Khamis, 25/1/2007
Sebelum memulakan sebarang aktiviti, KITA MINUM DULU!!! Bijak! Bijak! :p
Jam 7am, kitoang gi breakfast. Makan2, borak2, bergelak-gumbira. Time nih la muncul word baru dipendengaran telinga aku;
"I nak tanya soalan personal sikit la?" kata Sham kepada Mya
"Apa?" sahut Mya berdebar2
"You 'berry' cane ek?"
Memula aku kompius gak! Mendalah pe lak si 'berry' tu! Setelah mendengar dengan lebey lanjut jalan citer yang dibualkan, barulah aku paham! Rerupanya 'berry' yang dimaksudkan itu adalah 'berak' [oopss]!! :p
Di Sea Quest Watersport Centre.
Wajah2 keterujaan yang melampau!
Gerak gi ke
Sea Quest Watersports Centre [belakang hotel jek] dan booking bot untuk pergi ke
Pulau Manukan [RM 35 per person]. Naik bot laju, semua pakat teruja! Perjalanan tak sampai 20 minit pon. Jenjalan menyelusuri pantai. Abg Shah [tukang jaga pulau] tunjuk gambo2 aktiviti yang boleh di buat di Pulau Manukan, antaranya
'banana boat', 'para-sailing', 'scuba-doo', jet-ski dan tak lain tak bukan,
snorkeling.
Ini la Scuba-Doo, satu2nya game yang ada kat Malaysia nih. RM 180 untuk setengah jam. Isk! Mahal duh!! Tunggu aku kaya nanti, aku datang balik untuk naik mendalah nih ek!! Sabo Tipah sabo!
Aku dan Mya beria-ia menghasut Nizam, Haron dan Sham naik banana boat, tapi dewang sumer tanak! Uhuksss. Aku dah berkira2 nak naik
'para-sailing', Haron pon punya cita2 yang sama. Tetiba Mya pon ingin turut serta. Jadinya, kami kembali semula ke dalam bot laju dan pergi ke tengah laut.
Get ready nak menerbangkan diri!
Giler teruja arh time nih!! Yiieehaaa!!!
I'm flying without wings!!
Aku dan Mya merasmikan dulu
'para-sailing' [RM80 per person for 15 minutes]. Gerun jugak rasa di hati. Tapi semangat ingin mencuba tu lebih kuat, makanya....kami pun terbang di awan nan biru! Owh!! Sungguh indah sekali pemandangan. Malangnya, awan terlalu tebal sampaikan kami tak berpeluang langsung untuk melihat puncak
Gunung Kinabalu. Huhuhu. Lepas dah turun, turn Haron plak naik sesoang.
Aku sebagai akauntan tak bertauliah dalam group berpoya2 nih, terpaksa mengira bajet untuk setiap aktiviti yang kitoang buat.
Bergambo lagi dengan lelaki-lelaki macho! Owh!!! :D
Lepas dah setel, kembali ke
Pulau Manukan. Jenjalan sesambil mengatur agenda seterusnya. Time nak balik, terserempak dengan group
Fay/Zalmi/Sob sekali lagi. Hehehe. Alang-alang dah terserempak tu, apa lagi, bergambo sakan la kitoang nih! Ahakssss... :D
Baru sampai dari pulau. Penat bah...
Balik ke hotel, mandi-manda dan keluar balik ke bandar KK jam 12pm. Lunch kat
Foodcourt Wawasan Plaza. Dah makan sampai moncet [Errk!!! Ada orang tu cakap, orang moncet nih, tandanya penyayang...ye ke!??! Huhuhu], amek teksi, gi ke
State Museum [teksi caj RM 10 untuk satu keta]. Masuk Muzium, kena bayar tiket RM 2 seorang.
Di Muzium Sabah bah... :D
Ada satu insiden yang menyebabkan Mya telah 'dimaki-secara-manja' oleh Sham! Hahahaha.
Sungguh keji akan dikau wahai Sham! Sib baik dia tak maki aku, kalo idak, maunye aku meraung2 kat situ soh dia tarik balik makiannya itu! Owh no!!! :p
Anak sapa la yang hepi semacam kat belakang skali tu ek!? Ish2..over taw!
Tengah dok syiok2 amek gambo, skali bateri kamera aku kong daaa. Terpaksa menumpang-kasih kamera Sham dan Nizam. Ehek..ehek..ehek. Dewang berdua sungguh 'berbulu' dengan aku time nih. Mana taknya, tak pepasal dewang terpaksa jadi 'cameraman-tak-bertauliah' untuk aku. Ahaksssss. Bukan senang taw nak amek gambo aku secara rela-hati! :p
Di salah sebuah rumah panjang.
Tengah beratur kat tangga umah panjang, tunggu orang masuk minang! Erkkk!! :p
Ish! Anak sapa la yang duduk bersimpuh tu ek!?!? Err..nih pelamin kaum Kadazandusun.
Jenjalan ke
Kampung Budaya Warisan yang penuh dengan pelbagai jenis rumah panjang dari pelbagai kaum. Teruja tapi gerun bila berada dalam rumah panjang tersebut. Takut kaki tersepit dengan buluh2 yang disusun rapat. Huhuhu.
Dah penat berjalan, balik ke bandar KK dengan menaiki bas mini [tambang RM0.70 seorang]. Pelik dan termangu-mangu dibuatnya sebab drebas bas merangkap tukang tiket bas mengutip tambang time bas berenti di traffic light. Hehehe.
Di Signal Hill.
Turun bas, amek teksi plak [kena caj RM 15 untuk sebuah keta] dan pergi ke Atkinson
Clock Tower dan
Signal Hill. Nak pitam rasanya bila tengok tempat yang menempatkan bahan sejarah yang tak terjejas akibat peperangan dulu [
Atkinson Clock Tower]. Huhuhu. Sedey! Patutnya tempat tu dibuat dengan lebih menarik lagi. Ermph...abaikan! Gi ke
Signal Hill, tenang rasa hati. Angin bertiup kuat. Dapat lihat bandar KK dan lautan yang sungguh luas pemandangan. Chantek!
Balik, singgah ke
Filipino Market, shopping bagai nak rak! Eh! Eh! Tak shopping pon. Tapi berhabisan duit belikan gelang kristal yang kawan & kakak2 kirimkan. Dewang kirim pakai air liur! Terpaksa la aku mengorek celah2 dompet aku untuk membeli barang2 yang di order! Untuk diri sendiri, aku cuma beli sehelai t-shirt yang murah dan sepasang brooch yang juga murah. :(
Dinner kat belakang
Filipino Market, makan seafood. Amek 3 ekor ketam, 2 ekor ikan, dan sayur-sayuran lain, kena caj RM 60. Ok la tu, murah banget dan kenyang! Yummy! Berkenalan dengan kawan Haron yang berasal dari
Kedah tapi bekerja di KK - namanya En. Roslan ye. :p
Balik hotel, berendam lagi dan terus zzZZZZzzzzZZZzzz. Maaflah kalo ada sesapa yang call aku malam tu, aku rejek. Penat banget sih!! :(
Nota kaki
cagu: Rerupanya ada makhluk yang sungguh tak paham bahasa. Adeh!
|