banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, May 01, 2008

Dari Sabah bah....

Seperti yang semua sedia maklum, aku telah pon berlepas untuk Cuti2 Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah mulai 29 April ari tu. Trip nih diterajui oleh aku+ parents, Kak Gee + hubby, Ros + hubby, Konah dan Gee kecit. Banyak insiden yang telah berlaku walopon trip nih baru jek bermula. Tapi insiden2 tersebut akan dipublishkan bila aku sudah kembali bekerja normal Isnin hingga Jumaat ya. Tak besh citer tanpa ada gambo, blog akan nampak boring dan busan, kan? Walopon kitoang diduga berkali-kali, tapi kitoang tetap happening. Dalam Innova, sentiasa havoc dan kecoh! Tetambah dengan molot si Konah yang tak leh diam langsung tu, ribut bah...!!! :p Aku ngedet blog nih dari Nexus Hotel, Karambunai. 2 ari penuh dengan aktiviti. Penat bah!! Tapi disebabkan ati aku tengah bengkek dan bebal serta amarah yang masih belum ilang nih, aku tak leh tido. Sib baik gak la Ros telah sudi mengusung laptopnya ke Sabah, diamanahkan plak untuk aku 'menggunakannya sesuka ati sesedap rasa', maka, wujudlah entry nih! Esok pepagi mau mandi laut, pehtu terjun kolam, pehtu nak buat batik painting. Sonoknya!!! Pehtu mau check-out sudah, nak check-in kat Hotel Sutera Harbour plak. Yiieeeehaaaaa!!! Ok la, nak gi kemas beg jap seblom menidurkan diri. Doakan kami selamat sampai ke Semenanjung Sabtu nanti ya! Nota kaki cagu: Sobiniyer kat diri sendiri tak terbeli2 lagi nih, tapi duit dah banyak susut nilai....macam mana ni bah?