PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Friday, December 15, 2006
Warkah untuk LELAKI
Seorang gadis duduk termenung. Sudah ramai lelaki dikenali, tapi susah untuk difaham, kaum Adam ini.
Apabila di layan dengan baik, lelaki kata si gadis jatuh hati padanya. Syok sendiri. Tapi, kalau di layan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak, hidung tinggi. Apabila bergaya anggun, lelaki tuduh si gadis cuba menggoda. Tapi, bila berpakaian ala kadar, di ejek kampung.
Tidak faham betul si gadis dengan perangai lelaki. Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi, kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia bodoh. Kalau dia cerdik daripada si lelaki pun susah, mereka malu. Tapi, kalau mereka lebih cerdik, lelaki dengan bongkaknya berkata, "tengok, aku lebih hebat daripada kau!"
Lelaki...makhluk spesis apakah mereka ini?
Apabila si gadis tidak mencintai si lelaki, makhluk itu cuba memujuk rayu. Tapi, bila si gadis betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya. Kalau tidak diturutkan kehendak nafsunya, si gadis di tuduh tidak cintai sepenuh hati. Tapi, bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis perempuan murahan.
Si gadis sedih kerana bila diceritakan masalahnya, lelaki kata, "Tak habis-habis menyusahkan orang. Masalah aku pun banyak." Tapi bila tidak diceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya.
Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut sahaja si lelaki berkata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu di marah, lelaki menjawab, "Itu tandanya saya prihatin terhadap awak."
Sesungguhnya, si gadis tidak tahan dengan karenah lelaki. Kadang-kadang teringin juga dia mencapai sebatang rokok. Belum sempat hisap, lelaki berkata, "Hisaplah...Perempuan jahat!!" Tetapi apabila di tanya kenapa awak hisap rokok, si lelaki jawab, "Macam nilah baru dinamakan lelaki!"
Andai si gadis mengecilkan hati si lelaki, makhluk Tuhan itu menuduhnya kasar. Tapi, apabila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, makhluk itu juga dengan sesedap mulut berkata, "Awak ni terlalu sensitive lah...Bosannya saya..!"
Si gadis menggeleng kepala. Ah, susah betul nak memahami si lelaki. Kalau diceritakan keluhannya ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi,kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula!
Lelaki...spesis apakah mereka ini?
Nota kaki tempang: Ada teambuilding di Janda Baik, pastinya memenatkan. Hmm..Dah bercadang2 nak amek MC ari Senin nanti, boleh?!?! Hahahaha....
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|