banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, July 21, 2008

Puspanita

19 Julai 2008 adalah hari yang paling memenatkan yang pernah aku tempuhi. Mana tak nya, seawal jam 5.30 pagi dah terkulat2 bangun bersiap dan meredah kesejukan pagi pergi ke opis. Bak kata Isma, "kita nih pekerja yang sayang banget dekat bank, sebab tu pepagi buta dah tercongok kat situ." Hik hik hik... Bergerak ke BSN Training Centre jam 7.15am menaiki van. Lebih kurang jam 8am, acara dimulakan dengan senamrobik. Tengok la muka aku yang beria2 bersenam-robik tanpa memikirkan akibat2 yang mungkin aku akan hadapi. Bersemangat waja ditengah padang, sampai naek gigil pala lutut sebab terlalu 'paksa diri'. Isk! Lepas abeh bersenam-robik, ada acara sukaneka. Tapi aku dan geng2 poco-poco tak dibenarkan join sebab takut injured. Jadinya, kitoang balik ke bilik untuk mandi-manda dan bersiap. Mandi-manda, bersiap, bermekap, maka, turunlah kami ke dewan untuk tunggu giliran buat persembahan. Time turun dari bilik tu, sumer pakat usha kitoang. Hik hik hik...Cowboy sesat kannnnnn.... Amek gambo dan pose tu amat penting sekali. Memacam aksi dan gaya kitoang buat. Ala-ala lupa diri jap! Ahakssssss... Aku pelik dengan diri sendiri, bila dah mekap centu, nampak cam mata ala2 sepet gitu. Padahal rasanya takde la sepet sangat pon mata nih, kan? Ke sebab mekap tang mata tu tebal sangat? Eh entahlah. Gasaklah! Hahahaha....Gambo kat atas tu, berangan nak jadi model, tapi tak jadik. Model premature! Muahahaha.... Tanpa jurugambar, siapala aku kan? Hah, nih la jurugambo pro pada ari tu - Janet. Seawal minit pertama aku nampak dia, aku dah sound sesiap; "pastikan gambo aku banyak dalam kamera ko aar..." Hahahaha...Sib baik mak minah nih nak gak melayan permintaan aku. Dia dah taw dah, gambo2 nih akan dipublish kat dalam blog nih, tu pasal la dia 'terpaksa' layan kehendak aku. Ihiksss...Tq beb!! Really appreciate it!!! Kitoang punya turn persembahan nombor 3. Rasanya, persembahan dari group kitoang yang paling kejap, dalam 6 minit jek gitu. Tapi kitoang memang enjoy abeh atas pentas. Siap jerit yieehaa yieehaa lagi. Dan yang paling penting, persembahan kitoang memang lain daripada yang lain. Banyak group buat poco2 dangdut arh, kitoang jek d'only one yang buat poco2 cowboy! And as a result, group kitoang dapat no. 3 daripada 7 yang bertanding. Yeay!!! Alhamdulillah. Tq AC Mizal dan wifenya yang menjadi juri pada hari itu. Jangan tak tahu ya, AC Mizal udah jemput group LHDN [juara poco2] untuk muncul dalam rancangan AC Disini!!! Wahhhhh!!! Jeles ahkak taw!!! :p Ada insiden menarik nak aku citerkan selepas abeh segala aktiviti Puspanita nih. Tapi nanti lah aku citerkan dalam next entry ek? Dah panjang sangat dah entry kali nih. Till then, chow! Nota kaki cagu: Geram, tapi sayang.....