banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Saturday, March 29, 2008

Epi Belated Besdei My Best Prenk - Sepai!!!

Sapo Sepai? Awat nama dia pelik sangat? Sepai Baba kah? Ah..tak kisah la walo apa pon nama dia, dia adalah SEPAI, my very best prenk in da' world! Wah gitu!!!
Ini adalah trademark Sepai, ala-ala prebet spy yang pencen gitu! Muehehehe....
Tengoklah cara Sepai pegang mikrofon, sungguh over skalik taw! Walhal slalu pitching lari ke laut! Wargh kah kah kah...[Sesi kutuk terang-terangan nih beb!]
Sepai adalah kawan yang sungguh besh skalik. Dia juga teman menggeletis aku. Dia sentiasa ada disaat aku perlukan dia. Tapi tu sumer ayat nak tenteramkan ati aku sendiri ye kengkawan! Sebenarnya minah nih sibuk dengan aktiviti panjat gunungnya. Adalah amat susah sekali aku nak ajak melepak dengan dia, apatah lagi nak bercuti2 diwaktu senggang. Huhuhu. Kalo nak jumpa dia, kena buat appointment 2 minggu lebih awal [huh! ngalahkan Ketua Puteri Umno lagik minah nih!]. Amat sedih skali tatkala dia 'mengkensel'kan janji-temu beliau dengan Geng Keji Tapi Suci ketika ingin bercuti ke Kota Kinabalu tahun lalu. Huhuhu...Dendam yang belum terbalas nih beb!! Perghhhhhhhh.....*dendam kah?*
Aku kenal dia daripada Attokz ketika join jadi Marshall Treasure Hunt satu waktu dahulu [dah tak ingat bila daaa...]. Waktu tu dia ala-ala sombong dan kerek gitu sey! Nyampes ahkak taw!!! Tapi tu la kan, orang tua-tua dah cakap, jangan dok mencik2, lama2 jadik sayang. Haaa...Kan skang nih tak pepasal aku sayang kat minah soang nih!! Huh! Weh beb, hang sayang aku dak??? [baek hang cakap hang sayang, kalo dak....] *paksa nih*
Tengok arh tu...Tak padan dengan badan kecit - kecit2 cili api. Memanjat jek kejenya! Udah2 la tu mak minah oit! Badan awak tu nak pakai lama. Kang saket2 di ari tua kang, sapa yang susah...ko jugekkkkkkkk!!!
Tapi kan..tapi kan kengkawan, kalo dia free, dan aku pon free, kitoang rajin gak gi jenjalan sengsama. Pernah usung dia gi jenjalan kat kampung aku nun di Taiping, paksa dia temankan aku dan anak2 buah gi berbasikal di Taman Botani, Putrajaya, gi hitamkan kulit kat Pulau Redang, terjah suka-suki ke Melaka celebrate tahun baru, dan yang terkini, akan bercuti2 lagi dengan dia untuk menghitamkan kulit di satu tempat yang akan diberitahu kelak. Jeng..jeng..jeng...
Hah...tengok!! Kan aku dah cakap! Gaya jari gitu memang trademark dia arh...trademark prebet spy yang dah pencen. Wargh kah kah kah...
Dia juga terkenal dengan sikap 'kuis meja' yang ala2 mengelenyor gitu. Arghh...Ahkak sungguh tensen skalik bila dia mula kuis2 meja. Sib baik skang dia dah tak wat dah perangai gitu. Mungkin sebab dia dah tua kot!?!? Muahahaha....*gelak golek2*
Sapa kata kami tak pernah gado? Gado gak arh!! Ala-ala gado manja gitu. Tapi kalo nak ikut la, sepanjang perkenalan kami nih, boleh dikira dengan sebelah tangan jek la baper kali kami gado. Tak lebih dari 5 kali kot kan beb?! Gado pon, bukan makan sampai tiga pat ari...Gado tak sampai 10 menet, bleh? Err...Kira gado la gak tu kan? Mueskeskeskes...Eh, bukan gado tipu2 taw, gado btoi2!! Hihihihi....
Dah abeh bab ngumpat dah. Nih turn nak puji melambong2 plak ye. Hehehe....
Pa pe pon, dia tetap sahabat terbaik aku di dunia dan akhirat. Dia tempat aku mengadu-domba. Tapi tak semua masalah aku, aku bebankan kat dia. Ada sesetengah jek la yang aku kongsi dengan dia. Selebihnya, aku lebih suka simpan sindri2. Dia seorang KAKAK yang caring, yang sentiasa amek berat pasal aku. Dia juga seorang penasihat tak bertauliah. Kekadang aku tak mintak pon pandangan/nasihat dari dia, tapi dia nak gak bagi nasihat free. Isk!! Toche memanyak la ye beb!! Really2 appreciate it!!!
Kenangan setahun yang lalu sewaktu celebrate besdei Sepai bersama Geng Keji Tapi Suci.
Epi belated besdei sahabatku [27 Mac...]. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup ko, sentiasa memberi kesihatan yang sempurna, dilimpahkan rahmat dan nikmat-Nya ke atas ko. Semoga ukhuwah yang kita jalinkan ini, kekal hingga ke akhir hayat.
Aku sayang banget sama ko!!!