PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Wednesday, February 06, 2008
Ulasan Dunia Baru The Movie
Seperti yang aku ceriterakan semalam, aku telah dijemput untuk menonton preview filem Dunia Baru The Movie [DBTM]. Hampir2 tak jadi jugak la nak ke One Utama tu bila timbul beberapa isu. *awal lagi dah bermasalah* Phew!! Last2, aku gi One Utama dengan merempit ala2 masuk tournament Cub Prix gitu. Dari Wangsa Maju ke TTDI aku amek masa cuma 1/2 jam jek. Giler laju aku bawak, kan? Mencelah kiri kanan. Heh!
Sesampainye ke One Utama, problem cari tempat parking motor plak. Melilau pusing bangunan, baru jumpa. Punya la jawuh tempat parkingnye. Isk!! Dah masuk ke dalam One Utama, skali lagi masalah timbul. Tak taw kat ner terletaknya GSC. Adeh!! Slalu kalo aku tengok wayang kat One Utama, aku gi TGV. Agak jakun dan tensen jugak la nak mencari GSC. Huhuhu. Mencik!
Sesampainya ke kaunter DBTM, orang dah mula ramai. Terus aku menghala ke kaunter untuk para bloggers dan media. Malangnya, tiket untuk blogger dah abeh. Tak pepasal aku dapat seat untuk Editor. Besh!! Hehehehe...Tq Dila!! Tak sangka dapat gak jumpa you akhirnya! *wink* Owh ya, lupo nak citer, dapat goodies bag dari Grand Brilliance. Meriah sungguh isi dalamnya!
Sepatutnya acara dimulakan jam 8pm, tapi ntah sebab pe, pukul 8.30pm baru start. Pot pet pot pet, lucky draw, perkenalkan pelakon2 DBTM, nyanyian oleh kumpulan Duta dan Elyana, kol 9.15pm baru start wayang. Aku dapat seat untuk kapel di tingkat paling atas dan belakang skali. Teruja you!!!
Haaa...Sementara show wayang tu belum bermula, aku pon apa lagi, mulakan aktiviti menarik tangan para pelakon untuk diambil gambo bersama. Sib baik sumernye sporting2 belaka, dan juga chantek!!! Sweet arh dewang!! I like!!!!
Anne Ngasri [Madihah] memang seorang ibu yang mithali arh!! Tengok la tu, time bergambo pon leh pegang botol susu lak lagi. Hahahaha....Muka dia chantek arh! Dia pakai bedak apa ek? :p
Tajol [yang bermata RM sokmo] very da' soft spoken orangnye! "Awak, kita kena ubah tempat la, tempat kita diganggu", katanya waktu nak amek gambo nih. Alahaiiiii....
Anita Baharom, sungguh la kecil molek orangnya walopon dah beranak sorang. Dia pon mempunyai raut wajah yang sungguh sweet.
Iqram [Darius] nih aku usha untuk bergambo dari seawal minit pertama kaki aku melangkah ke GSC. Tapi cam ala2 malu skek la nak approach dia. Ramai sangat peminatnye! Tapi bila berkesempatan, terus jek aku sambar. Rerupanya dia amat peramah orangnya. Err...Dan juga hensem ye. :p Sekian.
Cik Kak comel lote nih namanya Almy Nadia [Suzanna]. Sungguh la anggun lagi bersopan santun orangnye. Comeiiiiiiiiiiii jek bila tengok muka dia. Terasa muda 10 tahun. Ahakss...
Woopss!! Maaf! Aku lupo banget nama dia nih!! Ampun ya!! Tapi korang jangan tak taw, dalam drama Dunia Baru, aku suka giler karektor dia nih dan jugak Madihah. Kelakar banget!! Dan yang pasti, dia memiliki sora yang sungguh power! Cayalah!!!
Haaa...Nih bukan pelakon drama DBTM yek kengkawan [pelakon jemputan jek]. Inilah Uncle, aler..yang rancangan Seekers tu la. Gayat gak bergambo dengan dia, ada aura seram-seram-ngeri gitu bila dok tepi dia! Muahahaha....
Dari sudut pandangan Tipahvogue tentang Dunia Baru The Movie
Daripada iklan tv, promo2 The Making Of...aku memang amatlah terujanya untuk menonton DBTM nih. Aku inginkan kelainan dari drama2 Dunia Baru yang aku follow setiap minggu. Aku meletakkan harapan yang tinggi untuk filem nih. Dengan karektor gila2 si Opie, lawak dan memek wajah selamba Madihah, ketegasan Darius, geniusnya si Anita, godaan Suzanna dan otak RM si Tajol, watak2 mereka memang aku nanti2kan dalam filem, dengan harapan, dapat melihat perkembangan watak2 tersebut secara lebih maksimum.
Akan tetapi....
Setelah habis menonton filem nih, apa yang aku boleh klasifikasikan tentang DBTM - sama juga cam drama2 yang ditayangkan setiap minggu. Cuma DBTM kali nih ada hala tuju, menyelamatkan seseorang, dan pelakon jemputan pon ramai. Itu jek kelainannya.
Walaupon ada scene kelakar [gelak jugak la walopon dok kaber batuk sampai kena amek inhaler], tapi tahap kekelakarannya tidak la sampai mengeraskan abdomen dalaman tubuh aku. Masih diparas normal. Biasa2 aja deh!
Tapi.....
Disebabkan aku memang suka dan support filem2 Melayu, aku galakkan la koang pegi tengok citer nih di pawagam. Maafkanlah Hitler Zami ye, dia pengarah baru - DBTM nih adalah 'anak sulung' beliau. Serba-serbi masih kurang, tapi dari segi set/sound system/pelakon, memang PERFECT!
Bintang?!? Aku cuma leh kasi 3 bintang jek untuk filem nih, bleh?! Jangan marah arh....Tapi kalo koang tak setuju dengan pendapat dan pandangan aku nih, aku tak kisah! Koang leh kasi pendapat koang sendiri.
Nota kaki cagu: Beginikah kesudahannya....?!?!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|