PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Thursday, December 21, 2006
Murah rejeki...
Alhamdulillah. Semalam hari murah rejeki untuk aku! Ngeh ngeh ngeh....
Semalam, bos pangge ngadap dia kat dalam bilik. Sembang-sembang pasal teambuilding. Tetiba bos kasi RM *tooot* kat aku. Katanya, duit saguhati sebab aku dah banyak tolong buat keje-keje Persatuan. Terharu rasa di ati. Tahun ni ajer, banyak dah bos belanja aku. Percutian di Pulau Redang dulu pon di sponsor oleh bos! Huhuhuhu. Toche bos!! Really appreciate it!!
Disebabkan kawan-kawan aku yang lelain pon banyak berjasa dan membantu aku dalam kerja-kerja Persatuan, maka, ari nih aku dengan sukarela ingin membelanja dewang makan-makan di Nailis Sentul, sebelum kitoang gerak gi tengok Festival Kesenian Sektor Awam dan Korporat di KLPac, Sentul malam nih. Thanks ye kengkawan!!!
Malam semalam, jumpa kawan yang baru balik dari Indonesia. Dia kidnep aku jam 10pm. Hahaha... Kidnep ke ek? Errr..kidnep volunteer la kot! Tiada paksaan! :p Dia belanja makan kat Roadhouse Grill, Jalan Ampang. Agak rugi sebab aku tengah diet arh, tak makan malam! "Awak beruntung taw ajak saya kuar malam2...hahahahaha". Dia hadiahkan gelang yang sungguh chantek dan bersinar-sinar! Toche memanyak ye awak!! Really appreciate it!! :D
Sebelum dia anto aku balik, sempat la pusing satu round kat Taman Tasik Titiwangsa. Dapat la tengok cahaya lampu yang sungguh chantek! Dapat tengok 'kereta rosak'. Dapat tengok pasangan-pasangan yang sedang bermadu kasih! Alahai! Tersentuh rasa hati! Sebak jap! Huhuhuhu.
......Toche juga kat Mya yang telah sudi belanja aku, Ros dan Kak Tinik makan pizza di The Mall ari Senin yang lalu! Yummy!!!
Kepada Mya, bos dan kawan aku yang sungguh baik hati itu, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tak terhingga! Semoga kalian dimurahkan rejeki dan dilimpahkan rahmat dan nikmat dari-Nya. Amin! :D
~~~~~~~~~~~~
Takziah buat sahabat aku yang jauh diperantauan tapi sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, di atas pemergian abang yang disayangi. Semoga arwah dicucuri rahmat di dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal soleh!
Semalam, mak, Maklong, Makcik dan Makjang datang ke KL. Melawat sepupu aku yang merangkap cucu Maklong, yang kini terlantar di HKL kerana mengidap bermacam-macam kanser. Dengar khabar, dia kini sedang menjalani rawatan kemoterapi dan doktor nak amek air tulang sum-sumnya. Errkk!!! Semoga sepupu aku tu cepat sembuh dan ceria seperti selalu. Hmmm...
Nota kaki potong: Kekadang seronok 'jadi' insan yang bernama Tipahvogue aka Aemiey ni. Tapi kekadang, dugaan yang dialami buatkan aku tenggelam punca dan kehilangan arah. Isk!!!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|