PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Tuesday, March 11, 2008
Kan aku dah kata...
Aku tanak tipon dia. Aku tak suka tipon dia. Aku tanak dengar suara dia.
Ntah macam mana, tetiba ari nih ada semangat baru untuk menyelesaikan semua masalah yang tergendala.
Aku tipon dia. Dial nombor handphone nya yang lama. Owh! Masih berfungsi rupanya. Ringing kedengaran sehingga 4 kali, telefon di jawab dan nun.....
Sayup2 kedengaran suara yang dah lama hilang dari kotak ingatan aku. Suara yang pernah aku puja suatu ketika dulu. Suara yang pernah mendamaikan hatiku.
Dan suara itu jugaklah yang telah memusnahkan hidup aku. Suara itulah yang melafazkan bait2 yang menghancurkan hidup aku. Suara yang amat menyakitkan hatiku.
Kembali ke alam realiti.
Tanpa sebarang pertanyaan khabar, aku memperkenalkan diri. Sunyi. Mungkin terkedu agaknya. Aku disini juga putus kata.
Kumpul kembali segala kekuatan dan semangat yang berbaki, terus bertanyakan permasalahan yang telah lama bergayut.
Namun, jawapan yang diterima sungguh menghampakan. Sekaligus membuatkan aku hampir putus nyawa. Bagai bom meledak di otak! Bagai halilintar memanahi diri aku. Menggeletar! Marah, kecewa, sedih, sakit hati, bercampur baur menjadi satu. Sakit! Teramat!
Nampaknya, aku kena bangkit! Kumpul semula semua kekuatan, MESTI selesaikan masalah ini secepat yang mungkin. MESTI!!!
Walaupun keseorangan untuk menghadapi semua ini, kali ini aku yakin, aku pasti dapat menyelesaikannya. Aku mesti yakin! Aku mesti kuat! Aku mesti tabah! Aku bukan lagi boneka yang boleh dipermain-mainkan. Aku kena hidup berdikari. Aku kena motivasi diri. Takde sapa dapat tolong aku, melainkan aku sendiri.
Doakan aku berjaya, ya!
Nota kaki cagu: Semakin berserabut....dan keputusan kata-kata....
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|