banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, November 15, 2006

Saket!

Pagi tadi aku dilanda saket pewot yang maha hebat. Walhal aku dah bangun, dah mandi, dah bersiap2 untuk ke opis dah pon. Tapi bila memikirkan balik pewot ku yang meminta simpati supaya merehatkan diri di rumah, aku turutkan saja. Niat nak tipon Nizam untuk khabarkan tentang ketidakhadiran aku ke opis terbantut bila tengok kredit di hp berbaki RM0.00. Aiyark!! Cane nih? Takkan tak inpom sesapa kot?! Nak mintak bantuan Mya soh kabokan kat Nizam, Mya dah gi opis pepagi lagi dah. Huhuhu...abeh la..abeh la.. Namun, Tuhan tu Maha Mengetahui. Dia tahu aku dalam keadaan serba-salah yang teramat. Tetiba jek Mail call aku pepagi tadi, tanya aku kat mana. Terus aku minta bantuan dia, call Nizam dan khabarkan yang aku mau EL ari nih. Syukur alhamdulillah. Thanks ye Mail. Pehtu aku sambung tido. Layan pewot ku yang meragam tak hengat. Sesambel tido sesambel layan Perhimpunan Agung UMNO. Erggghhh...pening! Tatawu apa yang dewang ucapkan. Kekadang terlelap, tapi terjaga bila saket pewot melanda. Bila jarum jam mencecah ke angka 12pm, aku dah mula tak senang duduk. Busan sey lepak dalam bilik. Nak study, otak tengah jammed. Nak 'kemas-barang2-dia', aku takde mood, kang diri sendiri gak yang dilanda kesedihan yang berpanjangan, nak layan tv - tak abeh2 lagi persidangan tu - busan arh! Sekali lagi Tuhan memahami isi hati aku. Tetiba Kak Lin call, tanya khabar aku. Terus aku suruh dia tunggu aku untuk gi lunch sesama. Aku amek half day jek ari nih, masuk opis petang. Tanak lepak kat umah, hati dan otak dah mula tak keruan. Sib baik Kak Lin call. Yeay! Bersiap2, terus kuar umah, gi opis naek teksi. Taknak naik Star sebab takut Kak Lin tunggu aku lambat plak, kang lapo plak akak aku soang nih. Ihiksss.. And now...here I am, di opis, tak buat keje, layan blog, chatting2, borak2... Dan perut ku masih meragam. Uhuksss... Nota kaki bangku: Sakit hati masih bersisa, luka semakin mendalam, parut tak mungkin hilang.