PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, July 02, 2007
Kisah 3 hari 3 malam
Jumaat, 29/6/2007
Jam 8.10pm, Mya datang jemput aku kat umah, pehtu gerak sesama gi Bora Ombak. Encik Bulat aka Abang Long dengan rela hati telah sudi belanja kitoang "insan-insan terpilih" untuk makan-makan sampai kenyang di Bora Ombak. Yeay! Toche Abang Long!!! Lepas dah makan sampai kenyang di kawasan terbuka berbumbungkan langit, kitoang berpindah masuk ke dalam hall untuk saksikan live band [Fay juga turut menyumbangkan suaranya yang lemak merdu itu diiringi live band, I likeeeeeeeee!!!].
Kol 11.30pm, kesemua yang hadir bergerak gi Berjaya Times Square plak. Again, Abang Long yang sungguh berhati mulia ini telah belanja tiket wayang plak!! Kitoang tengok citer Transformers yang da' bomb!! Toche Abang Long!!! Semoga makin dimurahkan rejeki yek!!! Really-really appreciate it!!!
*Boleh lupa plak nak amek gambo reramai! Ish la....
Abeh wayang kol 3am, Mya ajak gi lepak Mekdi baru bukak kat Ikea. Lepak2 main 'one two som" sampai penat, dan gerak balik umah kol 5am. Sampai umah Mya jam 5.30am, terus memasing kalut cari bantal untuk menidurkan diri.
Tapi aku tak tido. Sambung plak bergayut sambel didodoikan sampai kol 7.30am. Hik hik hik...Walaupon ngantok, tapi sebab wendu nak didodoikan punya pasal, sanggup bersengkang biji mata! Muehehehe.
Sabtu, 30/6/2007
Tido pukul 7.30am, bangun kol 10am. 2 jam setengah jek aku sempat menidurkan diri. Adeh!! Berdengung-dengung rasa pala! Rasa nak termuntah pon iye gak! Bangun, mandi dan bersiap2. Kuar dari umah Mya kol 11am, gi The Mall.
Bersama-sama Geng Keji Tapi Suci yang masing2 muka keletihan tapi tetap ceria
Lepak kat Secret Recipe. Mo celebrate besdei 2 orang Geng Keji Tapi Suci, Sham dan Haron! Epi belated besdei guys!!! May God bless both of you!! Order dan makan tak hengat donia! Hik hik hik...Ntah baper la bil yang Sham dan Haron kena bayar tu ek? Neway, toche memanyak guys! Semoga rejeki kalian makin melimpah ruah la hendaknya yek!
Kol 2pm, Mya anto aku balik umah. Iron baju, kemas beg, dan qada' tido. Terjaga bila Mya anto sms; "Kol 8pm aku datang amek ko ek?"
Hehehehe. Tido tak hengat donia! Bila bangun pon, masih terasa mamai2 gitu! Lom cukup tido lagi la kot! Ahaksss....
Kol 8.10pm, Mya datang amek kat umah. Singgah Mekdi Drive Thru kat Taman Melati, tapaw makanan pehtu shoot ke Raub. Mya drive dari KL sampai Petronas Bukit Tinggi, pehtu aku sambung drive sampai Raub. Sempat la sesat barat jap kat Pekan Raub! Ngeh ngeh ngeh!
Singgah kat umah mentua Kak Long Mya di Kg. Sega, pehtu balik ke resort yang telah ditempah oleh Kak Long - Countryview Recreation Resort di Jeram Besu, Raub. Rehat-rehat dan tido.
Ahad, 1/7/2007
Bersama family Mya, Kak Long, Makcik dan Yaya da' bomb!
Bangun pepagi, aku diserang semput! Pas amek inhaler 3 das, baru nak ok! Bangun tido, lepak jap, pehtu tido balik sampai kol 11am, pehtu bangun mandi dan bersiap. Gi kenduri kat umah mentua Kak Long. Gi makan dan melepakkan diri jek. Tak larat sangat nak tolong pa pe pon. Cuaca pulak panas, peluh meleleh2. Isk!
Wendu giler kat dak kecit nih taw!!! Dah petah bercakap, geram!
Bertolak balik dari Raub jam 3pm, kali nih Mya drive sesoang. Sampai ke KL jam 4.30pm. Tq Mya!!! Sampai umah, terus mandi-manda, packing baju2 yang belum basuh [stok seminggu], bersiap2 pehtu gi umah kakak kat TM. Nompang basuh baju umah dia daaaaa...Hik hik hik! Buat sementara waktu nih, tak bani basuh baju [pakai tangan] sebab dah serik saket belakang yang menyucuk2. Huhuhu.
8.30pm, Kak Chaq [jiran kakak] buat besdei party anak dia. Aku menyibuk gi makan! Hehehe. Pehtu kakak anto blik jam 9.30pm, sampai umah terus tido...ZZzzzZZZzzzz
Nota kaki cagu: Jadual weekend dah penuh sampai hujung bulan. Tak padan dengan semput! Ish la...
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|