banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, February 19, 2008

Mimpi

Sejak semalam, aku rasa aku asyik mengelamun. Terasa seperti diawang-awangan. Bila bersembang pon, tak berapa nak concentrate. Badan kat sini, tapi otak kat lain. Terasa sungguh kehilangan. Kehilangan yang sementara. Walaupun hanya sementara, tapi ianya cukup menyeksakan. Cuba memenatkan diri dengan study, membaca, menonton tv hingga lewat malam, agar tidurku lebih tenang, lebih tenteram. Mulanya, memang agak payah untuk melelapkan mata, dengan keadaan cuaca yang agak panas, menambahkan lagi rasa ketidak-selesaan yang menyelimuti diri aku. Sudah 3 malam tidurku diganggu mimpi. Bukan mimpi ngeri, bukan mimpi dipatuk ular [ooopsss!] tapi mimpi yang amat membahagiakan. Namun bila aku tersedar dari mimpi, seboleh mungkin aku ingin 'delete' mimpi tu dari kotak ingatan. Aku tanak mimpi tu! Aku tak suka mimpi tu! Bahagia itu hanya di dalam mimpi. Di alam realiti, mimpi itu seolah2 menggores luka yang baru membekas parut yang dalam. Sakit! Perit! Kenapa aku mimpi 'itu'? Kenapa asyik teringat akan mimpi itu? Sedangkan aku sudah membuang jauh-jauh kisah sedih itu. Aku tak suka mimpi itu! Aku benci dengan mimpi itu! Aku nak mimpi yang lain, mimpi yang bahagia bersama orang2 yang telah membahagiakan aku. Adakah semuanya ini disebabkan aku terasa seperti 'kehilangan'? Bila sebut tentang kehilangan, sekaligus mengingatkan aku tentang kisah silam? Isk!!! Tak suka! Tak suka! Tak suka!
Oh Tuhan! Tetapkanlah hati, kuatkanlah iman!
Nota kaki cagu: Andai ku punya sayap.....