banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, February 20, 2008

Marilah mari....pergi mengundi!!!

Kelmarin, lepas balik kerja, terus gi ke umah kakak, nak amek baju2 yang dibasuh [kakak aku slalu tolong dobikan baju aku...ahaksssss]. Seperti kebiasaan, aku akan check surat2 untuk aku. Ada surat tuntutan hutang JPA [erk! gulp!!!], ada katalog Avon, ada surat umah dan memacam lagi. Tetiba aku terpandang sekeping kertas tertera gambo Umno yang dipangkah dan ada nama aku. Erk!! Bila belek2 dan baca lagi, tertera tempat untuk aku membuang undi. Aikss!! Cam tak percaya plak. Sejak 'cukup umur' dulu sampai la skang, aku tak pernah pon register nama aku kat SPR untuk mengundi. Bab2 politik nih, aku maleh sangat nak amek pot [rugi satu undi]. Tapi, aku kurang keyakinan dengan sekeping kertas tersebut. Pinjam pc Abg. Farid, online dan masuk ke laman web SPR. Key-in nombor kad pengenalan, dan hasilnya seperti di bawah. Aku boleh mengundi?!?! Erkkk!!! Tetiba aku rasa teruja la plak!! Al-maklumlah, tak pernah langsung terpikir aku akan terlibat dalam bab2 mengundi nih, alih2 tahun nih berpeluang plak nak mengundi. Yeay!! Teruja sey!!! Tapi kan, sapa yang register nama aku kat SPR ek? Bila pikir2 balik, aku rasa dan agak la, mungkin ex-boss aku masa aku keje kat TCMH dulu la yang tolong register kan. Dia Ketua Umno Cawangan AJ, aku jugak pernah dilantik menjadi AJK Puteri Umno, tapi aku tak pernah pon hadir setiap kali mesyuarat diadakan. Muehehehe....*keji* 8hb Mac dinantikan dengan penuh debaran! *over taw!!!* Nak pilih parti kah? Calon kah? Kaum kah? Bangsa kah? Atau buat saja undi rosak ek? :p Nota kaki cagu: S.A.R.A.!