banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, March 13, 2008

Tsunami PRU Ke 12

Sungguh la aku ketinggalan ketapi. Orang dah abeh citer pasal Pilihanraya, aku baru nak terkedek2 menaip entry pasal menda nih. Huhuhu. Tapi disebabkan negara kita telah mengalami Tsunami Pilihanraya Umum ke 12 nih, aku pasti, masih ramai orang berminat nak taw tentang perkembangan politik semasa tanahair, kan? Keterujaan aku nak mengundi kali pertama rupanya memberi impak yang besar di dalam keputusan pilihanraya kali nih. Ingatkan aku soang jek yang teruja, rerupanya hampir keseluruhan rakyat Malaysia teruja dengan pilihanraya tahun ni. Hahaha..
Sek. Men. Taman Melawati, tempat aku membuang undi. Sejarah woooh!!!
Malam sebelum mengundi, tidur malam tak lena wooh! Sungguh2 amat teruja nak tunggu matahari terbit. Seawal jam 3am, Sepai ketuk pintu umah aku, mo nompang tido. Pehtu jam 8am, kitoang dah meredah kesejukan pagi. Aku anto Sepai gi Stesyen Putra Wangsa Maju, then terus pecut gi umah kakak. Bekpes nasi lemak lauk ayam, then, berjemaah dengan kakak/Abg. Farid menuju ke Sek. Men. Taman Melawati.
Perayu/Peraih undi mengibarkan bendera.
Wohohoho. Ahkak teruja hoccay!!! Perayu/peraih undi berdiri di tepi2 jalan, mengibarkan bendera parti memasing. Terus gi ke meja SPR, check saluran aku dimana. Then, beratur la aku di barisan yang agak panjang. Aku dapat saluran 6, kakak disaluran 5, tapi kami beratur dibarisan yang sama.
Inilah...Barisan kita!! Eh!! Salah lagu la...Muahahaha...
Setelah hampir 5 menet beratur, aku rasa cam tak besh. Cam tak betul jek tempat aku beratur. Gi check pintu lagi satu, rerupanya saluran 6 langsung takde orang. Terus aku masuk ke dalam dewan skola tu.
Nampak muka teruja tak?!?
Hulur IC, check nama dan nombor kad pengenalan, pehtu pegawai SPR yang check tu laung nama aku kekuat. Owh no!!! Ahkak malu ding dong arh! Ihikssss...*mengada taw!!!* Orang sebelah hulur 2 keping kertas. Time nih darah aku dah mula menggelegak gemuruh. Berjalan ke meja memangkah. Bukak lipatan kedua2 kertas. Capai pensil. Selawat. Mintak petunjuk daripada Allah agar aku tak tersalah orang/parti. Tak sanggup disoal dikendian ari kelak. Pangkah. Belek 2 3 kali. Pastikan undi aku takkan jadi undi rosak, then pergi ke tengah dewan, buang undi ke dalam kotak yang disediakan. Lega!! Keluar dari dewan dengan sengihan yang panjang. Kakak masih beratur panjang. Nun di pagar, nampak abg. Farid dah abeh memangkah. Terus gi kat abg. Farid. Ajak dia gi lepak kat salah satu booth di situ, teruja plak nak pegang belon yang ada. Sempat snap2 gambo, pehtu kakak pon datang. Kitoang pon gerak gi ke booth parti lagi satu. Lepak dan lepak lagi.
Belon tu takde kena-mengena dengan keputusan memangkah aku ye. Ngeh ngeh ngeh...
Eh, tak leh jadi. Mana leh lepak kosong. Rugi!! Ni pestaim aku memangkah undi, aku patut meraikannya. So, aku pon telah memaksa abg. Farid untuk mencabut bendera parti yang tercacak di tepi jalan, then aku kibar2kan kat orang2 yang lalu lalang. Bleh gitu?! Muahaha. Kakak aku pon rupanya sama naik. Kami dedua kibarkan bendera, sambil tunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus kat orang. Best giler bila orang balas respon kami dengan mengangkat ibu jari gak. Yang bagi respon tu plak, tak kira bangsa, Melayu ke, Cina ke, India ke, semua sama rata. Tapi ada gak sesetengah makcik/pakcik yang lalu lalang, menyebek dan mengutuk kami yang berdiri di tepi jalan. Hmm...Takpelah. Ikut suka ati dia la kan. Malam tu, aku dan Sepai pakat2 berjaga untuk tengok keputusan pilihanraya. Lepas satu persatu result keluar. Sungguh diluar jangkaan! Sungguh la teruja! Hahaha. Menidurkan diri pada jam 2am. ~~~~~~~~~~~~~~~~ Dari sudut pandangan aku yang serba naif lagi daif tentang politik nih, pilihanraya kali nih, rakyat Malaysia mengundi bukan pilih calon, tapi lebih melihat ke lambang parti. Rata2 masing2 mungkin dah sedar akan kekurangan sana sini yang berlaku, mungkin ada yang inginkan perubahan atau mungkin atas sebab peribadi. Entahlah! Aku cuma mengharapkan yang terbaik dari kerajaan. Nasib kaum Melayu, biarlah terbela ye! Nota kaki cagu: Sukar membuat pilihan mengundi ni sebenarnye ye!!!