banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, July 28, 2008

Bowling lagik!!!

Nak citer pasal Bintang BNM 2008, tapi tertinggal kamera kat umah. So, meh aku citer pasal insiden di ari Sabtu jek la dulu ek? Pepagi Sabtu, Cepai dah call, ajak kuar jengjalan. Kebetulan aku memang tengah cari mangsa untuk temankan aku gi Metropoint Kajang untuk membowlingkan diwi. Sib baik gak Cepai stujuk. Maka, jam 11.30am, aku pon menjemput beliau di Stesen Komuter Kepong dan terus shoot gi umah kakak aku [mo pinjam keta daaa....]. Tapi kakak aku plak nak guna keta tu. Makanya, kami berdua mengambil keputusan untuk merayau2 tak tentu hala terlebih dahulu. Kitoang gi lunch kat Giant Melawati, then gi shopping kat Jaya Jusco Wangsa Maju. Aku tak shopping pa pe pon, Cepai yang berhabis beratus2 RM kalo pi situ. Ihiksss... Ada insiden seprais yang menimpa kami berdua. Tengah belek2 dan ngetest kasut kat Vincci, tetiba ada soang minah Arab berserkup tegur Cepai. Lebih kurang ceni la broken english yang dewang bualkan ek? "U want this?" sambel tunjuk purdah minah arab tu. "How much?" tanya Cepai. "No money! No money! It's free!" kata minah arab tu lagi. "But why?" celah aku. "We're Islam rite?" jawab minah arab! "Owh!!!" terharu plak kami berdua. "Do u have sister or mother?" tanya minah arab tu lagi. "Yes yes yes!" laju jek kitoang jawab. "Where do u come from?" tanya aku. "Saudi Arabia!" Dan minah arab tu pon bagi la kat kami berdua soang 2 helai purdah. Sempat gak aku mengintai dalam beg plastik dia, memang penuh dengan purdah. Mungkin dia memang dah berhajat nak sedekah purdah tu kat orang Islam di Malaysia kot!? Isk!! Terharu sungguh! Semoga murah la rejeki minah arab sekeluarga tu nanti. Aminnnnnnn....
Hah, ada ghoper cam minah Arab dak? Ya habibi ya maulana.
Sehelai lagi aku sedekah kan plak kat akak aku. Dia memang pakai tudung labuh pon. Seswaiiiiiiiiiiiii.....gitu!!!
Jam 4.00pm, gi amek keta kat umah kakak aku, then terus kitoang pecut gi Metropoint Kajang. Cam ala2 nak sesat tapi tak sesat pon, akhirnya kitoang pon sampai. Lane penuh la plak. Pukul 6pm baru free.
Beria2 aku gado dengan Cepai. Dia cakap, mana ada Metropoint kat Kajang. Metro Kajang ada la. Aku plak bitaw dia, aku pernah gi main bowling kat Metropoint, mustahil la Metropoint leh ilang sekelip mata plak! Hahahaha...Last2 aku menang, yeay!!!
So, aku dan Cepai pon merayau2 la kat Centre Court Metropoint. Ada sale comforter/selimut/langsir brand Jean Perry. Aku telah berjaya menghasut Cepai beli langsir! Beria2 aku bitaw kat dia yang langsir tu murah. Memang murah pon, RM 18 hengget ja...tak ke murah tu? Ihiksssss.... Jam 6.15pm, kitoang pon bergegas la pi booking lane dan main berdentum-dentam. Dah abeh satu game, nak masuk game kedua, tetiba aku nampak soang minah tengah galas beg Elle yang sungguh familiar dimataku ini. Pehtu ternampak plak soang dak kecit tengah berlari-larian. Heh, tidak syak lagi! Terus aku jalan pelan2 blakang dia, dan tutup mata dia. Hik hik hik....Mak minah tu sudah terperanjat bewak la beb!!! Sapa lagi kalo bukan Kak Piah. Dia sudah marah sama aku sebab tak bitaw nak pi main bowling di siang hari. Wal hal aku dah sms dan roger kat dia dah pon, dia sendiri yang tak usha hp. Huh! Maka, bermain la kitoang secara berjemaah di lane seblah2. Ske tengok gambo nih! Cepai tercepit di antara King of da Kong dan Kak Piah tembam. Muahahaha....Sian Cepai!! Redha jek member kena sepit! Ihiksssss....Si Shinbei naek heran tengok kitoang menghimpit Cepai. Muehehehe.... Nih plak 'Gimme Five' version Cepai. Slalu orang guna tangan kan? Dia soh guna kaki plak! Huhuhuhu...Tak senonoh btoi! Tapi menarik!! Lain dari yang lain. Ahakssss.... Lepas main 3 game, aku chalo dengan Cepai tinggalkan Kak Piah anak beranak. Aku dan Cepai meneruskan perjalanan gi makan Sate Kajang Hj. Samuri. Tapi seblom gi makan, sempat la merayau kat booth2 di luar yang jual memacam mendalah. Tertarik dengan satu booth yang jual t-shirt yang tertulis kekata yang kerakar. Nak beli, tapi saiz dan warna plak tak berkenan. Jadinya, kitoang amek gambo aja deh! Huhuhu... Lepas makan, balik anto keta, pehtu meredah kesejukan dan renyai2 hujan balik ke umah aku sendiri. Sampai umah jam 11pm. Penat deh!!! Nota kaki cagu: Ngidam nak makan durian mentahhhhhhhhhh!!!!