PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, July 09, 2007
Mc lagik!
Lepas gi klinik ari Sabtu ari tu, terus melepakkan diri kat umah kakak. Di siang hari, keadaan cam ala-ala ok gitu. Tapi bila senja menjengah, badan dah terasa lain macam. Nafas dah mula rasa bersimpang-siur. Dada dah mula berombak agak kuat. Ah sudah! Dia datang arh nih! Isk!!!
Sapa yang datang?!
Huhuhuhu...Sapa lagi kalo mukan Cik Asthma yang bakal memporak-perandakan hidup aku! Uhukss.....
Semalaman aku tidur tak lena dibuatnya. Terseksa nak menarik nafas. Ditambah lagi dengan bunyi-bunyi 'wheezing' yang keluar dari dada aku, sungguh membuatkan aku rasa rimas dan tak lena tidur. Setiap satu jam, aku terjaga, batuk-batuk, tarik nafas, amek inhaler, pehtu sambung tidur. Sejam kendian, bangun lagi dan lakukan perkara yang sama berulang kali. Abeh seisi rumah kakak aku, sumer pakat tak lena tidur dengar batuk aku! Huhuhu...
Bila siang menjelang, Abang Farid soh aku bersiap, bawak gi Klinik Idzham lagi skali.
Doktor: "Saya tak payah pakai stetoskop pun, dah boleh dengar bunyi nafas awak! Gi amek nebulizer ek?"
Hehehe. Memang giler kuat bunyi yang kuar dari dada aku. Aku yang dengar sendiri pon, cam tak sanggup nak tadah tinger! Ngeri arh! [Ada orang tu terdengar bunyi wheezing, dia cakap, bunyi tu 'bunyi napas yang tak ayu', isk! Sabo jek la...]
Sedut gas sampai payau anak tekak. Pas amek nebulizer, dada rasa lapang, lega kejap! Doktor bagi MC untuk ari Isnin. Balik umah, layan ketar!
Again, bila malam menjengah, Cik Asthma datang lagi. Sama kritikal cam hari sebelumnya. Pelik! Slalunya, badan aku nih, kalo bukan tahap kritikal, amek inhaler 3 das, dah ok, kalo kritikal pon, amek nebulizer dah kompem terus leh sihat, tapi tidak kali nih. Tak taw la naper susah sangat Cik Asthma nak cabot lari dari aku. Huhuhuhu....
Seperti malam sebelumnya, tidur malam aku bertemankan bunyi wheezing dan batuk. Huhuhuhu. Terseksa rasanya! Tak aman! Tipon mak di kampung, ngadu domba! Mak dah risau, dia nak datang KL, tapi kakak tak bagi.
Kakak: "Takpa mak, Iza leh jaga dia lagi. Esok Farid bawak dia gi klinik lagi la kot. Nampak cam tak ok je lagi nih."
Huhuhuhu. Sedey btoi bila time2 saket ceni, mak takde di depan mata. Uhukss..uhukss..uhukss... *anak mak btoi la*
Bangun awal pagi tadi, tengok anak2 buah bersiap gi skolah. Pehtu sambung tidur balik. Kol 11.30am, kakak balik, dia berehat jap, tengahari, dia plak bawak aku gi Klinik Idzham lagi skali. [Pestaim, berulang-alik gi klinik yang sama sampai 3 hari berturut-turut, segan banget sih!]
Doktor yang check aku, tanpa banyak soal, terus soh amek nebulizer lagi skali. Lagi skali la tekak terasa payau. Aiyoooooh! Sungguh tak besh! Dapat MC lagi untuk esok hari [Selasa]. Ada chance berehat kat umah. Doktor dah pesan, kalo esok pun tak ok lagi, datang jumpa dia.
Aku: "Err...takpe ke datang sini lagi? Dah 3 hari berturut-turut saya datang sini nih doktor?"
Doktor: "Eh, takpe la. Awak kan saket."
Owh, takpe ek doktor? Haaa...Jangan jemu tengok muka aku nanti, udah la yek! Huhuhuhu.
Alhamdulillah, pas amek nebulizer untuk hari yang kedua nih, dada terasa cam ok sikit [sikit jek la] walopon dada aku masih mengeluarkan bunyi-bunyian yang sungguh tak besh itu. Isk!
Ubat pun dah jadi banyak giler nak kena telan nih! Ari pertama 4 biji, ari kedua tambah lagi 3 biji, ari nih tambah lagi 4 biji, sumer WAJIB ditelan! Aiyohhh!! Penuh la pewot aku dengan ubat-ubatan jek untuk 2-3 minggu nih. Isk! Pahit!
To all my readers, doakan aku cepat sembuh ye! Dah tak larat arh melepak kat umah tak wat pa pe nih! Rasa KOSONG btoi hidup aku! Huhuhu...
Nota kaki cagu: Sanggup ke jaga aku disaat aku saket2 nih ek?
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|