PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Tuesday, July 17, 2007
ICBG 2007
Khamis, 12/7/07
Tup tup dipanggil untuk jalankan tugas pada hari Khamis. Dapat time-off dari big bos dan bos, terus ikut Kak Ramizah gi Hotel Traders, tunggu ketibaan para peserta dari Bank Indonesia. Pas dah setel kat hotel, balik semula ke BNM, untuk setelkan pa pe yang patut di opis.
Kendian, kol 8.30pm, gi balik ke Hotel Traders, sambut kedatangan sebilangan besar peserta dari Bank Indonesia lagi. Balik ke BNM jam 11pm, setelkan lagi keje sikit2, pehtu kol 12.30am, Kak Ramizah dan Abg. Zailan anto aku balik umah. Toche!!!
Kol 2am, aku dan Mya telah pergi ke Hotel Traders untuk bermalam di sana [sebab ada bilik yang kekosongan, rugi kalo tak gi tido. *sengih*]
Jumaat, 13/7/07
Bangun pepagi, gi bekpes dolu, pehtu baru gerak gi BNM. Terus lepak kat Bilik Persatuan, tolong AJK2 yang lelain buat keje. Tengahari, gi plak ke Hotel Traders, susun goodies bag dan distribute kepada semua peserta2 yang datang [dari Bank Indonesia, Bank of Thailand, Monetary Authority of Singapore].
Ntah apa la jadi kat aku ari tu, asek tersasul dok sebut Bank of India dengan Bank of Tokyo, sampai kena gelak dek oang keliling. Huhuhu. *malu* Palotak tengah berserabut arh! Isk!
Kol 6.15pm, gerak gi BNM jap, nak tolong2 pa pe yang patut kat Link. Sampai kol 6.30pm, baru nak tolong wat keje, skali dapat panggilan dari Kak Ramizah, soh balik hotel dan bersiap, sebab kena jadi usherer plak. Kelam-kabut ajak Mya balik hotel.
Wif Mya, time nih baru lepas dapat dos inhaler, lega u ollss!!
Sampai hotel, mandi-manda dan bersiap. Time tu la baru nak iron baju, time tu la baru nak mandi, time tu la baru nak mekap, tup tup jam pon dah pukul 8pm. Dapat call banyak kali, kena marah *sedey*, pehtu kelam-kabut berjalan gi ke Kuala Lumpur Convention Centre. Ada opening dinner kat sana.
Disebabkan tahap kesihatan aku masih 50-50, ditambah dengan keadaan yang cukup kelam-kabut, pressure, tensi, suasana plak berasap-asap, keletihan yang tak berpenghujung, telah menyebabkan aku dilanda batuk dan semput yang maha hebat. Abeh pakat ramai2 dah taw aku ada asthma. Huhuhuhu. Malu!! Tapi time tu, malu tolak tepi, batuk dan semput sesedap rasa tanpa pandang orang keliling dah.
Terpaksa melepakkan diri kat luar hall, layan semput sesoang. Kebetulan, Ali dan Zul datang lambat, dewang pon nak balik ke bilik hotel salin baju, aku mintak tolong dewang gi ke bilik aku jap, amek inhaler. Teringat bilik yang bersepah, malu!! Tapi hentam sajalah, tak larat punya pasal, mana larat nak menapak balik bilik hotel pon!
Inilah dua orang hero yang telah menyelamatkan aku! Kiut kan dewang! Tapi awas, memasing dah punya anak kecil yang chumil ya! Jangan digusip!!
Lepas dapat 3 das sedutan dari inhaler, dada jadi lapang selapang-lapangnya. Alhamdulillah! Syukur! Baru mampu nak senyum. Baru terasa kelaparan yang teramat-sangat! Pelahap daging rusa panggang yang sungguh yummy! Toche memanyak kat hero2 yang encem dan cute yang telah berjaya menyelamatkan aku dari kelemasan dan kelelahan. Huhuhu...I terhutang nyawa kat u olls berdua taw!!! *senyum*
Bersama official dari Singapore, Warren, yang sungguh hensem dan kacak!! Terguder arh!
Abeh dinner jam 11pm, balik bilik, cuci muka, baru jek nak menidurkan diri, tetiba dapat panggilan dari Zul, ajak melepakkan diri secara berjemaah di Restoran Pelita. Makanya, berjemaahlah aku, Mya, Zalmi, Ali, Zul dan Jocko gi ke restoran tersebut dengan menaiki kereta Ali. Sampai kat restoran, kami telah meng'join'kan diri dengan Fay, Abg Zam dan Fyda, borak2 sampai jam 2am, pehtu balik bilik dan tidur.
Sabtu, 14/7/07
Bangun seawal jam 6am, gi bekpes dan bergerak ke BNM, ada Opening Ceremony kat gym. Jadi tray girl untuk exchange gift. Agak berterabur sikit upacara exchange gift tu. Pening pala japs.
Di Link, sebelum game Bridge dimulakan
Lepas perasmian dijalankan, aku bergegas gi ke Link untuk memantau game Bridge plak. Suasana agak sunyi-sepi untuk game nih, kerana memerlukan konsentrasi yang betul. Huhuhu. Ngantok dan lenguh kaki dok berdiri.
Belum sempat game Bridge setel, jam 5.30pm, aku dah mencabut-larikan diri ke Hotel Traders plak, sebab nak kena jadi usherer dan tray girl di Mandarin Oriental Hotel.
Sampai hotel Traders jam 5.30pm, dalam otak sudah berkira2 nak menidurkan diri buat 5-10 menet, tapi sekali dapat panggilan dari Kak Ramizah daaa..., mintak tolong angkatkan trophy dari Bilik Sekretariat untuk dihantar ke Emerald Ballroom, Mandarin Oriental Hotel. Bergegas capai tudung, dengan berselipar jepun, terus ikut kak Ramizah angkat barang.
Balik semula ke Hotel Traders jam 7pm, kelam-kabut mandi dan bersiap. Tapi kali nih, aku menyiapkan diri dengan cara yang paling slow-motion tapi cepat. Hehehe. Tak berani nak gopoh-gapah dah, kang semput lagi, jenuh! Kali nih, inhaler turut dibawa bersama untuk mengelakkan kejadian yang sama seperti semalam, berulang kembali. Huhuhu...
Barisan tray girls yang bertugas di Closing Dinner, Mandarin Oriental Hotel
Sampai kat Mandarin, berdiri depan pintu dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu. Pehtu lepak2 kat meja committee, makan2 sambil menyaksikan persembahan dari Fay, Ana, Fyda dan Abg. Zam. Fay, I suka you nyanyi lagu Nidji tu, besh banget sih!! Ana, toche memanyak sebab nyanyi lagu peberet aku [My Baby You] dengan begitu mantap skali! I likeeeeeeeeeee....!!!
Bersama2 dengan hero2 yang kuat 'berdebar2'...haru!
Barisan AJK2 yang sempat bergambar bersama-sama dengan AG...
Wif my ex-boss merangkap Big Boss dan juga Pak Presiden Persatuan, En. Jo. :D
Pas abeh acara, sesi bergambo pon sudah, balik ke bilik, lepak2 dan borak2 dengan mereka2 yang ada, sampai ke jam 4am. Ada manusia yang telah meng'kelentong'kan kami2 yang ditinggal terkontang-kanting...Kantoi jua akhirnya. Sadis!! Tapi apakan daya, dunia memang ceni, kan Mya kan?
Pehtu tido....
Ahad, 15/7/07
Tidur pagiku tak aman disebabkan bunyi deringan hp dan sms yang masuk bertalu-talu. Adeh la...Last2 kol 11am, bangun dan mengemas beg. Mandi manda dan check out. Kepenatan sudah...
Citer untuk ari Ahad akan disambung pada esok hari ya.
Tak larat nak update dah nih, udah lenguh jari-jemari gue! Huhuhu...
Nota kaki cagu: Penat! Kesabaran tetap ada batasannya...Hmm..ntahlah!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|