banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Saturday, October 27, 2007

Tipah 'ter'eksiden....

Petang tadi, gi jumpa Dr. Hishamuddin, bincang pasal tesis akhir, seblom gi JB untuk presentation Khamis ni. Balik, seperti biasa, bawak motor, lalu ikut Keramat, on da way nak gi umah kakak kat TM. Tengah syiok2 layan angin petang, ternampak Myvi Hitam yang tamak haloba, duduk tengah2 lane. Bawak slow giler plak tu. Aku pon, tanpa pikir panjang, cilok seblah kiri keta Myvi tu. Dan tanpa disangka-sangka, keta tu himpit aku. Kelam-kabut aku picit hon, tapi dah terlambat. Akhirnya aku tertiarap kat jalan tar yang keras berbatu2 betul2 depan Stesyen Putra Setiawangsa. Kaki kiri sempat menahan dari terseret ke tanah, tangan plak menahan kepala dari tersembam, tapi terlupa tentang kaki kanan. Kaki kanan terseret dan tertimpa motor. Sakit bukan kepalang! Perit! Orang ramai mula berhenti, tapi bukan nak tolong. Sekadar memerhati. Terkial-kial aku angkat motor yang menimpa kaki, berjalan tercengkot2 pergi ke tepi. Duduk! Terkejut belum hilang. Tengok kaki, nah, kulit tersiat, kuku berdarah, lutut berdenyut-denyut. Sib baik tak patah. Phew!!! Tunggu pemandu Myvi datang. Tapi yang keluar, penumpang sebelahnya, lelaki tua. Tanpa tanya khabar, terus dia sound aku. Aku masih diam sebab kaki masih perit. Tak boleh nak berkata-kata. Blank! Pehtu keluar plak pemandu Myvi tu, pompuan! Dasar lady's driver btoi!! Mencik!!! Attitude, memang ZERO!! Hampeh!! Dia salahkan aku sebab memotong seblah kiri. Aku plak salahkan dia sebab tak bagi signal, sia2 jek pakai side mirror. Bila aku tunjukkan kaki aku yang dah berdarah2, motor yang dah rosak, tanya apa yang nak dibuat sekarang, taw apa dia jawab!??! "I DON'T CARE!!!" Nauzubillahiminzalik!!!! Aku dah la tengah sakit, bertambah sakit bila tengok muka kerek minah tu! Sib baik la tengah sakit, kalo idak, mau aku bagi lempang sedas dua! Sungguh 'berbudi bahasa' btoi orang KL nih!!! Aku malas nak berkompromi dengan orang yang berlagak di bumi Tuhan nih. Aku angkat motor, aku pegi kat manusia yang tak berhati perut tu, aku sound baekkkkkkk punya; "Allah tu Maha Mengetahui. Takpelah. Awak buat kat saya camni, biar Tuhan saja yang balas. Memang tak selamat la hidup awak ni, kalo tak kat dunia nih, mungkin kat akhirat nanti." Pehtu terus aku blah. Kaki terus berdenyut2. Sakit!! Rasa nak nangis pon ada, tapi aku tahan. Sampai kat traffic light, capai hp dalam beg, terus tipon kakak, mintak dia gi Klinik Idzham. Sesampai kat klinik, mintak kat nurse nak masuk jumpa doktor awal, tak tahan sangat dah. Nurse cuci luka, buang batu2 yang melekat kat isi, gunting kulit yang terkopek, buatkan aku rasa cam nak terajang jek nurse tu! Sakit!! Huwaaaaaaaaaaaaa...Sakit asthma pon tak sesakit time nurse tu cuci luka. Adeh!!! Pehtu doktor datang check urat sendi aku, kot2 ada cedera sebelah dalam ke apa ke, tapi alhamdulillah, sumer ok! Keluar, amek ubat, dapat MC dari doktor untuk kelas esok. Motor aku tinggalkan depan klinik, balik naik keta. Gi umah kakak. Tipon mak, kengkunun nak mengadu domba, tapi takut. Last2 kakak yang bitaw kat mak. Mak punya bebel tak hengat kata kakak. Hehehe...Sib baik aku tak dengar, kalo tak, bertambah blank otak aku jadinya. Silap aku cuma satu, tak amek nombor plate keta tu. Tak pun ajak dewang gi ripot polis. Biar setel cara adil. Tapi aku mana pernah ada experience kena langgar gini. Tetambah aku sesoang ja kat situ, terkial2 tahan sakit dan kena maki dengan manusia dua e*or tu, buatkan aku jadi tensi! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.....Mencik! Mencik! Ari Isnin nih doktor soh datang lagi ke klinik, nak cuci luka. Isk! Sure sakit lagi nih! Hadoih la.... Bisuk, walopon dapat MC, tapi rasanya terpaksa gak gi skolah, banyak assignment yang nak kena submit, pehtu nak kena present plak depan lecturer. Hadoihla...cane nak panjat tangga tingkat 4 dalam keadaan kaki berbalut nih. Adeh!! Dugaan btoi arh! Huhuhuhu... Tido malam nih sure tak lena sebab terbayang-bayang muka 2 umat tadi nih! Saket ati! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Gambo nih diambil setelah membuka balutan di hari kedua, masih luka berdarah. Pehtu Kakyang suggest soh letak daun lidah buaya, aku pon taruk la atas luka2 ku itu! Huwaaaaaaaaa.....Pedih nauzubillah!!! Kaki kebas semacam, rasa nak patah pon ada gak!! Menggigil2 tahan sakit! Sumer pakat gelakkan aku! Isk! Sampai ati btoi taw! Punya tahan sakit sampai tertido-tido. Bila bangun, tengok luka2 dah mula kering. Alhamdulillah! Mujarab juga rupanya daun lidah buaya nih. Tapi esok tetap nak kena gi klinik gak, mintak ubat sapu kat doktor. Huhuhuu... Balutan di ibu jari kaki kanan lom bukak, sebab gayat ari tu nurse gunting kulit yang menampakkan isi. Balutan di ibu jari kaki kiri pon belum bukak, sebab kuku berdarah. Saket!!!

*Terlepas gi open house umah opismet! Isk! Dah la tengah lapar kuih raya nih! Huhuhu* Nota kaki cagu: Minah rempit kena la merasa pengalaman eksiden kan? Kalo tak, mana bleh dapat title 'minah rempit sejati', ye dak?! Huhuhuhu....