Pepagi lagi aku dah bangun. Kemas umah, basuh baju, buat bekpes untuk diri sendiri. [Rajinnya, anak sapa la nih kan? :p]
Lepas bersiap2, naik motor, usung set bowling, gi isi minyak motor. Abang petrol siap tanya yang aku nih nak gi skolah ka pon? [agaknya sebab nampak beg bowling aku serupa cam beg budak skolah tadika kot? Isk!] Pehtu terus aku bergerak menuju ke BTS dan jumpa Ros sepemili sedang bekpes di Mekdi. Lepak jap, minum2, pehtu gi ke Ampang Superbowl, jumpa Abg. Azmi [aku beli set bowling dolu kat abang nih la pon.]
Perkara riak yang perlu dihebahkan
Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sesungguhnya misi aku menghasut Ros supaya membeli set bowling telah berjaya dengan cemerlang sekali. Setelah dihasut hari demi hari, minggu demi minggu, akhirnya beliau termakan juga hasutanku ini. Yea yearghhhhhhhh!!!!
Perkara yang sungguh sadis untuk dibaca
Tapi, korang jangan tak taw, ke’riak’kan makcik soang nih melampaui batasan. Kalau boleh, dia nak soh aku bawak segerombolan manusia yang mengenali diri beliau itu untuk menyaksikan detik2 beliau membeli set bowling tersebut. Haduuuu...Sib baik semua kengkawan bz dan dah ada agenda memasing. Kalo idak, maunye kembang-kempis idong beliau tanpa dapat dikawal dengan rapi. Isk! Dengan adanya aku disisi pon, sudah cukup meriakkan diri beliau itu! Owh noooooo.....!!!!!
'Aku nak bola bowling yang lagi hebat dari Aemiey punya....Hahaha...' kata Ros dalam ati [tapi kedengaran sampai ke gegendang telinga aku ni, dasat kan?]
'Bang, ukur jari saya betul2 bang, saya nak baling bowling lebih hebat dari Aemiey.'
'Lihatlah kehebatanku!! Set bowling yang lagi hebat, lagi mahal dari Aemiey. Yes! Yes! Yes!'
Setiap satu barang bowling yang ingin dibeli, semuanya mesti lebih hebat dari aku, lebih cantik dari aku, dan yang paling penting, mesti lebih mahal dari aku. Huhuhu. Bab2 nih, aku terpaksa surrender!! Beg, bola dan kasut beliau memang sungguh hebat, harga pon lebih mahal dari aku. Aku angkat bendera putih.
*tunduk malu*
'Pasnih jangan sesapa nak memperlekehkan ahkak lagi dah ye! Ahkak dah ada set bowling yang lagi mahal dari Aemiey punya. Muahahaha....'
Perkara yang ingin di baca
Tapi, apa guna beli mahal2 kalau baling bowling tetap masuk longkang, kan beb? Oleh itu, umpan aku untuk menghasut beliau mengambil coach untuk memahirkan diri dalam sukan bowling nih juga membuahkan hasil. Howyeahhhhhh!!!
Kami berdua dengan rasminya telah melantik Abang Azmi menjadi coach kami selama 12 sesi latihan yang akan datang. Howyeh! Howyeah! Impian terlaksana, hajat termakbul! Amin!!! Toche Ros sebab sudi termakan hasutan aku yek! Hahahaha.
Selepas selesai Ros membeli set bowling, kami terus memulakan sesi latihan yang pertama di lane 1 dan 2. Muqadimah, Abang Azmi telah menyuruh kami membuat balancing badan dahulu [step finishing yang di ajar terlebih dahulu]. Walaupun cuma berdiri di depan lane, bend kan badan, dan baling bola ke arah pin, itu sudah cukup untuk membuatkan aku semput. Haiyaaaa....Susah la ini macam! Isk!!! Baru kami taw, rerupanya nak belajar bowling nih bukanlah satu perkara yang mudah dan senang. Huhuhu. Penat sey!!!
Kaki kasi stret menyilang ke belakang, tangan kasi hayun melepasi paras kepala, badan kena bend ye kengkawan!
Buat hayunan sebanyak 3 kali sebelom melepaskan bola tersebut ye kengkawan! Tangan kiri kasi angkat untuk balancekan badan.
Sesi pertama latihan berakhir selama 1 jam. Pehtu kami berdua membawa haluan masing2. Ros ke rumah ibu mertuanya manakala aku plak berdesup ke rumah kakak aku. Cari nasi daaaa...lapo! Hehehe...
Petang, aku hanya melepakkan diri kat umah kakak. Layan anak2 buah. Bila malam menjelang, baru mood nak merayau datang. Suruh anak2 buah bersiap, pehtu gerak gi ke MBO. Niat di hati nak tengok wayang citer CJ7, tapi full-house la plak. Jadinya, aku beli tiket wayang citer CUCI. Murah jugak sebenornya tengok wayang kat MBO ek? Tiket dewasa RM9, tiket kanak2 RM5 je. Save bajet ahkak! Hahahaha....
Perkara kejiyang tidak ingin di baca
Sementara menantikan waktu tayangan tiba, aku belanja anak2 buah makan. Tapi time baru duduk kat meja, baru teringat, duit baki dalam purse dah hampir tak berbaki. Sumer gegara bayar duit coach bowling siang tadi. Tanya kakak kedai tu, kot2 ada mesin ATM, tapi takde la plak! Hah sudah! Peluh betina dah mula menitik. Suruh anak2 buah order air jek dulu sementara aku nak kira bajet untuk makan. Muahahaha. Giler keji kan aku nih? Ihiksss….Setelah kira-mengira selesai, akhirnya aku telah mengorder 2 pinggan nasi goreng dan sepinggan koey teow goreng serta 2 pinggan kosong untuk dibahagi sama rata. Huhuhu. Memang sadis la bila terkenangkan insiden tersebut! Isk!!! Sian kat anak2 buahku itu! Huhuhuhu....
Anak2 buahku yang malang. Isk!! Sian dewang terpaksa berkongsi makanan. Huhuhu...
Muka yang kebuluran. Huhuhu. Tengok la pinggan, hampir licin. Isk! Terasa berdosa sungguh arh!
Filem CUCI dari sudut pandangan Tipahvogue

Sebelum menonton filem nih, aku ada terdengar citer desas-desus kengkawan yang mengatakan filem sulung arahan Hans Isaac nih, lawaknya lebih kurang lawak dalam filem arahan Afdlin Shauki. Hmmm....
So, aku tak target sangat la citer nih ‘begitu’ menghiburkan, tak begitu berat dan jalan citer yang mudah difahami.
Sepanjang menonton filem nih, palotak aku nih dok membuat spekulasi dan teori yang pelbagai. Antaranya: -
1) Sampai ati Erra dan Hans tak umumkan kat peminat yang dewang nih ’pernah’ bercinta sewaktu berlakon filem ni? Isk!
2) Apa la perasaan Awie dan Erra bila bertentangan mata? Agaknya dewang teringat tak kisah nostalgia dewang dulu2 ek?
3) Awat Afdlin gemuk sangat? Tamoh diet kah? Comei btoi time dia berlakon Soal Hati!
4) Tak lenguh ke tangan dewang dok mencuci bangunan jek kejenya! Dan agak gayat jugak weh! Isk!!
5) Perlu ke Erra pakai earphone Bluetooth tu walopon time cuci keta? Tak rosak ke pon? Rugi ja, baik bagi kat aku! Hahahaha…
6) Naper la boh nama watak AC Mizal sebagai C'Tan? Bila disebut laju2 dan berulang-ulang, bunyi dah macam ‘setan’ jek. Kan banyak lagi nama cina yang lain?! Huhuhu...
7) Naper la Hans Isaac kena rejek? Ensem segak bergaya arh dia! Ish!! Naper dia tak ngurat aku ek? Muahahaha….
Jalan citernye so-so. Kisah impian Afdlin, yang banyak mengingatkan tentang impian kita tersendiri. Kisah persahabatan, ada rajuk, ada senda gurau, kisah anak Tan Sri yang jatuh chenta dengan orang biasa, kisah lelaki kaya berlagak macho, penghujung jalan cerita memang dah boleh agak.
Kelakar? Hmmm....So-so gak la. Seperti yang telah dijangka.
Bintang? Aku kasik 2.5 bintang. Tapi aku up lagi 0.5 bintang sebab aku suka kat Hans Isaac. Aci dak gitu? Muahahaha.
*keji*
Koang gi la support filem tempatan ek? Jangan pandang sebelah mata dengan filem tempatan kita. Kalau bukan kita yang support filem kita, siapa lagi, ye tak?
Nota kaki
cagu: Sampai entry nih di taip, masih tak gi tekan duit kat ATM lagi. Muahahaha. Cane aku survive? Tunggu episod seterusnya.
|