banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, March 13, 2008

Injured!

Selasa lepas, aku gi main bowling sesoang di BTS. Ada offer Lady's Nite, 3 game cuma RM 10. Aku hentam main sampai 6 game non-stop. Game pertama dan kedua ok lagi. Masuk game ketiga, aku dah kena amek inhaler. Semput daaaa.... Game keempat ok balik. Game kelima pon sama. Tapi.... Game keenam, frame ketiga, tetiba masa aku nak melontar/membaling bola, tetiba aku terasa cam tersalah baling, tangan aku semacam terpusing. Erk!!! Sakit lorrrrh!!! Aku cuba tahan, dan cuba untuk membuat balingan seterusnya. Tapi baru nak mengangkat bola, terlepas balik. Ah sudah! Pehal plak dengan tangan aku nih. Terus terpa kat Kak Ramizah/Abg.Lan/Fayruz yang kebetulan main bowling gak selang beberapa lane dari aku. Mintak tolong kak Ramizah urutkan tangan, tapi takde minyak, kesat, nanti saket katanya. Gi jumpa plak coach aku, dia nasihatkan aku benti main untuk sementara waktu. Balik urut dengan minyak panas. Alahai, rugi plak game keenam nih. Baru main frame ketiga, takkan nak korbankan gitu aja. Last2 pangge Abg. Lan setelkan game tersebut dan aku pon pulang ke rumah. Ari Rabu, aku gi klinik, amek salon plast [koyok] dan tampal kat lengan. Seblom tampal, mintak tolong Kak Lin dan Ika urutkan tangan. Tunggu sampai malam, rasa sakit masih belum hilang. Ari nih, mintak bantuan Kak Gee untuk pangge soang makcik cleaner yang memang pakar bab2 mengurut nih. Aku telah diurut perlahan tapi saketnya bukan kepalang. Kata makcik yang urut, tangan aku dah masuk angin dan mula membengkak, sib baik cepat diurut, kalo dibiarkan, urat aku yang dah bersimpang-siur tu akan makin saket. Dia marah aku naper tak diurut cepat2 masa sakit tu. Hehehe....Aku kan gagah perkasa, stakat terseliuh sikit2 nih kekadang aku buat dunno jek. Tapi bila dah makan banyak ari dok saket sokmo, nak tanak terpaksa gak cari alternatif untuk berubat. Nah, inilah akibatnya kalo pandang remeh bila sakit sikit2 nih! Tak pepasal tangan berbalut! Amek habuan!
Buruk btoi mata aku ek?! Muka orang sedey/tensi/serabut!
Yang sedeynya, aku tak dibenarkan main bowling dalam masa terdekat nih, takut makin teruk injured di tangan kanan ku ini. Owh noooo!!!! Nota kaki cagu: Masalah bertimpa2.