banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, March 21, 2007

Tq readers!!!

Toche memanyak kepada para pembaca blog aku yang setia menjenguk ke blog aku yang meraban nih setiap ari! Toche teramat! Ekceli, aku pon heran, mana datang pembaca2 blog aku yang secara puratanya, menjengah ke blog aku hampir 200 orang setiap ari! Kalo memula dulu, memang aku terperanjat giler bila dapat email dari orang yang aku tak kenal, bagi pendapat, bagi nasihat, bagi kekata semangat untuk aku. Dioang perkenalkan diri dioang sebagai pembaca blog aku! Kusss semangat! Dalam dok menulis meraban pon, ada gak yang sudi membaca dan berkongsi kisah suka-duka dengan aku. Owh! Sungguh terharu dibuatnya. Lama kelamaan, aku dah terbiasa. Minda aku semakin boleh menerima bahawa, blog aku sebenarnya menjadi tatapan umum. Semua orang, tak kira aku kenal atau tidak, boleh membaca blog aku tak kira waktu. Aku menulis bukan sebab nak cari publisiti murahan. Aku menulis sebab aku nak meluahkan apa yang terpendam dan juga apa yang aku lalui setiap hari. Kekadang tu, ada gak niat nak bagi pembaca2 blog aku jeles dengan aktiviti2 yang aku buat setiap ari [kejinye perangai! :p]. Ada orang cakap, idop aku takde privacy. Semuanya aku citerkan dalam blog. Satu Malaysia taw tentang life aku. Sungguh tak besh kata mereka! Hmm...Pelik sikit la. Aku rasa, aku takde la citer SEGALA-GALANYA dalam blog nih. Aku tak citer masalah yang melanda aku lately nih, aku tak citer siapakah PENDODOI [jangan claim royalti ek?! :p], aku tak citer banyak lagi citer2 yang aku anggap peribadi. How come orang cakap idop aku takde privacy ek? Pelik la...Isk! Orang pelik bila aku cakap, salah satu cara untuk aku melampiaskan rasa tekanan adalah dengan menulis blog. Dewang cakap, kenapa tak berbual atau bercerita dengan family, dengan kawan dan yang lebih penting dengan Allah?! Hmm...masalahnya, dewang tu taw ke, aku buat ke tak menda2 tu?! Takkan sumer aku nak citer, kan? Pelik la manusia nih! Yang bertambah menghairankan aku, walaupon ada yang dengki, iri hati dengan aku, tapi masih jugak terhegeh-hegeh baca dan jengah ke blog aku setiap hari. Nak gak bz bodi pasal aku, nak gak taw pasal aku! Dan yang lagi besh, boleh plak perli2 aku lepas tu! Hahahaha.... Aku sungguh kesian dengan orang-orang sebegini sebenarnya! Ibarat datang tak berjemput, pergi tak dihalau. Selagi boleh nak kutuk aku, kutuk la. Tak jadi kudis buat aku pun. Selagi aku boleh bersabar, Insya Allah, aku akan bersabar. Aku selalu berpegang pada satu prinsip jek, "ORANG YANG DENGKI DAN IRI HATI DENGAN KITA SEBENARNYA ORANG TU NAK JADI SEPERTI KITA, TAPI SEBENARNYA DIA TAK BOLEH DAN TAK MAMPU!" Kesian, kan? :p Terima kasih banyak2 la kepada para bloggers yang sudi link kan url blog aku dalam blog mereka. Mereka juga salah satu faktor penyumbang terbesar yang membuatkan ramai orang datang jengah ke blog aku! Nak kasi gegula Hacks la kat blog yang menghantar/menyumbang pembaca blog yang terbanyak kat aku, aci dak? Hahahaha.... Sepanjang aku menulis blog nih, dah bermacam-macam komen/feedback yang aku terima. Semuanya aku hargai. Semuanya aku simpan lagi dalam mailbox aku. Ada yang berkongsi kisah yang hampir sama, ada yang bagi nasihat, ada yang meminta nasihat dan tak kurang juga ada yang kondem. Hehehe. Adat manusia la tu. Dunia memang cenggini, ye dak? Toche memanyak ye! Ada yang cakap, kalo sehari tak jengah ke blog aku, rasa cam tak komplit jek, tak leh nak buat keje, tak senang duduk dibuatnya. Ada yang cakap, cara penyampaian penulisan aku kelakar. Kekadang boleh gak di ambil iktibar. Kalau aku tulis citer yang hepi2, pembaca aku turut rasa hepi. Tapi kalo aku tulis yang sedey2, pembaca aku rasa sedey gak! Aler...sungguh tak besh! Lenkali kalo aku tulis sedey2, koang tolongla gumbirakan aku ek!?! Aci dak?! :p Dengan menulis blog jugak la, aku kenal ramai manusia dari dalam dan luar negara. Kak Salju, Pendodoi, Din Korea, Zakzak, Masy, Edi, Mak Andeh dan ramai lagi la [sorry la sebab tak larat nak taip nama korang ek?] Hepi sebab dapat kenal dan taw tentang dunia luar daripada Malaysia dan juga ragam2 kengkawan di dalam Malaysia. Kawan-kawan datang silih berganti. Tq sebab sudi nak berkawan dengan aku! :) *terharu* Bertambah terharu bila ada yang sudi call/sms bertanyakan khabar aku semalam [sebab aku tak update blog 2 hari]. Alahai! Terasa tersentuh betul naluri keperempuanan aku nih! Sungguh concern kalian terhadap aku ek?! Huhuhu. Really appreciate it! Muah! Muah! Muah! Cayang koang seploh menet! Korang jangan la risau sangat pasal aku! [Ada ke yang risau ek?! :p] Aku ok! Ok dari segi lahiriah la! Batiniah korang jangan tanya, ok? Batiniah aku tengah bergelora bagai ribut taufan jek sekarang nih! Setiap kali bangun jek dari tido, memang terasa cam bernafas dalam air jek - kelemasan! Tunggulah! Harap2 segalanya akan berlalu secepat mungkin! Tak sabar rasanya nak tunggu sampai penghujung bulan 4. Harap2 time tu, segalanya telah selesai dan aku dapat bernafas seperti sediakala hendaknya. Amin! Nota kaki cagu: Jangan terlalu mengharap, kelak sendiri yang kachiwa. Hmmm...