banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, July 19, 2007

Citer ari Ahad...dan hari-hari seterusnya...

Ahad, 15/7/2007 Lepas check-out dari Traders Hotel, gi makan Nasi Ayam Hainan Chee Meng kat Bukit Bintang. Mya banjer! Toche Mya!! Murah la rejeki ko ndaknya! Amin. Pehtu gi BTS, Abg Long banjer tengok wayang citer Harry Porter kat IMAX. Diulangi, kat IMAX ye kengkawan! Muahahaha. Ada apa dengan IMAX?! IMAX adalah sebuah panggung wayang yang mempunyai skrin terbesar di Malaysia. Harga tiket ialah RM 15. Nak masuk ke dalam panggung, terpaksa beratur panjang, pehtu nak naik ke tempat duduk, terpaksa menaiki tangga yang tinggi. Memang teruja dibuatnya bila tengok skrin beso tu. Sampaikan kepala kena toleh dari kiri ke kanan untuk tengok gambar2 yang ditayangkan. Perghhhhhh!!! Kagum sey!!! Yang tak beshnya, kusi guyang2. Pening pala den! Bertambah tak besh lagi, bila orang belakang asek dok tendang kusi aku. Arggh!!! Ahkak sungguh marah dek non oit!!! Huhuhu....Mencik btoi taw!! Betul la aku dengar desas-desus sebelum nih bitaw, citer Harry Porter kali nih tak baper nak besh! Agak memeningkan pala, lawan2 pon kurang sangat, tak begitu teruja bila tengok filem nih berbanding tengok filem Transformers dulu. Taw-taw jek dah abeh. Ish la...Huhuhu... Neway, toche memanyak kat Abg Long sebab telah menaja tiket wayang pada hari itu!
Inilah dia, Abg Long ku yang sungguh murah ati, yang selalu belanja kitoang beramai2 gi tengok wayang, makan2! Seorang DD termuda yang sungguh happening! Pomot nih!! Ahaksss...Harap2 jangan la ada sesapa yang simbah asid nanti! Isk!
Nih plak Che Ros aka Rosnizam. Agak2, sapa la yang nak kena simbah asid nih ek? :p
Nih ler group TTM yang happening dan setia mengikut arahan. Sapa yang ingkar, pasti kena BANNED untuk aktiviti2 yang akan mendatang. Ekekekeju...
Balik dari tengok wayang, gi makan kat Bora Ombak, Ampang. Lagi sekali, Abg Long yang belanja. Ngeh ngeh ngeh....Menu wajib yang di order sebagai starter ialah Omari Rings dan minuman kegemaran ramai - Monkey Mocha yang sungguh yummy [hanya orang2 yang suka pisang jek yang akan order air nih ye kengkawan!] Tapi malam tu aku order fresh milk yang tak berais dan char koey teow. Burppp! Kenyang! Alhamdulillah.... Toche memanyak Abg Long!! Sungguh mulia hatimu itu. Semoga maken murah la rejeki Abg Long dan semakin kerap la belanja kitoang nih sumer! Ihiksss....Harap2 nama aku takkan di banned di masa-masa yang akan datang ndaknye! :p Lepak2, borak2, bergambo, makan sampai moncet, pehtu baru balik umah. Tido.... Isnin, 16/7/2007 Sepanjang malam tidurku tak lena. Batuk dan batuk sesedap rasa. Amek inhaler pon tak jalan. Minum air suam pon tak jalan. Tapi maleh nak bangun makan ubat [Pagi buta tu weih, mana berani kuar bilik! Hehehehe...] Kol 7.30am, sms bos, bitaw nak amek half day, mo gi klinik amek ubat [stok ubat lelah dah abeh]. Bos reply bitaw ok. Aku pon sambung balik tido yang tak nyenyak sepanjang malam. Kol 1pm, Abg Farid datang amek aku, bawak gi Klinik Idzham [untuk kali ke 4 dalam masa 10 hari aku gi klinik nih, dan untuk kali yang ke 3 aku jumpa doktor yang sama, Dr. Siti Nariman]. Dia check pernafasan aku, masih mengeluarkan bunyi-bunyian yang tak besh. Dia kasi inhaler baru kat aku. Inhaler lama dah nak abeh, ventolin dah segan2 nak kuar. Huhuhu. Dia bagi MC satu ari. Lega. Balik umah kakak, menidurkan diri. Time tengah2 berehat tu, dapat sms dari Sharon, ajak join kelas Bridge. Pehtu dapat sms dari Kak Diella plak, ajak join menari untuk Puspanita. Dedua offer tu menarik. Terbayang-bayang waktu rehat yang bakal hilang! Hmm... Nota kaki cagu: Dah kena 'belasah' dengan Kak Gee, kena 'brainwash' dengan kakak - "Bawak2 la berehat sama. Awak tu sakit!" Hanya mampu tersengih...Ngeh ngeh ngeh... :p