsan dah kot! Isk! Toche abg. Zul yang telah belanja mineral water untuk hilangkan 'kesemputan' aku tu. Huhuhuhu. Tobat tanak main bowling dah, nak main pon bila dah betul2 sihat je nanti. Isk!
Photobucket - Video and Image Hosting Owh! Sungguh encemnya dia! Huhuhuhu...Gue udah jatuh chenta deh! :p
Kol 2.30pm baru masuk panggung nombor 5. Di awal citer Casino Royale tu, aku cam aser tak besh plak tengok hero James Bond kali nih seorang pelakon yang tak glamer [aku jek kot yang tak kenal dia..huhuhu]. Tapi dipertengahan jalan citer tu, perasaan aku jadi lain. Owh no!!! Aku dah jatoh chenta sama itu hero Casino Royale arh! Arghhhh....Kaget banget sih! Dengan tubuhnya yang sasa, dengan senyuman yang sungguh menggoda, dengan rambut yang ala2 macho, betul2 buat aku terguder! Adeh! Help me!!! Disebabkan aku dah jatoh chenta dengan hero filem tu, aku kasik seploh bintang arh untuk jalan citer Casino Royale! Besh tahap kebabooommm!! Baek koang gi tengok citer tu. Mana nak taw kot2 koang pon terjatoh chenta kat hero tu gak! Ahakss....
Photobucket - Video and Image Hosting Kuih yang wajib dibeli kalo gi Sg. Wang. Yummy!!
Lepas abeh tengok wayang, gi minum2 kat Imbi. Pehtu singgah Sg. Wang jap, beli kuih Jepun [ala2 kuih koci gak arh] yang diberi nama Omichi [eh, ye ke nama tu?]. Sedap sey kuih tu! 3 ketul untuk harga RM 2.50. Ada yang kata mahal! Err..mahal ke? Bagi aku, kalo kuih tu dah sedap, harga dah tak jadi hal untuk aku kot. Err..entah! Lepas tu, memasing dah tatawu nak gi mana. Nak balik, petang masih muda. Chewah! Last2, kitoang gi beli tiket wayang lagi, citer Step Up plak. Hahahaha. Bab abehkan duit no. satu arh! Sementara nak tunggu citer Step Up, kitoang gi main game kat 5th Floor. Howyeah! Kali nih aku berjaya mengalahkan Mail untuk 3 game berturut2. Yeay!
Photobucket - Video and Image Hosting Besh arh citer nih! Baek koang gi tengok!
Tengok Step Up kat panggung nombor 7 pulak. Tak ramai yang tengok. Mungkin sebab citer nih dah lama ditayangkan kot. Pestaim tengok hero filem nih, ati aku dah mengomel, apa beso sangat badan mamat nih, terer ke dia menari?! Huhuhu. Sungguh sangkaanku meleset sama sekali. Hero tersebut sungguh fit dan sungguh kacak sekali. Owh no!! Sekali lagi aku terguder arh! Lagipon muka hero nih cam ala2 soang kawan aku tu!!! Ngee ngee ngee. Wendu la plak! Adeh! And again, disebabkan hero filem ini sungguh kacak dipandangan mata kasarku ini, aku kasik 10 bintang gak untuk filem ni. Wajib di tonton oleh mereka yang berduit! Hehehe. Harus aku gi cari cd pairet untuk simpan filem nih nanti. Ahaks!!!
Photobucket - Video and Image Hosting Chantekkan pokok kat belakang aku tu! Rasa cam nak curi bawak balik jek! :p
Waktu nak balik, terserempak dengan sebuah pokok krismas yang sungguh chantek! Teruja betul diri ini bila melihat lampu2 yang bergemerlapan. [Aku kan suka pada cahaya! :p] Neeva cakap, kalo nak tengok pokok krismas yang berdabel2 chantek, kena gi KLCC. Huhuhuhu. Kat KLCC aku segan mo bergambo arh! Kat BTS nih tak segan plak ye Tipah?!?! :p Puas! Puas sangat sebab dapat memenatkan diri dengan aktiviti2 ceni! Ilang kejap serabut dalam palotak memikirkan exam yang tak boleh dibuat tu. Huhuhuhu. Mintak-mintak la lecturer aku kasi markah kesian kat aku. Isk! Nota kaki ayam: Seumur idop aku, tak pernah aku jadi blank sampai ceni skali! Alahai Tipah!