banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, May 20, 2008

Trip to KK - Part 4

2nd day @ Sutera Harbour [2/5/2008] Bangun pepagi, gi bekpes dulu. Punya la banyak makanan aku makan. Dewang sumer dok kerling2 aku, jeles la tu aku kuat makan, tiap kali makan pinggan gerenti licin. Huh!! Pehtu reronda sekitar hotel, niat asal nak gi Pulau Manukan, tapi tambang bot dah naek arh! Dedolu caj RM 35, skang naik jadi RM 45. Mahal howkeh!!! Maka terbantut la sudah niat Konah dan Gee Kecit nak naik para-sailing. Jadinya, Konah gi mandi kolam [mo ngetest menenggelamkan montotnya itu], manakala kami yang lelain cuma lepak2 tepi pantai layan angin laut. Layannnnnnnnnn.... Tengah dok melepak2, ternampak la plak bot yang dok tarik orang main para-sailing. Apa lagi, teruja lah bebudak dua orang tu. Gi tanya kat satu agen di situ, rerupanya bleh sewa bot untuk naik para-sailing dari tepi pantai daaa....Cajnya cuma RM 80 untuk 15 menet. Ok la tu kan? Aku dan Kak Gee yang tak berminat nak naik para-sailing, cuma menompang kasih naik bot skali, offer diri jadik jurugambar. Masa Konah dan Gee Kecit tengah terbuai2 di terbangkan angin, si Omar [nama pemandu bot tu] offer kat aku dan Kak Gee untuk naik para-sailing tu dengan harga RM 100 untuk dua orang. Tapi Kak Gee tanak, aku plak bila dengar diskaun yang sebegitu banyak, memang cepat skek termakan hasutan. Hahaha. Naik soang pon soang la...Nak takut apa pon kan?!? *kerek sey ayat tuuuuuuu...* Bila Konah dan Gee Kecit selamat mendarat kembali ke atas bot, si Konah tanak turun. Nak naik lagi skali. *tamak haloba btoi dak kecit nih* Makanya, aku pon naik la bersama2 dengan Konah! Haaa...Jangan tak tawu, bila turn aku naek jek, daripada 15 menet masa yang diberi, jadi hampir dekat 1/2 jam terbuai2 ditiup angin. Lama dan murah gitu! Wahh!! Sampaikan Gee Kecit kuarkan statement: "Pasnih pa pe hal pon, biar soh Kak Amy yang buat dulu. Beli mutiara dapat murah dari kitoang, check in bilik dapat yang best, naik para-sailing pon murah dan lama. Huh!" Hehehehe. Jangan marah aar..... Tengahari, siap2, sumer pakat kuar gi lunch di Restoran Mars lagi. Kemain suka tokei kedai tu bila nampak kami. Again, singgah Fillipino Market, shopping lagi perabih duit.
Sumpah tak janji pon nak pakai baju karer sama. Tetiba plak bleh boria. Hehehe..
Jam 4pm, balik hotel. Salin baju, pehtu terus terjun kolam beramai2. Mandi sampai kol 7pm. Abg. Man anto Ros sepemili ke airport. Bubye Ros!!!! Jam 8pm, kitoang pakat2 kuar gi dinner kat blakang Fillipino Market, makan ikan bakar/ketam bakar/sotong bakar dan memacam yang dibakar lagi la. Burrppp...Alhamdulillah. Pas makan, meronda2 ke pasar malam. Sempat la pow mak pinjam duit nak beli gelang lip lap lip lap yang sungguh santek dipandangan mataku ini. *time nih udah pokai beb! RM400 lenyap begitu sahaja..huhuhu* Balik hotel, singgah la ke The Jugs. Aku ingat cam ala2 lounge biasa2 aja, rerupanya disco arh beb! Huhuhu. Berdentum-dentam dada aku bila dengar muzik yang sungguh kuat itu. Orang keliling pon pakat pandang aku dan Kak Gee sebab kami bertudung, masuk tempat gitu. Muahahaha. Memang tak tahan arh dok lelama dalam tu, bau dah la busuk arak, pehtu tengok manusia terkinja2...haiyoooo!! Tak sampai 5 menet pon dok dalam tu, pehtu terus blah. Masuk bilik dan zzZZZzzz.... Nota kaki cagu: Baru terperasan yang baju sejuk kaler merah dah ilang! Huwaaaaa...Sedeynya!!! Sure tertinggal kat Karambunai nih!