Lepas abeh kelas Ahad lalu, terus shoot ke umah kakak. Dia soh aku amek segala barang2 aku yang masih berbaki kat umah dia. Berkotak2 lagi rupanya buku2 aku kat umah dia. Mana larat nak bawak balik kesemuanya sekali. Maka, aku pon mula la buat proses 'tapis dan buang'.
Terjumpa banyak barang2 serta surat2 lama. Antaranya.....

Kad ucapan 'handmade' dari Angah dan Achu. Tak sangka aku masih simpan mendalah nih. Hik hik hik..

Nih plak assignment masa aku Part 4 tahun 1998. Shorthand tentang diri aku sendiri. Bila aku baca balik tulisan shorthand aku tu, haremmmmmmmmmmmmm aku tak paham satu gurisan pon. Wakakakaka...
*belajar untuk exam semata2....* No good! No good! Jangan tiru hoccay!

Majalah Inspirasi dan buku rekod masa praktikal di Summit Engineering Jalan Kuchai Lama. Masih elok!!

Nih antara buku2 teks time belajar kat Poly dulu, dan kat UTM skang. Sayang nak buang. Nak simpan tapi takde rak buku. Kena himpun duit la nampak gayanya untuk beli rak. Bilik stor sekarang nak dijadikan bilik bacaan la.

Antara buku2 yang nak dibuang. Kalo ikutkan ati, aku tanak buang langsung buku2 nih semua. Kenangan! Tapi kalo nak simpan, kang maken bersepah umah aku yang sekangkang kera jek tu. Tak sanggup!!!

Haaa...Gambo nih plak aku pernah tampal kat lemari asrama aku dulu. Kengkunun gambo2 nih paling santek dan vogue la pon! Chait!!!
*harkk ptoih* Dedolu suka pakai tiset saiz L, beso gabak!! Nak kata aku nak jadi rappers, jawoh skali! Tapi ntah la....Naper la ske banget dengan tiset beso2 gitu! Kerakar!!!

Haaaaaaaa....Yang nih plak antara borang yang aku isi masa nak jadi AJK Penerbitan dulu. Wakakakaka...Giler skema arh muka dolu2. Kurus pipih pauh dilayang jek! Borang nih discan dan telah di mms kan oleh Abg. E**r [Pengerusi Biro Penerbitan] yang secara tak sengaja telah membaca blog aku dan ym aku bebaru nih! Sungguh tak sangka dia masih ingatkan aku, walhal, aku jenuh perah otak nak ingat siapakah dia sebenarnya! Sowi ye abg E**r! Hik hik hik....
Err...cukup la takat tu jek yang aku bleh publishkan pon. Tak sanggup rasanya nak 'mengaibkan' diri sendiri dah! Ngeh ngeh ngeh...
Nota tangan
panjang: Tak baper sihat nih!!!!!
|