banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Friday, August 29, 2008

3 stitches @ my finger! It's hurt!!!

Alkisah, aku kena tinggal sesoang kat opis pagi tadi, kena buat preparation untuk jamuan makan untuk department aku. Yang lelain sumer gi miting, kerani plak ramai cuti. Buat keje dalam keadaan kelam-kabut. Tengah dok ralit potong buah epal kat pantry, tetiba zuppppppppp............ "Alamak!!!!!" Angkat tangan kiri tinggi2, nampak darah dah mula merambu kuar dari jari hantu. Mula panik. Terus tadah jari yang luka kat pili air. Pehtu tutup luka dengan tisu. Termenung sekejap akibat keriru... Toleh belakang nampak henpon, terus capai & kol opismet. "Beb, naek cepat. Tolong sambung keje. Aku nak kena gi klinik nih. Aku udah terpotong jari arh!" Tengok tisu, dah penuh darah. Aiyarrkkk!!! Terus amek tisu bebanyak lagi, balut luka, dan kalut lari gi kat lif turun ke bawah. Sebaik jek pintu lif terbuka, terus aku berlari gi klinik. Kakak nurse kat klinik cool jek tengok luka aku. "Naper u sorang jek yang datang? Slalu kalo kes macam nih, berbondong2 kawan ikut sama." "Saya sesoang jek tadi kat opis. Tak sanggup nak tunggu opismet dah. Tengok darah nih pon dah rasa nak pengsan." Kakak nurse cakap aku berani, dan cekal sebab sanggup datang sesoang kat klinik. Kalau orang lain, mau berpapah dah pon sebab lemah semangat tengok darah yang tak berhenti kuar. Dia belek2 luka aku. "Nak kena jahit tak nih kak? Luka besar ni." tanya aku. "Macam nak kena jahit jugak ni. Kalo tak, darah tak berhenti. Tengok, tangan pon dah pucat, darah banyak keluar." Terus aku nangis! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa...Seriyes ngeri beb!! Aku lebih rela kena serangan asthma daripada kena jahit2 nih!!! Doktor dan kakak nurse sabokan aku. Siap bagi air soh minum dulu. Then, gi baring atas katil, doktor inject bius, kasi kebas. Sambel jahit, sambel doktor wat lawak. "Pasnih buruk la jari awak. Kena turunkan duit hantaran." "Berparut ke nanti doktor?" dah mula rasa panik. "Jangan kasi kena air je. Kalo tak, nanti luka awak akan jadi timbul2." Doktor bagi ubat tahan saket. Ari Selasa kena datang balik sebab nak buka balutan. Ari Jumaat plak kena buang benang. Arrrghhh...Ngeriiiiii!!!!!!!! Nampak tak kepucatan di tangan aku. Gambo nih di ambil sejam selepas kena jahit. Masih kebas. Lepas abeh miting, sumer opismet terkejut bila tengok tangan aku berbalut. Sangka dewang luka biasa jek. Tapi bila aku bitaw kena jahit 3 jarum, masing2 berkerut dahi. Pehtu memasing buat lawak plak. "Hang kalo marah, angkat jari luka tu ja. Dari jauh orang dah taw hang marah." Cheiiisssssss.... Aku pon sempat buat lawak jugak kat dewang sumer. "Sapa makan epal ari nih, jadi Raja Bersiong, sebab termakan darah kami." Muahahahahaha....Amekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!! Nota kaki cagu: Ubat bius dah ilang, saket mula terasa. Haduuuuuuuu!!!