Sambungan dari 2 entry di bawah lagi ye.
Lepas bersiap2, salin baju bagai, nompang keta Kak Mid gi Sunway Lagoon. Ada tournament bowling. Lawan antara DG. Aku mewakili DZAG.
Permainan aku ari tu memang hancur giler. Buruk teramat. Aku salahkan diri aku sendiri, sebab terlampau aktif disebelah pagi [layan senamrobik la, poco2 la, awak tu mukannye sihat cam orang lain pon...]. Lagipon lane bowling pada ari tu agak kesat sikit la, berbanding time aku slalu gi prektis, lane nya berminyak.
Walopon aku dah separuh nyawa, rasa nak pengsan pon ada, saket blakang plak dah mencucuk2, tapi ku tahan jugak! Main 5 game sampai abeh. Ngilu wooh belakang aku. Cuma maleh nak bising2 ja, kang oang kata ngengada plak! Isk!!!

Nih la
Mummysya, datang ke Sunway nak bagi sokongan kat Kak Piah [err...dan aku jugak kot?!] tapi malangnya Kak Piah tak dapat bertanding pada hari kejadian, kerana anak kecitnya admitted kat spital Kajang kerana demam panas. Huhuhuhu.....

Tengok la aksi2 aku dihari pertandingan. Gambo2 nih aku curik dari blog Mummysya [sowi arh beb, men curik sesuka ati ja..hahaha]. Ntah sebila dia snap gambo nih pon tak taw la. Tapi yang pasti, keletihan dan kepenatan amat ketara terpancar dari muka aku, kan?
As a result, aku dapat tempat ke 16 [daripada baper orang peserta pon ntahla..hehehe]. Nak pilih wakil opis aku ialah seramai 15 orang. Huhuhuhu. Frust btoi taw!!!
Tapi pa pe hal pon, team DZAG tetap mengungguli juara carta untuk game bowling nih. Yeay!!!

Nih hah adiah yang kitoang dapat. Beg brand Ambros dan sepasang stokin. Maken banyak la koleksi beg skolah aku nampaknya! Hahahaha....

Aku tak tunggu sampai detik pengumuman pemenang. Aku blah awai. Reronda dengan Cepai kat dalam Jaya Jusco. Berjalan tanpa arah tujuan. Memasing dah kepenatan dan keletihan, nak merayau pon udah tak bernafsu.
Last2 kitoang gi lepak kat Jco Donut, tapau soang half dozen donut dan air, lepak2, borak kat situ sambel tunggu kawan Cepai datang. Nompang keta kawan Cepai, dia anto gi stesyen komuter Subang Jaya. Time tu dah kol 10pm.
Terdengar announcement bitaw komuter rusak, lewat 16 menet. Huhuhuu. Berjinggut la kami berdua menunggu. Yang si Cepai tak abeh2 nak balik naek teksi, sanggup nak melabur tambang sampai RM20. Ish la! Puas aku paksa, last2 dia naik komuter dan benti satu stesyen jek, pehtu nak naek bas.
Aku plak sampai ke Stesyen Bank Negara dalam kol 10.45pm, amek motor kat opis dan terus pecut gi umah kakak. Giler penat hoccay. Kalo aku balik umah aku, sure sempat patah pinggang dulu! Isk!!!
Memang ari Sabtu yang lepas adalah ari yang paling memenatkan dalam sejarah hidup aku taw! Adoih laaa....
Nota kaki
cagu: Mujur tak semput!
|