banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, December 11, 2006

Kijang Hunt 2006 - Drive for Performance & Fantasy Nite Dinner

Photobucket - Video and Image Hosting Nih le team Blogger.com yang terdiri daripada Ana, Ju, Mya dan aku.
Kuar dari umah jam 6.30am, hubby Mya anto sampai ke BNM. Toche memanyak!! Sesampai BNM, orang dah ramai. Gi cari group Blogger.com aku, tapi tak jumpa. Takpe arh. Lepak2 jap, borak2 dengan kengkawan BNM yang lain, amek gambo sekeping dua, pehtu masuk dalam dewan, dengar last briefing dan amek soklan/tulip dari penganjur.
Photobucket - Video and Image Hosting Disamping Blacky Kembara kepunyaan Ana yang membawa aku ke JB dengan selamatnya.
Pehtu sesi bergambo reramai dengan Gabenor di depan Lobi A dan flag-off. Treasure Hunt kali nih bebetul memenatkan. Kitoang terpaksa keluar masuk cari jawapan di beberapa tempat: - 1) Sri Kembangan 2) Seremban 3) Ayer Keroh 4) Yong Peng 5) Kulai 6) Johor Bahru Sungguh jauh sekali perjalanan kitoang. KL-JB yang sepatutnya memakan masa hanya 3-4 jam, tapi kitoang amek masa 8 1/2 jam untuk sampai. Phew!!! Mya siap migrain lagi. Sian dia. Sib baik la cuaca mendung dan kadang-kala hujan gerimis, tade la aku kepanasan sangat masa cari jawapan. Huhuhu. Alhamdulillah, sampai ke Hotel Puteri Pacific, JB jam 4.14pm. Hantar jawapan, gi buat mission 'Kuda Tempang' plak. Lepas abeh buat mission nih la, aku dilanda asthma yang hebat. Batuk non-stop. Inhaler tertinggal dalam beg [dalam keta]. Sementara tunggu group aku gi angkut beg, Odah tolong kipas dan urut belakang aku. Pakcik Mat siap bagi aku minum 2 gelas mineral, pakcik Jalil [penyambut tetamu] hulurkan tisu. Toche kepada semua. Huhuhu. Terharu sey!! Tapi dalam masa yang sama, malu gak sebab dok batuk kat seblah kaunter register bilik. Adeh!! :p Lepas dapat inhaler, terus dada aku jadi lapang. Lega! Balik bilik anto beg, pehtu turun gi makan. Pinjam payung kat Pakcik Jalil [wah! cepat btoi dapat kenal orang baru ek?! hahahaha] "Pakcik dulu ada gak kawan yang kena asthma macam anak nih. Asal kena air-cond je, kena panas je, sure dia asthma. Last2 dia dah meninggal dah pon, sebab asthma gak!" Adeh pakcik, bikin aku sedey arh! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Gi makan kat Food Court Kota Raya. Pehtu merayau jap. Balik bilik dan berehat seploh menet. Bangun mandi, bersiap untuk gi dinner plak!
Photobucket - Video and Image Hosting Blogger.com dengan theme ala-ala Gothic! Ske gambo nih!!
Blogger.com punya theme untuk Fantasy Nite Dinner ala-ala Gothic gitu. [Tapi Kak Feez kata fesyen kitoang nih, fesyen Harajuku Jepun!] Giler kelakar bila tengok aku pakai baju fesyen meraban nih! Cam ala2 budak 'syndrome-down' pon ada gak! Hahahaha! Tapi antam jek la. Bila lagi nak meraban, kan? Kitoang tersampai lambat ke dewan Persada JB. Masuk2 jek dalam dewan, terasa banyak sungguh mata-mata yang memerhati. Adeh! I malu you!! Cari meja kosong, tapi tade. Last2 terpaksa duduk di meja paling depan, bersebelahan dengan meja VIP. Aiyooh!! Dah la pakaian tak melambangkan staff bank langsung, duduk plak sebelah Timbalan Gabenor, giler cuak beb! Huhuhu!
Photobucket - Video and Image Hosting Lagi gambo poyos dari team Blogger.com. Hahahaha. Photobucket - Video and Image Hosting Bertambah poyos bila beraksi dengan group The Rock!! :p Photobucket - Video and Image Hosting Err..bergambo dengan Pak Aji Hisam nih, tak leh nak poyoskan diwi la plak! :p

Sepanjang dinner malam tu, kitoang memang tak henti2 bergambo arh! Gaya memasing pon ala2 poyos gitu! Hahahaha. Tapi team aku memang sporting abeh arh! Besh!!! Ramai kengkawan tego - berani btoi koang pakai ceni! Err..berani tak berani sangat la, tapi dah nama tema dinner pon Fantasy kan, bila lagi nak berfantasi gini! Kalo real life, aci kerat jari aku takkan pakai ceni punyalah! Mau pengsan family aku! Hahahaha. Kalau rajin, gi arh jengah fotopages aku, lagi banyak gambo2 yang aku attachkan kat sana. Url fotopages aku - sila scroll ke bawah dan usha2 kat tepi blog aku nih, ada urlnye. Have fun ya!? :p

Nota kaki cagu: Masih trauma dengan segala insiden yang berlaku. Tunggu la, petang2 sikit ataupun esok, aku apdet citer yang masih misteri tu yek!!!