PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Thursday, November 30, 2006
Remp-It!
Ingat tak aku MC ari Selasa yang lepas? Aku lepak kat umah kakak aku di Taman Melawati. Punya la asyik-masyuk berchatting dengan kengkawan lama di YM, sampai tak sedar hari dah malam.
Merengek suruh kakak hantar aku balik. Tapi dia kepenatan sebab mengajar ngaji malam tu. Lagipon waktu malam, penglihatan dia kurang baik. Alah pada silau cahaya. Nak tanak, aku 'terpaksa' pinjam motor skuter abang ipar aku. Abang Farid gi Sabah, balik hari Sabtu ni. So, boleh la aku berulang gi keje naik motor dia. Yeay!
Semalam, pestaim bawak motor gi keje. Mya jadi pembonceng. Huhuhu. Gabra gak memula. Tetambah waktu keta benti kat traffic light. Giler gayat takut terlanggar side mirror keta orang. Dah la motor skuter abang ipar aku tu beso gabak, tak padan dengan aku yang kecit nih! [Tu pasal Nuar gelakkan aku tu! Huhuhu]
Petang, dapat time-off, ada sesi latihan tarian kat LHDN Jalan Duta. [Wah! Menari!??! Next time la aku citer pasal menari ni ek?!] Waktu nak balik ke opis, ujan dah mula rintik-rintik.
Tanya pendapat Mya, nak redah ke nak berteduh dulu. Dia kata, kalau nak tunggu hujan berenti, ntah bila masa la plak kan. Baek redah jek. Hmm...Aku pon berpendapatan begitu jua! :D
Jadinya, kami berdua pon meredah la ujan rintik-rintik tu. Dipertengahan jalan, ujan turun dengan lebat daaaaa. Tapi kami berdua masih juga meneruskan perjalanan pulang ke opis. Sepanjang perjalanan pulang ke opis, banyak motor2 yang berhenti berteduh. Dan kebanyakannya lelaki! Mesti dewang gelakkan kami [orang perempuan] yang sanggup meredah hujan. Hahahaha. Alang-alang dah basah, baik basah terus, ye tak?
Seksa juga meredah hujan ni ek! Air hujan bertakung kat cermin mata aku. Perit! Pedih! Pipi saket ditimpa ketulan air hujan. Isk! Baru aku taw, bawak motor nih bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Banyak betul risikonye! Huhuhu. Sib baik la aku tak teruskan niat aku nak beli skuter di suatu ketika dulu. Isk!
Tapi dalam seksa2 tu, ari nih aku merempit lagi - dengan Mya, datang ke opis! Seronok jugak bawak motor time takde banyak keta! Boleh bawak laju-laju. Ngee..ngee..ngee...Tapi, sepanjang2 aku bawak motor, mulut nih tak abeh2 terkumat-kamit baca doa, mintak dijauhkan segala bala-bencana. Isk!
Nota kaki kiri: Ari nih mo update 2 entry. Sila jengah petang kang untuk next entry plak ek! :D
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|