skip to main |
skip to sidebar
PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.Email to =
tipahvogue@gmail.com
Selasa, 9/10/07
Sepatutnya, Yaabbnuar kena banjer aku ari nih, tapi dia sunyikan diri dia. Biasa aarh budak nih, kalo nak soh oang banjer, kemain lagi dia tipon kita, tapi kalo kena turn dia, manjang eskepkan diri. Huh dan huh lagi!!! [Sowi termengata kejap! Mintak ampun mintak mahap ye, Selamat Hari Raya. :p]
Aku ada backup plan. Nak gi saloon, cuci dan gunting rambut [rambut raya howkey], tapi plan aku tidak menjadi. Tetiba Ros tipon, ajak berbuka sesama kat Kg. Baru, makan western food. Memula cam ala-ala berat ati gak la nak join, sebab niat aku tegar nak gunting rambut dah lama terpendam ni, tapi tak tercapai jugak bila dengar Ros mo banjer aku. Muahahaha. Keji taw!
Maka, berangkatlah aku, Ros dan Mya gi Kg. Baru. Giler jammed arh jalan. Sempat aku tido seround. Hik hik hik. Sesampai kat Chop n' Steak, Kg. Baru, orang dah ramai. Sib baik Mya dah booking awal2, kalo idak, sure tade tempat duduk. Order Black Pepper Steak dan makan sampai moncet. Terjadi satu insiden di mana kitoang nak mintak pekerja kedai tu tapawkan lebihan makanan [chicken wing yang dah macam chicken chop] tapi sumer wat dunno. Ampeh ja! Sib baik ada adik berambut panjang yang sungguh chumil dan murah senyuman telah sudi menapawkan makanan tersebut. Kelakar bila teringat komen yang Mya tulis dibelakang bil tu! Hahahaha.
Pa pe pon, toche memanyak kat Ros yang telah sudi membelanjakan diriku ini dengan begitu kenyang skalik! Selamat Hari Raya ek! Jumpa kat kampung nanti, k!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rabu, 10/10/07
Dapat email dari Abg. Long bertajuk "Berbuka Puasa di Bora Asmara Sempena Menyambut Hari Jadi Cik Amy Yang dah Terlepas... dan Juga Mungkin Ada Satu Lagi Pengumuman Penting...." yang telah dihantar kepada Geng2 Biasa. Hehehe.
Berangkat ke Bora Asmara, Sg. Penchala menaiki kereta Myavi. Geng2 Biasa yang juin kali ini ialah Abg. Long, Ali, Zalmi, Che Ros dan Mya.
Geng Biasa dari kiri; Ali, Mya, Abg. Long, Che Ros & Zalmi
Lepas berbuka puasa, Abg. Long telah menghulurkan beg kertas Crabtree & Evelyn - hadiah harijadi katanya. Wah! Teruja giler bila tengok hadiah yang diberi. Ala-ala cam set pertunangan gitu. Aku dapat satu set barangan Crabtree & Evelyn bauan Wisteria. Wangiiiiiiiiiii!!! I like it very much arh!! Toche Abg. Long!!!
Lepas semua dah abeh makan, acara potong kek plak diadakan. Kek Coklat Strawberi dari Secret Recipe. Menurut kata Mya, kek tersebut adalah special cake yang telah dibuat oleh artis/model Amber Chia dan Carmen Soo. Wohohoho. Sungguh sedap skali kek ittew!! Sehingga menjilat siku! Limpahan coklat dan strawberry nye sungguh membuka selera. Slurrppp!!! Cara pemasangan lilin juga sungguh kreatif gitu! Penat aku nak meniup lilin2 tu. Ihikss...Seingat aku la, setelah meningkat 'dewasa' nih, ini la kali pertama aku celebrate besdei dengan memotong kek dan meniup lilin. Huhuhu. Malu gak bila dah 'dewasa' gini pon dok tiup lilin, tapi dalam masa yang sama, rasa terharu yang teramat sangat sebab ada kengkawan yang nak celebrate besdei aku! [Asal terharu ja, kena nanges ek?! :p]
Chocolate Strawberry cake yang sungguh yummy!!
Wif my besprenk, Mya
Kendian, pengumuman plak diadakan. Semua pakat tunding-menunding jari menuduh antara satu sama lain yang nak buat pengumuman. Rerupanya, orang yang paling kuat menunding jari tu yang nak buat pengumuman. Hehehe. Congrates kat orang tu!!! Semoga berbahagia selamanya hendaknya!!! *wink*wink*
Toche bebanyak kepada semua kengkawan yang telah sudi bersama-sama menyambut hari lahir aku yang dah semakin nak mencecah ke angka 30-an nih! Terharu sangat2!! Toche teramat toche khas buat Abg. Long yang telah melaburkan wang ringgitnya dengan membeli hadiah, kek serta belanja makan di Bora Asmara yang sungguh chantek itu!! Really-really appreciate it!!! :D
** Gambo2 yang lelain akan di upload selepas raya ek!! Tuan punya kamera yang canggeh tu lom install lagi software kamera yang baru dibeli. Huhuhuhu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukan setakat menaruh impian untuk punya 'rambut raya', aku juga telah turut meng'inai'kan tiga jari di tangan kiri ku ini. Bila orang tanya, kenapa inai tiga jari jek, jawapan standard aku "Kalau boh inai semua, nanti hilang seri!" Bleh gitu? Mueskeskeskes....Over kan? Dari rambut, sampai ke kuku jari pon nak 'beraya' sama. Sib baik tak gi pedicure/manicure, kalo tak, memang dah sah2 aku nih OVER orangnya! Ngalahkan bebudak nak raya plak rasanya! Muahahaha....
Tu blom masuk aku 'pow' umat manusia di opis ku ini. Kalo terserempak dengan orang yang aku kenal, ayat standard yang akan keluar dari mulut aku; "Eh, kata ari tu nak bagi duit raya kan? Susah2 jek taw!! Nanti saya gi amek kat opis ek!?" Muahahaha...Jangan tak taw, so far aku dah dapat collect 4 sampul yang berisi duit raya. Yeay!! Keji kan perangai ku ini?!?! Ahakkkkksssssss....
Toche memanyak buat big bos merangkap ex-boss aku dulu, En. Jo yang telah sudi memberi duit raya yang begitu banyak skali [buat beli mercun katanya..hehehehe]. Toche jugak kat Kak Gee yang telah memberi duit raya [itu pon setelah dipaksa-rela oleh aku]. Hahahaha...Thanks gak kat opismet2 yang lain yang tak tahan telinga dok dengar aku mintak duit raya. Hik hik hik...Perangai keji aku nih hanya akan muncul setahun sekali jek, so, dun wori be hepi k!! Ngeh ngeh ngeh...
Malam nih aku akan bertolak pulang ke kampung halaman, Insya Allah. Doakan perjalanan aku nanti selamat ek!!! Aku pon turut mendoakan koang sumer selamat sampai ke destinasi yang dituju dalam satu bentuk [bukan berbentuk2 ye]. Hati2 memandu [kepada yang drive la], ingat2 la orang yang tersayang ye!
Dikesempatan ini, aku aka Tipah aka Aemiey ingin menyusun seploh jari memohon ampun dan maaf andainya ada salah silap, terkasar bahasa dan tersinggung perasaan kalian tanpa aku sedari. Aku hanyalah insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Yang baik itu datangnya dari DIA dan yang buruk itu datangnya dari aku. Maafkanlah aku yek!!!
Owh ya, jangan lupa, Hari Raya keempat nanti [bersamaan 16/10/07] - Selasa jam 6.30pm, jangan lupa bukak RTM1 yek. Tengok aku dalam tv! Rugi sesapa yang tak tengok, nanti koang tak leh join mengumpat/mengata aku secara berjemaah! Hehehehe...
Till then, I wanna wish you all SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir jek taw!!!
Nota kaki
cagu: Tak sabarnya....
|