banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, January 19, 2009

Prebiu filem Sifu & Tongga

Cam bese la, kalo ada filem terbaru, slalu dapat invitation dari Dila, orang kuat Media Prima. Kali nih dapat jemputan untuk filem Sifu & Tongga. Owh, ahkak sungguh teruja hoccay bila dapat invitation nih. Pestaim nak tengok Nabil berlakon nih, mukan senang! Ahkak memang suka banget sama Nabil!! :p Buat kali kedua ahkak dapat bawak 5 orang rerakan blogger. So, sesapa yang aku tengok online kat YM, yang tu la orang yang aku jemput. Mereka yang bertuah ialah Haron, Cepai [dedua nih dah masuk dalam list wajib ajak], then Masy dan kawannya. Err..Yang soang lagi tak yah la disebut ek? :p Owh owh owh...naper muka aku nampak begitu BULAT sekali ek??? Owh nooooooooooo!!!! Tidak!! Tidak!! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!! *histeria tengok muka sendiri* Seblom menonton filem nih, aku telah disogokkan dengan pemikiran - filem nih sure lawak tahap keras kejung pewot sebab melihat kepada barisan pelakonnya aje, memang gah gitu! Saiful Apek, Nabil, Erra Fazira, Pie, Fauziah Ghous dan bla bla bla... Luar biasa skali kehadiran para wartawan/blogger/artis. Sampai tak cukup kerusi dibuatnya. Kecoh la kejap. Tapi sib baik semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Seawal 1/2 jam tayangan, tinger aku dah bingit dengan ayat "An! An! An!". Adoiyai....Setiap kali orang2 asli bercakap [Nabil/Apek], mesti diselitkan dengan perkataan tu, bikin gue pusing dong!! Sinopsis citer nih, aku malas nak citer. Koang pepandai la surf dan google ek? :p *makan gaji buta* Aku sangkakan, pengembaraan 2 orang asli yang tak pernah keluar dari hutan untuk explore dunia baru, bakal menggamatkan panggung. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Takde pon scene yang boleh bikin tali pewot aku tegang arh! Ada la part2 yang kerakar....tapi tak baper kerakar sangat lah!! Kecewa!!! Itu perkataan paling sesuai untuk aku komen bila abeh tengok filem nih. Tak menepati langsung dengan citarasa aku yang dahagakan lawak jenaka untuk aku gelak sampai guling2. Lebih baik aku layan Raja Lawak musim ketiga nih, lagi kerakar rasanya!!! Nak bergambo dengan artis pon dah takde mood dah! Sebal dan bebal! Kuchiwa!! Sadis!! Naper la takde langsung pembaharuan dalam filem Razak Mohaideen nih ek? Satira kunun??? Tang mananya satira tu? Buang duit sampai 1.5 juta [ke lebih lagi ek??] untuk hasilkan filem yang agak kureng nih. Ish la!!! Sedekah kat Gaza lagi baguih!! Komen pasal lakonan setiap pelakon Saiful Apek Takde yang baru dalam watak Saiful Apek nih. Monotonous jek. Cuma yang boleh dikira kerakar skek, time dia kena rasuk dengan 'nenek'. Itu jek la. Yang lain - alahai.... Nabil First time Nabil berlakon dalam filem nih. 'Susah nak kawal', itu komen Pengarah filem ni. Memang pon! Tengok sesi soal jawab Nabil dengan wartawan pon, terpancar aura kerakar dalam diri Nabil. Tapi sayangnya, dalam filem nih, bakat Nabil tak dieksploitasi sepenuhnya! Huhuhu...Sian Nabil sebab salah pilih filem. Fauziah Ghous First time jadi heroin katanya. Aku rasa, kalo aku diberi peluang, aku pon boleh berlakon dalam filem nih. Takat menangis, menjerit melolong2 tak tentu arah, jegil2 biji mata, aku memang terer!!! Erra Fazira Jadi jahat plak watak dia kali nih. Watak jahat yang cun!! Wig Erra yang ala2 Rihanna tu sungguh santek, ahkak suker arh! Tapi watak dia tak cukup manthopppppppp arh!! Tak baper nak kejam sangat! :p Aku tak taw nak bagi baper bintang untuk filem nih. Tak sampai ati arh!!! Tapi kalo koang nak bersantai2 dengan ahli keluarga, nak bawak anak2 gi tengok Nabil berlakon....gi jek la ye. Jangan teruja sangat! Jangan seksaited sangat mengharapkan filem nih kerakar tak hengat donia. Itu semua bakal menyebabkan koang berduka-cita lepas abeh tengok wayang nanti! Huhuhuhu.... Kami mahukan lawak yang tak slapstik pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... Nota tangan panjang: Sib baik dapat tengok free. Kalo kena bayor, rugi ahkak taw!!! :p