banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, March 28, 2007

Besdei Celebration!

Lately nih rasa cam banyak plak celebrate besdei kengkawan, kan? Time besdei aku nanti, jatuh dalam bulan posa! Harus aku ajak kengkawan celebrate gi Solat Terawikh beramai2 nanti nih, bleh? Ada bran? Muahahahaha...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Nih ler restoran mee bandung yang sungguh sedap ittew!!! Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Epi besdei Sepai! Slalu Geng Keji tapi Suci tak cukup korum taw. Isk!
Semalam, seperti yang telah dijanjikan, kitoang Geng Keji Tapi Suci [nama baru you!] telah menyeliberet [baca: celebrate] besdei Sepai di Restoran Mee Bandung House [Muar] - bersebelahan dengan Restoran Haslam. Sedap giler taw mee bandung kat situ! RM 5 satu pinggan. Yummy!! Rugi Haron tak join taw! Besh wooh makan kat situ! Hehehehe. [Haron tak join sebab ada hal skek - good luck ya my prenk!] Sesambel makan, sesambel gusip, sesambel planning ke mana agenda seterusnya, sesambel tengok besdei gal bukak adiah. Ucapan terakhir dari aku untuk besdei gal, "Epi Besdei ya! Semoga panjang umur murah rejeki, leh banjer kitoang lagik dan lagik dan lagik!" :p
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Sepai di samping adiah dari aku, novel "Dan mimpi pun bersatu". Huhuhu..bila la mimpi aku nak bersatu dengan...err..err... :p Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket Nih kad besdei yang aku decoratekan sendiwi. Hehehe.. :p
Lepas makan, kitoang gi Taman Tasik Titiwangsa, naik Eye On Malaysia [tiket RM 15 per person]. Masa tengah beratur nak naik gondola tu, aku teruja giler tengok lampu2 yang terletak di atas pala. Tak pepasal kena kutuk dengan Sham; "Gile ke apa ntah pompuan nih! Tengok lampu pon teruja. Keji betul!" Huwaaaaaaaaaaaaaa!! Sham kijam! Kijam! Kijam! Isk!!! Kan aku dah pernah kabo [banyak kali dah kot aku citer], aku memang cepat teruja tengok lampu, tengok cahaya, tengok bunga api! Rasa eksaited [baca: excited] sangat! Kalo sapa yang pernah baca blog aku zaman dolu2 [version 1], koang sure pernah baca yang aku pernah amek gambo lampu di sepanjang jalan ke KLIA waktu tengah drive. Tu sumer pasal kes teruja la pon! Tak pepasal mak aku beristighfar panjang sebab takut! Hahahaha. Terlari topik plaks! Isk! Masa memula gondola tu bergerak naik ke atas, memasing terdiam. Sunyi sepi japs. Pehtu aku baru la gerak2 sikit [sebab teruja tengok pemandangan KL yang penuh bercahaya di waktu malam], tetiba ada sora sumbang berbunyi; "Duduk diam-diam boleh tak? Gayat nih taw tak!?!" Erkk!! Sora sapakah itu?! Aku tengok Mya dah tak berbunyi, keras kejung duduk diam. Nizam plak dah siap tutup2 muka. Sham plak tengah pujuk dan bagi motivasi kat Nizam. Sepai plak ala2 cover kengkunun berani [rerupanya minah nih pon gayat jugak!]. Alerhai! Hahahaha. Lawak btoi bila teringat insiden dan ekspresi muka yang gayat tu! Kesiannnnnnn.....Aku tak gayat kah? Err..Ntah! Tak rasa plak gayat, mungkin sebab teruja tengok lampu melebihi segala-galanya kot?! [Riak takabbur btoi arh! :p]
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Nizam yang kegayatan! Sib baik ada Sham - Pakar Motivasi Gondola kita...hehehe :p Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Seboleh mungkin nak muatkan jugak muka memasing dalam ruang yang amat sempit tu! Keji btoi lar!! Hahahaha... Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Pose istimewa berlatarbelakangkan Eye On Malaysia. Gambar blur skek! Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Memasing pose keji! Dah tak larat dah time nih! :p
Dah habis pusingan yang pertama, baru la memasing dah tak rasa gayat. Maka, aksi-aksi fotogediks pon bermula dengan lancarnya. Gondola yang sempit itu telah menjadi seperti tempat yang penuh dengan artis, berkelip2 lampu kamera menyala. Bermacam-macam aksi kitoang pose! Memang saket pewot tak hengat bila tengok balik gambo2 yang dah di ambil tu. Hahahaha. Ada jin mata satu la, muka menggoda la, dan memacam lagik lah! Hahaha. Senak btoi pewot aku time tu! Sampai terasa lelah yang teramat! Sib baik tak semput, kalo idak, jenuh plak nak cari oang nak buat cpr! Hahahaha... Pa pe hal pon, tq memanyak to Sepai sebab sudi belanja kitoang makan2 semalam ek! Tq gak kepada geng2 Keji tapi Suci yang sudi menghiburkan hati ku yang sungguh gundah-gulana lately nih!! Koang memang happening arh! Nota kaki cagu: Tetiba cam teruja plak nak tunggu bulan 4 nih, bleh? :p