banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, March 12, 2007

Cik Tipah ANGAU!?!?

Baru baik demam, dah dilanda angau? Cik Tipah angau kat sapa nih ek? Sapakah yang diangaukan dek Cik Tipah tu ye? Huhuhu...Moskel! Moskel! Dedolu, masa musim AF3, Cik Tipah menat kat Mawi! Takde la menat gegila pon. Menat gitu-gitu jek! Err..Skang dah tak baper nak menat, bleh gitu? :p

Pehtu, tengok tv, ada citer Prison Break. Pestaim tengok, terus jatuh ati kat hero citer tu. Michael Scofield namanya. Sungguh encem dan mempunyai sepasang mata yang sungguh menawan gitu. Phewitttt!!! Walopon menat bagai nak rak kat hero citer Prison Break nih, tapi aku slalu terlepas tengok citer nih kat tv [time tu siarannya ari Isnin jam 10.30pm kat 8tv]. Aku tatawu naper aku tak tengok. Lupa kot! Ke sebab aku tengok citer lain?! Err..entahlah. Tapi percayalah, aku suka tengok citer nih hanya disebabkan hero nya yang sungguh encem itu! Auwww!!!

Bebaru nih, layan American Idol plak. Mesti ramai yang akan pilih dan suka kat Lakisha, kan? Suara Lakisha memang power dan da' bomb gitu! Tapi, ati aku tetap teruja dan ter'angau' kat soang mamat yang sungguh comei di pandangan mata kasar ku ini. Mamat tu tak lain dan tak bukan, Chris Richardson.

Semalam, time Ryan Seacrest nak umumkan top 12 American Idol musim baru nih, ati aku berdebar-debar gitu, perasaan cemas membuak2 [over taw!!!], aku bebetoi gabra, takut Chris Richardson tak tersenarai dalam top 12. Huhuhu. Bila Ryan cakap, rakyat Amerika masih nak tengok Chris Richardson terus beraksi, aku terus senyum dan tepuk tangan [memang over arh!] Yeay! Dia dapat!! Yes! Yes! Yes! Walaupon suara Chris tidak la sesedap mana [dan aku yakin, dia takkan mampu bertahan lama dalam American Idol tu], tapi aku tetap akan 'angau'kan dia siang dan malamku. Ihikss...Go Chris go!! Go go chaiyook!!!

Hmmm...Korang perasan tak, apa yang aku perasan? Hik hik hik...Ketiga2 umat di atas memiliki satu persamaan yang ketara. Ngeh ngeh ngeh [*gelak gatal*]. Tak perasan? Aler, memang arh! Cuba perati lek lok pala dewang, ketiga2nye tade rambut, kan? Atau dalam kata lain, dewang tu sumer botak?! Ahaksss... Adakah Cik Tipah minat kepada lelaki yang botak? Err..botak berambut minat arh, bukan botak licin taw! Tak rela you! Muahahaha. Pada firasat dan perhatian Cik Tipah, orang yang botak [berambut ye!] sungguh comei skalik! Ada daya tarikan yang tersendiri. Buatkan jantung berdegup kencang gitu. Hahahaha. [Sungguh gatal skali Cik Tipah nih rupanya ye!? :p] Err..Cik Tipah nak buat pengakuan ikhlas nih! Huhuhu. Ekcelikan, bila Cik Tipah tengok umat2 yang berimej seperti artis2 di atas tu kan, secara automatik, Cik Tipah teringat kat seseorang! Seseorang yang dah lama Cik Tipah tak jumpa! Seseorang yang dah lama Cik Tipah kenal. Seseorang yang...err..yang..err..*biarlah resia ek!* Hmmm... Nih gambo ekslusif yang Cik Tipah jumpa masa Cik Tipah godek pc opis pagi tadi. Gambo 'seseorang'! Huhuhuhu. *Tetiba teringat kisah2 lama...uhuksss....* Siapa dia? Usah di tanya! Usah di teka ya! Cik Tipah gerenti, takkan bagi jawapan kepada persoalan/tekaan kalian tu. Cukuplah sesapa yang taw jek, akan tahu siapakah 'seseorang' ini. Nota kaki cagu: Sekali-sekala teringat kisah silam, tak salah, kan?