SIU Teambuilding (Synergy In Us)
At Seri Dinar Training Retreat (SDTR)
Janda Baik, Pahang Darul Makmur
15 - 17 December 2006
Jumaat, 15/12/2006
Committee members [aku, Kak Lin, Kak Feez, Kak Efa dan Nizam] bertolak jam 3.30pm dari opis menaiki pajero. Sampai ke SDTR jam 4.30pm. Amek kunci chalet, angkut beg, kemas-kemas barang dan gi cari port untuk gantung banner SIU.
Lepas dah gantung banner, sementara tunggu opismet2 yang lain sampai, aku pon apa lagi, sesi tangkap gambo arh pon! Chantek sangat pemandangan kat SDTR nih! Penuh kehijauan! Aku memang suka pemandangan sebegini. Tenang betul rasa hati. Nih antara gambo2 yang aku rasa cukup cantek pemandangannya [sila abaikan manusia yang tengah berposing tu ek, tengok latar-belakang jek cukup arh!]. :p
Chantek kan pemandangan kat belakang tu!?
Banner tersebut terpaksa di ubah sebab petang tu ujan lebat! Isk!
Dapat chalet Seri Melaka yang sangat chantek dan selesa.
Aku dapat chalet Seri Melaka, berkongsi dengan Kak Lin dan Sheena [staff baru department aku]. Balik bilik, mandi-manda, solat, bersiap2 untuk acara BBQ plak.
DZAG telah berbesar hati untuk hadir merasmikan Teambuilding kami. Besh! Lepas makan2, kami diperkenalkan dengan fasilitator2 yang bakal menguruskan Teambuilding kami nanti. En. A. Ghafar, En. Zulfazli, En. Kushairi, En. Khairul dan En. Zukernaim.
Malam tu, kami diberi satu utas tali rafia, kami kena simpulkannya dengan hanya memegang hujung tali. Tak leh dilepaskan tangan. Serabut gak pala otak memikirkan cecara nak ikat tali tu. Hehehe. Sib baik akhirnya En. Khairul sudi membantu. Pehtu ada lagi la game yang menggunakan tali rafia tu. Nothing is impossible! Benda yang aku rasa tak relevan rupa2nya boleh dilakukan dengan berkat usaha dan kerjasama. Hmmm. Game futsal ping pong menyaksikan aku berjaya menjaringkan gol mewakili group
Vogue De Vass [sumer geng pompuan jek] dan kami berjaya mendapat tempat kedua. Yeay!
Sabtu, 16/12/2006
Pagi yang basah. Hujan daaaa....
Geng Vogue De' Vass.
Bangun jam 5.45am, kuar dari chalet jam 6.30am. Breakfast. Pehtu gerak ke Dewan Seri Teratai. Memacam game lagi yang kitoang main ari nih!
1)
Cucumber - menguji kesabaran
Kena berbaring atas lantai. Letak hirisan timun atas dahi. Dengan hanya menggunakan memek muka, gerakkan hirisan timun tersebut sehingga dapat di capai oleh lidah sendiri. Phew! Berkerut2 muka sorang2. Aku hampir2 surrender. Tapi bila fasilitator ubahkan kedudukan timun tu, dari dahi ke atas batang hidung, akhirnya, aku berjaya gak mencapai timun tersebut dengan lidah aku. Yeay! Once again, aku mewakili kaum Hawa di department tersebut yang berjaya mencapai hirisan timun tersebut. Yieehaa!!!
2)
Hand-Tangle - kerjasama
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Aku dapat kumpulan dengan En. Jo, Kak Lin, Pakcik Mat, En. Sam dan Rizman. Kami namakan group kami sebagai
DEALOVA. :D Hand-tangle memerlukan kami berdiri dalam bulatan, pegang tangan dengan orang yang berlainan, pehtu cuba rungkaikan pegangan tersebut menjadi bulatan yang besar tanpa melepaskan tangan masing2. Complicated sungguh. Group kami dapat tempat ke dua. Group WIRA langsung tak leh nak merungkaikannya. Payah taw!
3)
Helium sticks - pengawalan emosi
Dengan menggunakan hujung jari, kami kena letakkan satu straw yang panjang ke atas lantai. Time nih bebetul menguji tahap emosi seseorang. Ada yang suruh turun, tapi tangannya makin naik. Ada yang tangan tak sentuh straw. Memacam lagi la. Group kami di tempat yang terakhir. Tapi mendapat pujian dari Fasi sebab katanya, kami berusaha dengan baik dan emosi kami masih dapat dikawal. Hmm....
4)
Train - semangat berpasukan
Kena ikat kaki dengan group, bergerak dalam satu kumpulan, cari nama2 yang ada di atas sehelai kertas. Group kami dapat tempat kedua. Kena tegur dengan Fasi sebab sepatutnya, kami tak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau jumpa kertas yang ada nama group lain, patutnya serahkan ajer kertas tu kepada kumpulan tersebut, bukannya lempar balik ke tanah. Itu baru la dinamakan semangat kerja berpasukan. Hmmm...Betul kata Fasi. Kalo asek busuk ati dan hasad dengki, takkan kemana2 pon jadinya. Hmmm...
Pakcik Mat dengan Rizman kalo makan, memang tak hengat donia. Ahaks!!
Gaya poyos dari aku dan Rizman, boleh?!?! Hahahaha...
Lepas lunch, hujan mula turun renyai2. Tapi aktiviti tetap diteruskan.
5)
Mines Field - mendengar arahan
Seorang kena ikat mata, dan seorang lagi kena bagi arahan. Tak boleh pijak bendalah2 yang ditaburkan di atas tanah. Hehehe. Saket tekak dok menjerit bagi arahan. Ahakss. Tapi besh!
6)
Sensor Web - strategi dan berpasukan
Kena memboloskan diri dicelah2 tali rafia yang diikat seperti sarang labah2. Aku yang kecit dan kurus nih, diangkat/dicepung dan di passkan melalui tali yang atas. Hahaha. Gayat sey kena angkat! Isk! Time nih, baju masing2 dah berlemoih dengan lumpur. Rugi tak amek gambo!! Tangan berlumpur daaa...
Ada lagi game lain untuk grouping. Aku tatawu nama game tu. Yang pastinya, semua pakat2 balik dalam keadaan lenjun sebab kena sembur air kolam. Isk! Alang2 dah lenjun, semua pakat2 terjun kolam. Geng2 pompuan duduk kat layered kolam paling atas, geng2 laki dok kat tengah2. Mandi-manda riang gumbira. Lalalala.
Lepas Maghrib, dinner time. Pehtu gi balik ke Dewan Seri Teratai. Main game lagi.
7)
Maze - penghayatan dan ketajaman akal
Kena ingat laluan yang dipijak. Kalo salah pijak, Fasi akan bunyikan 'Beep'. Masing2 tak boleh bersuara atau bagi hint. Kalo tak, kena denda. Time nih baru sedar, betapa pentingnya komunikasi. Kalo tade komunikasi, satu2 kerja takkan dapat disetelkan dengan mudah. Hmmm.
8)
Chopsticks
Berpasangan. Aku dengan Pakcik Mat. Kena gigit chopstick pehtu passkan paper clip sambil mata masing2 diikat dengan kain hitam. Simple dan senang. Petik jari saja maa...[Huh! Eksen sey! Hahaha..]
Khabarnya, pokok nih paling banyak 'penunggu'! Huwaaaaaa..takut!!!
9)
Nite walk
Huwaaaaaaaaaaaaaaaa!! Nih le acara yang paling ngeri dan aku takuti sekali. Kami kena jalan soang2 dalam hutan banat. Takde lampu, takde lilin, hanya dibekalkan cahaya bulan dan ikatan tali sebagai penanda. Memang ngeri sey! Awal2 lagi aku dah pakai Inhaler, takut semput di dalam hutan sesoang diri nanti. Mujur En. Kushairi dah bagi semangat kat aku. Mulut tak henti2 berzikir.
Di pertengahan jalan, aku dah rasa cam nak pengsan. Sebab naik bukit yang curam. Tapi bila fikir balik, bila lagi aku nak uji ketahanan diri, maka aku teruskan juga. Kak Lin yang mulakan perjalanan terlebih dahulu dari aku, aku jadikan semangat untuk teruskan perjalanan.
Tetiba dari jauh, aku nampak ada satu bayang2 terbongkok-bongkok. Erk!! Hantukah itu? Gayatnye!!! Pehtu terdengar suara2 sumbang dari sebalik rimbunan pokok! Owh, rerupanya bayang2 tersebut adalah Kak Lin dan suara2 yang kedengaran tu plak datangnya dari Fasi. Phew!! Lega!
Kena menuruni slope/cenuram yang agak tinggi dan berlumpur. Sakit sey tangan aku! Tapi besh!! Sampai ke chalet hampir jam 2am.
Ahad, 17/12/2006
Kena buat bulatan yang besar, letak tangan dari bahu ke bahu dan menyanyi lagu Teman Sejati beramai2. Pehtu kena bersalam-salaman. Time nih ramai yang nangis. Termasuk aku! Huhuhu. Sedey sey! Pehtu kami diberi peluang untuk meminta maaf sesama kami semua. Aku tak melepaskan peluang untuk memohon maaf dengan salah seorang opismet yang dah lama aku tak bertegur sapa. Isk! Malu tapi selagi aku tak mintak maaf, selagi tu la jiwa aku rasa tertekan. Bila dah minta maaf, lapang betul rasa hati!
Dah abeh sesi minta maaf, kami kena genggam tangan masing2 dengan kuat sambil dengarkan lagu M. Nasir, Mentera Semerah Padi. Nak kasi semangat balik. Tapi aku tak abeh2 dok meleleh air mata lagi. Sedih yang tak berpenghujung. Mungkin ada lagi bebanan yang tak terluah kot! Ntahlah!
Pehtu, aktiviti terakhir kami ialah -
Blind Trail. Semua kena ikat mata. Jalan naik turun bukit, masuk sungai, merangkak dan sebagainya. Pehtu buat barisan panjang. Pegang tali. Di tengah2 tali diikat 3 batang lilin dan 3 kotak mancis [cuma ada 3 batang jek].
Lilin tu ibarat misi department kami. Kami kena nyalakan 3 lilin tersebut diakhir game nanti. Perjalanan dimulakan di dalam sungai. Kena lalui jaring labah2, disembur air, dicalit lumpur pada muka, hujan turun dengan lebat. Memang betul2 mencabar arh! Akhirnya misi kami semua tercapai bila ketiga-tiga batang lilin tersebut dapat di nyalakan dengan hanya menggunakan 2 batang mancis. Cayalah!!!
Nih ler geng2 pompuan dalam department aku, cun2 kan?! :D
Selepas game Blind Trail, semua orang diberi rehat selama 2 jam sebelum upacara penutup. Group aku,
DEALOVA mendapat tempat kedua. Yeay! Pehtu sesi bersalam-salaman dengan Fasilitator plak. Again, aku nangis lagi daaaaa. Huhuhuhu. Sensitip btoi la aku nih! Adeh!!! :p
Lepas lunch, nompang En. Syahkirin yang sudi hanto aku ke umah kakak kat Taman Melawati. Minta jasa baik kakak basuhkan baju. Aku dah rasa takde badan daaaa. Penat giler! Adeh!
Tq so much to...
En. Zulfazli dan wife, Pn. Zuraidah.
En. Zukernaim
En. Khairul
En. Kushairi
Group DEALOVA yang da' bomb dan besh banget sih!!
Nota kaki
cagu: Bangun pagi, badan lebam2! Aiyarkkkkkkkk...!!!
|