Kitoang ske amek gambo sendiwi gini, pehtu celen, sapa lagi comei!! Dah sah2 la aku menang, kan? Muahahahaha...*giler pasan*
Kengkunun manja la bila bergambo centu! Isk! Over taw!
Gi makan kenduri umah sedara aku pon, masih jugak aku mengangkut minah nih untuk turut serta..
Bawak anak buah jenjalan pon, hangkut Sepai sama. Buat peneman aku...bleh gitu?
Time nih celebrate besdei aku tawun lepas! Tengah berduka lara lagi, tu pasal mata bengkak! Sib baik ada Sepai, Mya dan kengkawan yang lain yang sudi menemani aku! Tq prenks!
Tengah tunggu bot nak gi ke Pulau Redang. Di awal pagi yang sungguh hening. Ngantok sey!!!
Sepai telah sudi menemankan aku jadi Usherer sempena Pesta Kementerian Kewangan kat Stadium Bukit Jalil. Owh...sungguh terharu rasa di ati!!!
Koang kenai minah kat ataih tu dak? Kenai? Tak kenai? Aaar...kasik kenai la gak!! Kang dia nangeh hentak2 kaki depan aku, jenuh plak aku nak pujuk! Isk!!
Siapakah dia? Haaa...dia la
Sepai aka Ninacute yang sungguh fotogediks dan gila-gila orangnya!
Mana aku kenai spisis umat ceni arh?! Alkisahnya, aku kenai dia masa aku join jadi Marshall untuk Treasure Hunt dari Klang ke Melaka. Memula tu, aku dengar khabar2 angin mengatakan yang minah bernama Sepai nih seorang yang sungguh kerek skalik! Dan bila bertentang mata pon, memang dalam ati aku mengiyakan kekata kawan2 aku yang lelain. Kerek sey minah nih! Bagi kunci bilik hotel pon tak pandang muka. Cakap pon takde lemah-lembut! Huhuhuh...[Aku kan sensitip orangnye :p]
Time nak balik ke KL, dengan selambanye minah nih telah meng'offer'kan diwi dia untuk menompang keta aku! Huh! Sungguh tak malu taw! Hahahaha. Tapi sebab aku nih jenis tade hal, makanya aku terima offer dari dia tu! Maka, bermulalah persahabatan yang baru, suci lagi murni antara Sepai dan Tipah.
Sejak dari hari itulah, kami semakin rapat, slalu kuar sesama, slalu join aktiviti2 bersama, dan yang pasti, kami memang 'syerasyi bersyama'. Tapi slalunya, aku jadik drebar dia. Gi jemput dia kat umah, dan anto dia balik umah! Huhuhu. Tak sabo nak tunggu minah ni ada keta plak, akan ku buli sebaik mungkin! Ko tunggu arh! Hahahaha.
Dengan Sepai, aku slalu leh sound direct ja. Kalo aku tak suka ka, kalo aku marah ka, kalo aku marjoks ka, memang aku cakap lepas ja. Dia pon gitu gak. Pendek kata, dia paham aku, dan aku paham dia. Sapa kata kitoang tak pernah gado? Slalu ja gado! Tapi gado2 manja arh! Kan Sepai kan? Hehehehe....
Dia dah slalu sangat gi kampung aku, dah kenai rapat sangat dengan pemili aku. Tapi, aku tak pernah gi pon ke kampung dia! Tak pernah kenai pon pemili dia! Huhuhu. Sungguh malang skali dia dapat kawan cam aku nih, kan? Isk! Sowi kawanku! Mukan tamoh gi, cuma masih belum berkesempatan arh beb! Huhuhuhu...
Spesel mesej untuk sahabatku yang gediks...Sepai
Sesungguhnya, aku bersyukur pada Tuhan sebab mempertemukan kita [ewah! cam pasangan kekasih la plak! eiii...geli!]. Aku gembira dengan silaturrahim yang terjalin nih! Aku bangga dapat kawan yang gediks cam ko! Ko adalah sahabat yang terbaik! Ko kawan susah senang aku!
Sesungguhnya, aku sayang banget sama lo! Tanpa aku, siapalah ko! Eh silap! Silap! Tanpa kita, siapalah yang nak jadik fotogediks, kan? Hahahaha....
Selamat Hari Lahir sahabatku....
Semoga Allah memurahkan rejeki ko, memudahkan perjalanan hidup ko, memberkati hidup ko, menyihatkan tubuh badan ko dan mempertemukan jodoh yang terbaik untuk ko!
I love you very strong arh my prenk!! Muah! Muah! Muah! Ko cayang aku dak!? :p
Nota kaki
cagu: Susah senang, suka duka, tetap seiring dan sejalan....
|