banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Sunday, August 31, 2008

Malang tak berbau....

Ari Jumaat lepas [time kena jahit tangan tu], hidup aku rasa cam porak-peranda gitu. Serba-serbi tak kena. Sampaikan Angah tipon pon, aku cam lost jek bila berborak dengan dia. Huhuhuhu.... Balik umah, time lepas mandi, entah cane, terkepit jari yang berjahit tu kat pintu. Pucat lesi jap rasanya!! Saket nauzubillah!!! Tengok balutan di jari, nampak darah, terus rasa nak meraung!! Huhuhuhu...
Nampak tak tompokan darah kat balutan tu?
Capai henpon, terus tipon Angah, mintak nasihat kat dia [dia pernah berjahit dahi gak dulu]. Dia nasihatkan aku gi klinik, check takut terbukak jahitan. Aku pon apa lagi, terus kalut bersiap dan gi klinik. Doktor geleng pala bila aku citer insiden yang terjadi. Soklan dia sama jek dengan soklan si Cepai, "apa yang dimengelamunkan tu?". Isk!! Mana de mengelamun, cuma aku rasa cam miserable gitu!! Serba-serbi tak kena. Bila bukak balutan, doktor check, alhamdulillah, tak terbuka jahitan. Mungkin berdarah akibat terkepit kuat sangat kot. Sementara doktor nak balut balik jari tu, aku sempat la snap gambo jariku yang berjahit nih. Sendiri ngeri bila tengok jari!!! Isk!! Jap lagi nak kena gi klinik, nak bukak balutan. Isk!! Cane la plak rupa jari aku setelah 4 ari berlalu nih kan? Nota kaki cagu: Selamat menjalani ibadah puasa ye semua!!!