banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, January 12, 2009

Tipah takkan tertipu lagi!! Nehi kabhi nehi!!!

Ewah, kompiden jek tajuk tu kan? Jangan salah paham plak dah yek. Meh baca citer seterusnya kalo nak taw ujung pangkal citer hoccay?!? Last week, time tengah dok bz meniaga tudung dekat Kak Piah dan Mummysya, tetiba terpasan sepasang kasut yang santek melekat kat kaki Kak Piah. Kasut jek la yang santek hoccay, bukan orangnya! Sila amek maklum!! :p Terbekenan, terus gi cari kat Sogo akan kasut berjenama Carlo Rino tersebut. Kak Piah bitaw, rega kasut tu cuma dalam lingkungan RM60-RM70 jek. Skali bila usha kat rak kasut CR, udah naek rega beb - RM80++, itu pon selepas diskaun 20%. Huh...Bijak sungguh cara Sogo nih meniaga ek? Kan dah kantoi dengan ahkak!!! Daripada niat nak beli, terus aku kuburkan aje. Nak tunggu sampai rega dah jatuh balik ke asal [kalo boleh sama rega cam Kak Piah beli], then baru aku akan pasang balik niat asal aku tu. *kes dengki la nih* Aku tak rela ditipu dan dianiaya oleh pihak Sogo hoccay!!! Biar ku simpan saja hasrat hati ku ini!!! Lebih tak rela bila mana Kak Piah beli rega murah, aku kena beli rega mahal!! Owh tidak! Tidak! Aku tidak akan biarkan perkara ini terjadi. Nehi kabhi nehi hey!!! Niat diteruskan dengan mencari kasut sarung yang kasual untuk dipakai gi jengjalan. Kasut lama aku dah rabak tapaknya sebab asek dok lenjan ke merata-hala. Dah lama sebenarnya dok usha2 kat Hush Puppies nih [tetiba tingat plak kat adik aku soang tu - Eleena...pekabo la dia skang ek?], akhirnya, terpaksa gak la aku pejam mata beli gak kasut nih - walopon reganya hampir sekali ganda dengan kasut CR tadi. Huhuhu.... Takpelah....bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai, ye tak? So, takpe la melabur sikit untuk beli kasut idaman yang dah bertahun aku impikan nih. Huhuhu.... Kepada Kak Piah, bawak banyak bersabo ek? Walopon hang dah belek kasut aku, kot2 kasut 'anjing' aku nih ada 3 dot, yang penting, kasut aku best tahap gaban hoccay!!! Wakakakakakahaktuii... Nota tangan pendek: Pasni nak cari sipar jepun arh! Sipar Bata aku pon dah mula terkuyak dah nih! Huhuhu..Sadis arh!