Rabu, 24/1/2007
Seawal jam 3.30am,
seorang-yang-comei telah sudi menjemput aku dan Mya di umah dan menghantar kami ke KL Sentral! Tq so much ye!! Jasamu ku kenang! Ahaksss...
Aku dan Mya naik Aerobus dan bertolak dari
KL Sentral jam 4.20am. Sampai ke
LCCT jam 5.30pm. Terus melepakkan diri dengan Nizam, Sham dan Ade di Mekdi. Bekpes ala kadar buat mengisi pewot. Jam 6am, baru nampak batang idong Haron.
Alhamdulillah, flight tak delay. Dalam flight, aku dan Mya rasa tak sedap pewot. Mya siap muntah2 lagi. Aku plak try jugak jolokkan jari ke dalam anak tekak, tapi tak berjaya memuntahkan diri. Sungguh terseksa rasanya bila perut memusing2. Adehla.
Ini lah geng2 yang sesama telah menjayakan aktiviti berpoya2 di KK. Thanks guys!! You all sumer memang da' bomb arh!!
Time nih pewot masih terasa memulas2. Adeh! Sungguh tak besh!
Sampai ke
KK jam 9.45am, terus amek Innova [RM28] dan gerak ke
Sutera Harbour. Check-in tapi bilik belum siap. Dapat welcome drink. Kol 11am, naik shuttle bas [jam 11.30am] yang pihak hotel sediakan, gi lunch kat bandar KK,
Restoran Sempelang. Makan nasik ayam yang tak besh! Isk!
Lepas makan, balik hotel. Dapat bilik ngadap golf view, bilik 403. Chantek. Selesa sey! Teruja tengok bilik air yang sungguh besh! Honeymoon kat sini besh nih! Hahahaha. Lepas rehat2 japs, kol 2.30pm, kitoang telah pergi ke
Monsopiad Culture Village dengan menaiki van yang tidak ber'air-cond' dan dipandu oleh
George yang sungguh ensem sekali. Ngeh ngeh ngeh. Nizam tak join gi Monsopiad sebab saket pala. Huhuhu. Rugi2!
Dijamu fresh orange sebagai mengalu2kan kedatangan kami ke Monsopiad Culture Village. Tapi group lagi satu dapat merasa air tapai. Erkkk!!!
Sampai di Monsopiad [package RM 75 per person], lepak2 dulu sementara tunggu visitor yang lain datang. Skali ternampak muka2 yang teramat aku kenali ditempat yang sama daaa...Tak lain tak bukan,
Fay, Zalmi, Sob, Zul, Ade, Suhaimi, Fitri dan Rosnizam . Meriah sey!! Hehehe.
Nizam jadikan gambo nih sebagai desktop kat pc dia. Hahahaha. Toche beb!
Batu nih diberi nama "Gintutun Do Mohoing" yang membawa maksud 'Mengenali orang yang lebih tua'. Cuba perati lek lok, ada apa pada batu itu?!
Err...sila abaikan gambo minah yang comei tu. :p Peratikan pada batu tu, nampak tak satu wajah yang terukir?! Haa..itu la 'spirit' dari Monsopiad. Khabarnya, batu ni diambil dari Pulau Suluk, di tanam di kawasan Monsopiad. Ngeri sey!!
Tourist guide kami di Monsopiad bernama
Julie, sungguh baek dan comei sekali. Dia bercerita tentang sejarah Monsopiad [Head Hunter] yang telah berjaya memenggal sebanyak 42 kepala wira2 zaman dahulukala dan dia juga tak pernah berkahwin. Auww!! Masa nak masuk ke dalam bilik yang disimpan tengkorak2 tu, kitoang kena baca satu mentera yang berbunyi
"Siou Do Mohoing" yang membawa maksud
'mintak maaf pada orang tua2'. Ngee..ngee..ngee...
Pestaim menari nih! Sumbang sungguh langkah kaki ku itu! Owh no!!!
Lepas dah melawat tengkorak2 tu, kitoang gi tengok culture show plak. Ada 3 tarian, antaranya
Sazau Pinampang [selalunya tarian ni diadakan time wedding ceremony],
Sazau Papar [time ada acara Ritual Spirit] dan juga
Anggalang Magunatip - Bamboo stick [tarian time wedding ceremony]. Kitoang semua berkesempatan menari Sazau Pinampang. Baru nak naik 'sheikh', tetiba lagu dah abeh, frust btoi la! :p
Inilah group dari BNM, HQ yang secara kebetulan bercuti dan berpoya2 ditempat yang sama. Ihiksss....
Ini lah George yang sungguh encem itu!! Ihikssss....
Dah abeh tengok culture show, bergambo, kitoang pon pulang kembali ke hotel dengan menaiki van yang dipandu oleh
George yang sungguh ensem itu.
Bergambo di Anjung Senja. Angin nan sepoi2 bahasa sungguh menenangkan jiwa. :p
Balik, berendam dalam bath-tub, rehatkan minda, pehtu kuar gi dinner kat
Anjung Senja jam 6pm. Dinner di
Anjung Syahidah 'N' Katering. Sungguh sadis sekali makan disitu. Pelayannye siap tampal koyok lagi di kepala. Bila tanya makanan apa yang sedap, dia tak leh nak rekemenkan. Servis pon agak lembab. Huhuhu. Pasnih kena pangkah beso2 kat restoran tu arh! Uhuksss...
Di pasar malam. Baju 'Ibadah Qurban' itu dipakai oleh Nizam. Huhuhuhu...
Lepas makan, gi jenjalan kat
Pasar Malam Sinuran. Tak sempat nak shopping, sebab nak kejar shuttle-bus yang pihak hotel sediakan. Balik bilik, mandi-manda dan terus zzzZZZzzz....
Nota kaki
cagu: Ingatkan dapat menenangkan jiwa...tapi?!?!?!
|