banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, May 05, 2008

K.A.W.A.N.

Ramai salah sangka bila tengok aku asek berkepit dengan Kak Lin, Kak Gee, Konah dan Ros lately nih. Ada yang kata, aku lupo kawan2 lama sebab dah dapat kawan2 baru. Owh tidak sama sekali!! Buktinya, aku masih berkawan dengan Ros, kawan yang aku kenal sejak dari Darjah Satu di Sekolah Rendah Kebangsaan All Saints lagi. Koang ada ke kontek dengan kawan2 yang koang kenal sejak dari Darjah Satu?!? Hik hik hik...*soklan kerek giler*
Kami bukan kawan baik!!! Sesungguhnya, kami berikrar untuk menjadi kawan yang baik sepanjang masa!!!
Together we strive for excellence!! Eh! Eh! Salah motto tu! Ahaksssssssssss..... Aku berkawan dengan Kak Gee pon, ada yang dengki. Ada yang cakap, sejak aku berkawan dengan Kak Gee dan Kak Lin, perangai aku pon turut berubah, jadi cam ala2 'orang tua' gitu. Salah ke ek kalo berubah jadi lebih matang?!? Selama ari nih asek kebudak-budakan jek, bila dah sedar diri sikit, kena la berubah demi kebaikan. Tak salah, kan? Berkawan dengan Kak Gee, dunia aku penuh dengan senyuman gelak tawa riang gumbira. Sedih pon, dia leh wat lawak lagi. Kalo tengah gumbira, apatah lagi, ye dak? Ngeh ngeh ngeh....
Dulu, ada orang buat tuduhan, aku nih 'kakak kecayangan' Konah. Sampai Konah di'pulau'kan. Sian Konah! Aku layan dia, cam aku layan adik2 yang lain. Silap ja skek, terus aku jadi 'king of the kong', kena cubit, piat dan memacam lagi. Tapi tak kisah la. Biar la orang nak cakap apa pun, aku tetap sayangkan Konah cam adik aku sendiwi.
Kenapa Ros menjauhkan diri?!? Takut dikata 'perampas' sahabat orangkah? Nih pon dah ada terdengar ura2 yang mengatakan Ros 'sahabat baek' aku. Ye ke?!? Tak lah! Bukan! Bukan! Ros bukan sahabat baek aku!! Sahabat baek aku cuma d'one n'only jek!! Tak lebih tak kurang. *statement jerut leher*
Biar apa pon oang kata, yang pasti, kami tetap bersahabat seperti biasa. Kawan2 tamau lawan.
Aku hepi kawan dengan dewang sumer yang di atas. Memasing pala gegila. Kalo tak puas ati jek, terus sound setepek kena kat dahi. Cakap2 belakang pon, orang depan leh dengar. Kami hanya menjalinkan persahabatan yang normal. Kekadang ada rasa hepi, kekadang ada rasa hangin, kekadang ada rasa menyampah - yang mana boleh diekspresikan secara zahir, kami luahkan. Kalo ada tak puas ati sikit ke banyak ke, kekadang tak amek pot sangat pon. Dah taw kelemahan memasing, so, wat derk jek la! Dengan keluarnya entry nih, diharapkan orang diluar sinun, tidak membuat sebarang pertuduhan kepada persahabatan kami semua. Tiada siapa yang menjadi kawan baik kepada sapa2. Diulangi, kawan baek aku cuma seorang dan seorang itu ialah dia. Siapa dia, sila angkat tangan! *sengaja aku tanak kuarkan nama dia kat sini, kang dia over riak plak kang, aku jugak yang haru biru* Nota kaki cagu: Tiada maksud tersirat. Baca saja yang tersurat.