Jumaat, 26/1/2007
Breakfast jam 6.30am [giler awal, kan?]. Kol 7am, dah tunggu depan lobi. Kitoang amek pakej untuk pergi ke
Poring Hot Spring dan
kaki Gunung Kinabalu [RM 150 per person].
Tak puas betoi shopping kat Nabalu Market ni, kejap sangat! :(
Perjalanan nak ke
Poring Hot Spring sungguh jauh sekali. Tempat persinggahan yang pertama,
Nabalu Market. Sejuk banget taw kat sini! Kat sini aku telah berjaya membeli-belah secara ala-kadar.
[Ada ke patut aku cari t-shirt budak2 dengan harga RM5!??! Memang tak masuk akal betul permintaan aku tu! Sib baik takde penjual yang nak melayan kerenah aku sangat! Muahahahaha.] Kitoang diberi masa untuk bershopping selama 20 menet jek! Isk! Mana cukup beb! Huhuhuhu.
Pehtu kitoang teruskan perjalanan ke
Poring Hot Spring. Baru nak terlelap mata di dalam bas, Nizam dah kejutkan. Dengki btoi taw! Uhukss...Dia soh kitoang saksikan panorama yang chantek dan saujana mata memandang. Gunung-ganang disaluti kabus, perkampungan dilereng2 bukit, memang chantek sekali.
Sedap kekata kat batu tu kan?!
Penat sey panjat bukit nih! Huwaaaaaaaaaaaa!!
Berenti rehat di Pondok Tagaut. Time nih memang dah terasa cam nak putus nyawa dah pon! :(
Nih ler laluan Canopy Walkaway, gayat sey!!
Memulakan perjalanan di atas Canopy Walkaway dengan penuh debaran.
Sampai di
Poring Hot Spring, kitoang diberikan taklimat sikit oleh
En. Hairy [tourist guide] dalam slanga Bahasa Inggeris yang err..err..[susah nak diklasifikasikan arh!]. Pehtu mula menapak memanjat bukit/gunung yang sungguh tinggi dan memenatkan. Aku hampir2 putus nyawa dibuatnya. Inhaler plak tertinggal dalam bas! Sib baik la tak semput secara kritikal. Kalo idak, sure dah kena cpr seround dua. Muahahaha.
Time nak melalui
Canopy Walkaway tu, punya la ramai pelancong dari
Taiwan. Beratur panjang giler. Huhuhu. Laluan
Canopy Walkaway tu sepanjang 157.6 meter dan tingginya 41 meter dari paras tanah. Tinggi duhhh!! Memula terasa gayat la jugak. Tapi dipertengahan jalan, rasa teruja yang meluap2. Lupa pasal penyakit 'high-anxiety', terus rakam video sambil merapu-meraban. Hahaha. Besh! Besh!
Sempat berkenalan dengan minah saleh yang bernama Claire!
Lega bila dapat rendam kaki dalam air yang 'suam-suam kuku' jek tu!
Lepas turun dari
Canopy Walkaway tu, Haron belanja minum air kelapa [sebiji RM 2]. Toche Haron!!! Pehtu pakat2 gi rendam kaki dalam air panas. Giler gigil pala lutut memasing! Hahahaha.
Di Mountain Lodge. Sejuk sekali bah!! Suasana berkabus sepanjang masa!
Kol 12.45pm, kitoang gerak gi lunch di
Sonny's Village, Mountain Lodge. Kat sini memang cuacanya sejuk giler!! Menggigil2 dibuatnya. Perut plak lapo tak hengat! Makan megi kosong pon jadi sedap dibuatnya. Isk!
Di Kaki Gunung Kinabalu. Ujan lebat giler! Huwaaaa!! Frustnye! Frustnye!
Ada cam maskot Digi 'Ku bersamamu, bersamamu walau ke mana jua...' Hahaha...
Lepas makan, gerak gi kaki
Gunung Kinabalu. Time nih ujan dah mula rintik2. Huhuhu. Sempat beli ponco di gerai souvenirs. Time melangkahkan kaki ke dalam kawasan kaki gunung, ujan turun dengan lebatnya. Huwaaaaaaaaaa!! Frustnya!!! Walopon dalam kehujanan dan kebasahan,
En. Hairy tetap menerangkan secara detail tentang alam flora & fauna yang berada di kaki gunung tersebut. Dapat tengok pokok orkid yang paling kecil di dunia, dapat tengok pokok orkid yang paling mahal di dunia, dapat tengok itu, ini, itu dan ini. [Tak berapa nak fokus sangat time
En. Hairy terang tu, sebab dah kekuyupan yang maha hebat.] Isk!
Nih ler rupanya Jambatan Tamparuli tu...
Dah abeh menjelajah kaki gunung, kitoang pon bergerak ke
Nexus Hotel, Karambunai. Sempat berenti tepi jalan dan usha
Jambatan Tamparuli. Menurut ceritera orang2 kampung, dedolu orang British namakan jambatan tu,
Jambatan Temporary. Tapi disebabkan orang2 kampung tak reti nak sebut, dewang pangge jambatan tu sebagai
Jambatan Tamparuli. Hahahaha. Bleh gitu?!?!

Gini ler rupa paras kami ketika tiba di
Nexus, Karambunai. Cuba usha kasut aku dan Mya tu! :p
Tak sabo nak tengok bilik. Environment di Karambunai penuh kehijauan. Chantekkkkkkk sangat!!! I'm lovin' it!! :p
Ditepian pantai. Awan tebal. Tak dapat tengok sunset! Huhuhu. :(
Sampai ke
Nexus Hotel, Karambunai jam 5pm. Memang sungguh keji sekali keadaan kami berlima tatkala sampai ke
Karambunai tersebut. Sungguh selekeh dan selebet sekali. Isk! Lepas check-in, terus balik ke bilik dan salin pakaian.
Di bilik Zalmi yang sungguh hebat!! Jeles sey!!!
Jenjalan lepak tepi pantai. Bergambo dan bersantai. Nizam, Haron dan Sham telah meninggalkan aku dan Mya terkontang-kanting di hotel, dewang gi amek keta sewa. [Kitoang telah menyewa kereta Waja - RM 160 per day]. Sedey taw kena tinggal! Uhukss! Sebagai melampiaskan rasa sedey, kitoang telah melepakkan diri di bilik
Zalmi. Riak btoi mamat soang nih. Mementang la bilik dia berharga RM500 per night, giler kerek sey! Huhuhuhu. Tapi memang aku teruja arh tengok bilik dia. Lawa arh! Cheisssss!!!
Di Salut Seafood Restaurant. Burppp!! Kenyang sey!!!
Jam 8pm, Nizam, Sham dan Haron telah menjemput aku dan Mya, dan kami telah men'dinner'kan diri di
Salut Seafood Restaurant. Memula tengok rega, mak ai!! Cam tak lepas jek bajet memasing. Pilih ikan/sotong/kupang/sayur semuanya kitoang tanya rega. Hahahaha. Giler berkira, kan?! ;p
Time nak mintak bil, berdebar-debar dada memasing taw! Takut terlebih bajet. Sekali bila sampai bil, total costnya cuma RM 109.60. Murah sey!!! Makanan pon sedap!! Leh datang lagi arh ke restoran tu!
Lepas balik dari dinner, gi melepakkan diri di
Darlin' Darlin' Lounge dengan
Mya, Haron, Fay, Zalmi, Sob, Zul, Roslan dan Budiman [kawan Haron..ehem!!]. Tengok 3 orang Sumandak nyanyi2 sambil gedik2. Bak kata Fay,
'perlu ke menyanyi sambil gedik2?' Hahahaha. Sapa nak tolong jawab tu arh?! Ngeh ngeh ngeh...
Fay sempat la nyanyi lagu Radja - Takkan Melupakanmu. Wow!! Da' bomb sey!!! Hik hik hik.
Lepak sampai kol 12am, kitoang gi lepak tepi pantai plak.
Aku, Mya, Fay dan Zalmi. Sesi err..err..sesi pekena orang kot! :p No komen arh, aci dak?! :p
Masuk bilik bila jarum jam dah mencecah ke angka 1.30am. Terus zzzZZZzzzzZZZzzz...
Nota kaki
cagu: Lemas! Rimas! Tensi deh!!!
|