PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Friday, October 26, 2007
Hari-hari yang berlalu...
Maaf! Sebab dah lama blog nih ditinggalkan bersawang. Nak jengah pon tak berkesempatan. Sejak pulang dari berhari raya dulu, aku kebizian menyiapkan tesis. Bila dah abeh buat tesis, dituruti dengan kebizian membuat kerja2 family day untuk AG Sector. Aku telah dilantik sebagai wakil department untuk jadi committee hadiah. Kebizian keluar setiap hari, mencari hadiah2, pehtu pening2 pala mengira bajet yang berpuluh ribu, bz balut hadiah la, bz nak buat kupon la, isk! Sungguh memenatkan! Tapi aku suka dengan kerja-kerja yang aku buat nih. Takde la kerja aku statik dan menjemukan. :p
Buat keja sampai merah2 pipi! Tak caya ka? Meh tengok gambo nih....Dah la dahi tertampal koyok! Ish laa...buruk jap bila tengok muka sendiri...Huhuhu...
Ari nih off kejap, sebab petang kang ada Open House yang BNM buat. Yeay!!! Dapat makan2!! Yummy!!!
~~~~~~~~~~~~~~
Ari Isnin yang lepas, adalah hari penat sedunia buat aku!
Tengahari, keluar gi barang kat Mydin sampai berbondot2 banyaknye, menghabiskan duit hampir RM1,500 dengan membeli hadiah2 untuk game. Balik keje, gi exercise kat gym. Nak balik ke rumah, baru terperasan, kunci motor takde. Punggah beg, laci opis, takde! Terasa2 cam dah nak meraung dah pun. Tetiba tergerak di hati nak tanya kat Security, kot2 aku tercicir kunci kat tengah jalan. Dan alhamdulillah, ada! Pheww!! Gelabah bewak jap aku dibuatnya. Huhuhu.
Balik umah, singgah jap kat kedai runcit, beli tong gas! Ya ya ya! Jangan tak taw, umah aku sekarang dah complete set! Cukup sifat dengan adanya tong gas! Aku dah boleh memasak! Yeay!!
Bila sampai kat depan pintu umah, tensi banget sih bila tengok taik kucing selepek mendarat depan pintu umah! Bau semerbak! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Kalau la aku dapat tangkap kucing yang berak depan umah aku tu, mau aku sembelih buat kari!!! Isk!! Sepasal plak la aku mendobi depan umah di malam hari. Berbasah kuyup dengan baju kerja yang tak salin2. Isk!
Dah penat mencuci, mandi-manda, tetiba terbuka pintu ati nak memasak plak. Pestaim memasak setelah hampir 2 tahun tak pegang periuk belanga, memang kelakar jadinya. Hahahaha! Masak2 sampai kol 12 tengah malam, siap masak, simpan dalam bekas, terus panjat katil dan tido. Penat sudah.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya....
Penantian selama hampir 6 bulan, berakhir sudah [walaupun belum cukup complete lagi mission yang diimpikan]. Lega rasa hati bila dengar khabar terbaru tentangnya. Walaupun keputusan masih belum dibuat, harap2nya, segala keputusan yang bakal dipilih, bakal mengundang khabar berita yang terbaik buat semua pihak.
Thanks for da' gift! Really-really appreciate it! Memang sebelum sambut Raya hari tu, bercita2 nak tukau purse sebab purse Carlo Rino yang berwarna pink itu telah comot diuli dek tangan aku sendiri, tapi hajat dihati kena KIV buat seketika sebab duit dah abeh banyak bershopping benda2 yang meraban. Dan tak sangka plak, hajat tersebut telah ditunaikan oleh dia. Besh besh besh! Toche my dear!! :D
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Esok ada saringan bowling kat Endah Parade untuk pemilihan mewakili BNM ke Pesta Sukan Kementerian Kewangan. Sempat ke aku nak gi sana jam 3pm, main sampai 5 game, sedangkan jam 6.15pm, nak kena gi jumpa Dr. Hisham plak, nak diskusi pasal tesis! Aiyoooooooh...Antara minat dan masa depan, kena buat decision bebetoi nih!!! Hmmmm....
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Next week nak kena gi JB, presentation untuk tesis akhir! Gayat sungguh rasa dihati! Adoih laa....Powerpoint pon tak siap lagi nih, sempat kah!? Isk!!!
Nota kaki cagu: Sungguh huru-hara hidup aku lately nih! Adoih laar....
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|